Faisal Rafiq dilantik naib canselor baru USM


PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan pelantikan Prof Faisal Rafiq Mahamd Adikan sebagai naib canselor Universiti Sains Malaysia (USM) baru berkuat kuasa 4 Okt 2019 hingga 3 Okt 2022.

Kementerian berkata pelantikan Faisal Rafiq, 44, itu dibuat berdasarkan syor Jawatankuasa Tetap Pemilihan Naib Canselor Universiti Awam pada 4 Sept lepas.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Zarinah Anwar dan dianggotai Wahid Omar, Lin-See Yan, Prof Mohamad Abdul Razak dan Andrew Aeria.

Kementerian Pendidikan berkata pelantikan itu berdasarkan kepada kepakaran, pengetahuan, pengalaman dan pencapaiannya semasa memegang jawatan pentadbiran utama iaitu timbalan naib canselor (pembangunan) Universiti Malaya (UM) selama enam tahun dan jawatan sebelum itu sama ada di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Kementerian percaya beliau akan dapat memacu kecemerlangan USM ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

“Kementerian berharap agar pelantikan tersebut dapat meneruskan kesinambungan pencapaian dan sumbangan beliau untuk kecemerlangan USM dan seterusnya merealisasikan visi USM untuk menjadi universiti penyelidikan yang terkemuka di peringkat global,” katanya.

Kementerian juga merakamkan penghargaan kepada bekas Naib Canselor USM, Prof Asma Ismail atas khidmat bakti dan kepimpinan beliau sepanjang memegang jawatan sejak 4 Okt 2016 hingga 3 Okt 2019.

Asma kini menggalas tanggungjawab yang lebih besar sebagai Pengerusi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Presiden Akademi Sains Malaysia (ASM).
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget