Gabung UniSZA,UMT : Kenapa persetujuan dibuat begitu cepat?


KUALA LUMPUR 4 Okt. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini menyifatkan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sebagai pengampu selepas bersetuju dengan penggabungan dua institusi terbabit.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, persetujuan dua Naib Canselor itu hanya dibuat kerana terpaksa dan takut kehilangan jawatan ekoran persetujuan dibuat dengan cepat tanpa mengambil kira pandangan serta sensitiviti rakyat.

Sehubungan itu katanya, CUEPACS berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bagi menyerahkan memorandum bantahan itu.

“Pelajar juga tidak setuju dengan hasrat tersebut ekoran tidak bertetapan dengan dasar pendidikan negara untuk menyediakan kemudahan terbaik.

“Kami turut menjangkakan tidak semua tenaga pengajar dan kakitangan akan diambil apabila hasrat (gabung) jadi kenyataan.Dalam situasi kenaikan kos sara hidup ini, apa akan berlaku pada mereka nanti?" katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dalam kenyataan bersama sebelum ini, Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan bersetuju secara prinsip dengan penggabungan itu menggunakan Konsep Gabungan Sepenuhnya.

Sementara itu, Azih menggesa kerajaan menangguhkan hasrat untuk menamatkan 19 Institut Latihan Kementerian Kesihatan yang kini dilaksanakan secara berperingkat sehingga menjelang tahun 2021.

Menurutnya, setakat ini sembilan institut terbabit telah ditutup di beberapa negeri sehingga menyebabkan 375 kakitangan awam kini.

”Apa yang menimbulkan persoalan apakah hasrat sebenar kerajaan dalam menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget