NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PintarPay Mahu Lahirkan Ramai Usahawan Digital Wanita


KUALA TERENGGANU, 9 Oktober - Aplikasi PintarPay menyasarkan penyertaan lebih ramai wanita di negeri ini untuk berkecimpung sebagai usahawan dalam bidang telekomunikasi dan digital.

Aplikasi itu boleh digunakan di 38 pusat internet akses rakyat (Pintar) di seluruh Terengganu.

Peluang disediakan kerajaan Terengganu itu hasil pemeteraian kerjasama antara syarikat dalam bidang telekomunikasi dan teknologi maklumat (IT), TMC Group Ltd (TMC Distribution) bersama anak syarikat kerajaan negeri, Top IT Industries Sdn. Bhd.

 Pemeteraian kerjasama yang berlangsung di Dewan Utama TD1303 semalam turut disaksikan Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Pengarah Urusan Kumpulan TMC, Azwa Othman berkata, pihaknya menyasar pelaburan setengah juta dalam pembangunan usahawan digital di negeri ini.



"TMC membangunkan aplikasi PintarPay dan perkhidmatan ini diberikan secara percuma di mana kos tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pihak TMC dan membenarkan Top It Industries menjalankan urusan pemasaran sistem e-wallet di seluruh Terengganu.

"Kerjasama itu juga merangkumi program-program e dagang, iklan digital dan yang berkaitan bagi memudahkan rakyat setempat mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan," katanya yang menyasarkan penubuhan sebuah syarikat pada setiap bulan bagi tempoh enam bulan pertama di negeri ini.

Selain itu, katanya, TMC juga menyasarkan untuk melahirkan usahawan-usahawan dalam teknologi Kecerdasan Buatan (AI), Teknologi Kewangan (FinTech).

"Kita meletakkan sasaran untuk mewujudkan lebih ramai startups (syarikat) khususnya wanita dari bagi meningkatkan penawaran perkhidmatan kewangan kepada orang ramai," katanya.

Sumber: https://www.teganukita.net/2019/10/pintarpay-mahu-lahirkan-ramai-usahawan.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo