Hubungan sulit DAP, pengganas LTTE dan Zionis?


oleh: Abdul Muein Abadi

SELURUH negara dikejutkan dengan berita hubungan pemimpin DAP dengan Kumpulan Pengganas Pemberontak Tamil Eelam (LTTE) susulan tangkapan Adun DAP di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) iaitu Gunasekaran Palasamy (Adun DAP Negeri Sembilan) dan Saminathan Ganesan (Adun DAP Melaka).

2. Umum mengetahui bahayanya LTTE ini yang mengganas dengan tujuan untuk mewujudkan negara Tamil berasingan di utara dan timur Sri Lanka.

3. Namun begitu, ramai yang kurang mengetahui bahawa pengganas Tamil ini juga memiliki hubungan erat dengan Zionis Israel.

4. Ibarat cinta tiga segi, hubungan DAP-LTTE dan LTTE-Israel ini tidak terhenti di situ sahaja.

5. Ramai antara kita yang seolah-olah sudah lupa dengan pendedahan bekas pegawai khas Lim Guan Eng sendiri iaitu Mohamed Razali Abdul Rahman mengenai hubungan DAP dengan Israel; satu tuduhan yang sejak sekian lama Mohamed Razali tidak didakwa atau dijatuhkan apa-apa hukuman oleh mahkamah Malaysia meski pun DAP pernah mengatakan akan mengambil tindakan undang-undang (Pendedahan Razali: DAP & Israel https://www.youtube.com/watch?v=Sx1XE29tRoc).

6. Maka kini ada tiga hubungan yang saling wajib diperhatikan: DAP-LTTE, LTTE-Israel, dan DAP-Israel.

7. Victor Ostrovsky, bekas pegawai perisikan Israel Mossad mendedahkan hubungan Israel dengan pengganas LTTE ini melalui saluran Indian Abroad; beliau memaklumkan bahawa Mossad melatih ramai kader LTTE.

8. Antara karya Victor Ostrovsky ialah 'By Way of Deception: The Making of a Mossad Officer'.

9. Wartawan veteran Sri Lanka, Latheef Farook juga mengarang artikel mengenai hubungan LTTE dengan Israel di mana beliau mengatakan bahawa Sri Lanka (ketika itu di bawah pimpinan Rajapaksa) gagal untuk mengesan latihan Mossad Israel kepada kader LTTE.

10. DAP sebagai parti yang mendominasi Pakatan Harapan pula didedahkan menerima dana sebanyak RM1.2 bilion (ASD300 juta) daripada Israel sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 oleh bekas pegawai khas Lim Guan Eng, Mohamed Razali Abdul Rahman.

11. Kegagalan DAP mengambil tindakan undang-undang dan menjawab secara tuntas pendedahan oleh bekas pegawai khas Lim Guan Eng itu sehingga kini akan mengesahkan tentang hubungan DAP dan Israel.

12. Ada tiga pendedahan serius yang dilontarkan oleh Mohamed Razali mengenai hubungan DAP dan Israel.

13. Pertama, Mohamed Razali mendakwa DAP menerima dana PRU ke-13 sebanyak RM1.2 bilion (ASD300 juta) dari Israel.

14. Kedua, Mohamed Razali turut mendedahkan seramai 17 pemimpin DAP dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategi; malah Mohamed Razali sendiri antara yang menjalani latihan tersebut.

15. Mohamed Razali juga turut mendedahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan Mohamed Razali sendiri antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.

16. Ketiga, implikasi dakwaan Mohamed Razali, kapal selam Israel akan dibenarkan berlabuh secara rahsia di Malaysia khususnya di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.

17. Selepas bertahun-tahun, masih tiada sebarang pendakwaan atau hukuman dijatuhkan ke atas bekas pegawai khas Lim Guan Eng ini jika benar beliau memfitnah.

18. Malah terbaru pada April 2019 Senator DAP Nga Hock Cheh secara terbuka menyeru kerajaan Pakatan supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel dan membuka pejabat kedutaan di Israel (http://www.astroawani.com/berita-malaysia/cadangan-senator-dap-tidak-bertanggungjawab-pengerusi-pkr-perak-206192).

19. DAP Perak pernah menyelar bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kerana tidak membenarkan dua atlet Israel untuk masuk beraksi dalam kejohanan luncur angin di Langkawi pada 2015.

20. Dalam kes DAP-LTTE pula, reaksi melampau dua pemimpin DAP iaitu P Ramasamy dan Lim Guan Eng juga agak mengejutkan.

21. Dengan bongkak, Timbalan Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, P Ramasamy mencabar pihak berkuasa untuk menangkapnya di bawah SOSMA 'kalau berani'.

22. P Ramasamy bahkan mengatakan beliau akan mendesak kerajaan Pakatan untuk bebaskan semua tujuh individu yang ditahan PDRM kerana menyokong kumpulan pengganas LTTE.

23. Lim Guan Eng pula melangkaui kuasa PDRM apabila mengeluarkan kenyataan jaminan 'tiada lagi pemimpin DAP akan ditahan polis'.

24. Seharusnya, DAP wajib menghormati pasukan keselamatan dan perisikan negara – DAP kini bukan lagi parti pembangkang, sebaliknya parti kerajaan.

25. Sesungguhnya, pendedahan hubungan pemimpin DAP dengan pengganas LTTE ini wajib ditangani dengan komprehensif dan strategik, kerana ia membabitkan sokongan ideologi, bukan sekadar hubungan peribadi yang normal.

26. Demi menghormati institusi keselamatan negara, serta memelihara keharmonian rakyat, DAP wajar memecat pemimpinnya yang jelas terbabit menyokong atau mempromosi pengganas LTTE.

27. Begitu juga dalam kes hubungan DAP-Israel, segala sumber kewangan asing DAP perlu dibuktikan bebas daripada dana RM1.2 bilion dari Israel seperti mana didedahkan Mohamed Razali.

28. Hal ini cukup kritikal kerana peranan Israel khususnya Mossad dalam menggugat kestabilan dan keamanan Sri Lanka sudah jelas terbukti – maka amat wajar risiko sama dalam konteks Malaysia diambil kira.

29. Sebagai kerajaan yang berkuasa saat ini, Pakatan Harapan wajib bertindak tegas dalam menangani dan mencegah hubungan sulit tiga segi antara DAP-LTTE-Israel ini demi keselamatan negara dan meraih kepercayaan rakyat.

Berpesan-pesanlah dengan amaran pepatah Melayu ini:

'Jangan menjadi kambing yang menyusui anak harimau, besar dia dipatahkan tengkuknya'

*Abdul Muein Abadi ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget