NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Tebang Pokok Getah: Asas perkaranya bagaimana?


oleh: Nazman Che Iberahim

Laporan Sinar Harian berkaitan “348 peserta Felcra Bukit Tandak, Rantau Panjang yang mendakwa memiliki 689 hektar tanaman getah dan “ditebang” Kerajaan Kelantan”.

Asas perkaranya bagaimana?

1. Pembantah (peserta Felcra) telah bawa kes ini sehingga peringkat Mahkamah Persekutuan, dan kalah.

2. Tanah itu diteroka oleh Felcra secara 'haram'. Sebelum tahun 1990-an, kerajaan negeri sebelum PAS mentadbir meluluskan secara dasar tanah kepada Felcra namun tiada sebarang perjanjian dibuat.

3. Menurut undang undang, Felcra telah meneroka tanah tersebut secara “illegal”. Tiada perjanjian dan tiada bayaran dibuat oleh Felcra kepada Kerajaan Negeri. Membawa makna, Felcra untung, tetapi hasil kerajaan negeri kosong.

4. Pembantah adalah peserta Koperasi Felcra. Mereka telah diberi dividen tahunan. Kerajaan 'ambil balik' tanah ini setelah Felcra “memulangkannya” semula untuk dibahagi-bahagikan kepada orang ramai yang memerlukan tanah.

5. Jangkaan hampir 500 orang rakyat susah dan miskin yang akan mendapat hak milik. Sebahagian senarai sudah ada di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas.

6. Kerajaan negeri amat prihatin dan telah mengadakan perbincangan dengan mereka. Pembantah ditawar milik tanah 3 ekar seorang. Namun mereka tolak dan saman kerajaan. Saman dimulakan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, kemudian berlanjutan dengan mereka membuat rayuan sehingga ke Mahkamah Persekutuan, namun kekal kalah dan tuntutan mereka ditolak.

Sumber: https://www.facebook.com/100004414572310/posts/1421493854674420/


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo