Islam Liberal Ancaman Serius Buat Umat Islam.


oleh: YB Muhammad Khalil Abdul Hadi

Saya menggesa Kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia, JAKIM dan PDRM mengambil tindakan tegas terhadap penganjur Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 kerana cubaan mengugat ketenteraman awam dan sensitiviti masyarakat dengan mengemukakan tajuk perdebatan yang dianggap mencemar kesucian agama Islam dan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Tajuk perdebatan kontroversi yang diketengahkan oleh pihak penganjur berkaitan perkara asas dan dasar hukum dalam Islam seperti homoseksualiti dengan tajuk yang seakan – akan cuba memperlekehkan malah menolak hukum agama tidak boleh dipandang remeh dan dibiarkan begitu sahaja. Lebih menakutkan, perdebatan tajuk tersebut dianjurkan dikalangan pelajar serta dikhuatiri akan memudaratkan akal dan pemikiran pelajar tentang agama Islam.

Perlu diingat bahawa perkara asas dan dasar dalam hukum agama tidak boleh dan tidak akan berubah kerana ia telah ditetapkan agama walaupun berlainan pendapat berdasarkan mazhab mahupun pandangan ulama sebagaimana hukum melakukan hubungan sejenis yang sememangnya dilarang keras dan haram disisi agama Islam.

Maka tidak hairanlah Allah SWT menetapkan hukuman keras terhadap pelakunya di akhirat kelak, melaknat pelakunya dan jangan kita lupa bagaimana Allah SWT menterbalikkan bumi Sodom akibat perlakuan homoseksualiti kaum Sodom sebagaimana yang tercatat dalam Al – Quran. Persoalannya apakah pihak penganjur tidak faham hukum atau hanya berfikiran bahawa dalil aqli iaitu pemikiran manusia lebih baik atau hebat dari dalil naqli iaitu Al – Quran dan Hadith ?

Apabila melihat kepada tularan tangkap layar applikasi Whatsapp di media sosial berkaitan isu ini, saya beranggapan perkara ini sudah melampaui batas. Perlu kita bendung secara tegas bermula dari sekarang resapan pengaruh liberal yang cuba diserapkan oleh pihak – pihak tertentu ke atas umat Islam di dalam negara.

Kita boleh lihat sekarang bagaimana mereka cuba mempengaruhi pemikiran umat Islam dengan melawan hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT sebagaimana larangan keras ke atas perlakuan hubungan sejenis atau homoseksualiti yang mereka cuba takrifkan sebagai satu bentuk penindasan kemanusiaan dan kebebasan beragama. Apakah mereka tidak mempercayai Al – Quran atau apa yang tercatat di dalamnya ?

Pada dasarnya percaya kepada Al – Quran adalah dasar kepada keimanan seseorang Muslim sebagaimana yang tertera di dalam rukun iman. Jika tidak mempercayai Al – Quran dan apa yang terkandung di dalamnya walau sebaris ayat, maka gugurlah iman mahupun syahadah seseorang Muslim. Apakah kita mahu tergolong sebagai hamba yang akan menjadi penghuni neraka selama – lamanya di akhirat kelak, di laknat Allah SWT dan Rasulnya ?

Seperkara lagi yang harus kita tidak lupa ialah tajuk perdebatan tersebut seolah – olah seperti merendahkan dan menghina Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan, malah merendahkan martabat serta menghina Yang Di Pertuan Agong serta Sultan – Sultan yang berperanan sebagai ketua bagi yang bertanggungjawab terhadap agama Islam dan umatnya samada di peringkat negeri mahupun persekutuan.

Saya mengesa agar Kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur sebelum perkara ini merebak secara serius dan mengancam umat Islam. Usah biar ia melarat, sesal dahulu pedapatan, sesal kemudian tiada berguna.

*YB Muhammad Khalil Abdul Hadi ialah AJK PAS Pusat merangkap ADUN Batu Burok.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget