Era Industri Revolusi 4.0, bersediakah kita?


oleh:Samhani Ismail
18 Oktober 2019

Bismillah..
Dunia sentiasa bergerak dan berubah. Daripada zaman awal kehidupan manusia hinggalah perkembangan-perkembangan menyaksikan Revolusi Industri 1.0 yang menukarkan tenaga manusia kepada wap dan enjin. Seterusnya Revolusi Industri 2.0 yang berlaku padanya Perang Dunia ke-dua melibatkan automotif dan elektrik, seterusnya era Revolusi Industri 3.0 yang membawa internet dan teknologi digital.

Kita masih lagi terkial-kial beradaptasi dengan ICT, tapi dunia sudah mahu meninggalkan kita ke belakang. ICT yang masih belum kita mahir sudah mahu mentransformasi kepada teknologi digital yang boleh berkomunikasi dengan minda dan fisiologi manusia.

Jam yang dipakai bukan setakat menunjukkan waktu, bahkan menunjukkan tahap kesihatan fizikal dan mental.

Banyak lagi device-device yang bakal kita saksikan nanti.

Yang bergerak berdasarkan dataraya, analisis data, brain-computer interface, robot dan awanan.

Isunya, teknologi canggih yang datang, padanya tiada nilai keinsanan.

Apa itu nilai?
Misalnya sebuah buku, ia asalnya hanyalah kertas yang dijilid rapi. Nilainya kosong.

Apabila diisi dengan huruf-huruf yang mendatangkan makna, di situlah baru nilai dimasukkan.

Sebuah buku boleh bernilai parasit, sebuah buku juga boleh bernilai mulia, hanya jika diisi dengan tulisan-tulisan yang baik. Yang membuka minda. Yang membawa manusia kenal Tuhannya.

Di situlah nilai.

Bagi teknologi, ia juga datang tanpa nilai. Lalu bagaimana?

Manusialah yang seharusnya meletakkan nilai padanya. Nilai positif atau nilai negatif, adalah bergantung kepada pengguna teknologi tersebut.

IR4.0, dampaknya kepada semua sudut dan bidang. Tidak kira pendidikan, kesihatan, kehidupan harian, sosial, ekonomi dan semuanya.

Tidak boleh lari.
Tidak boleh lari.

Maka?
Makanya kita harus cepat beradaptasi.

Beradaptasi supaya mampu menatang arus teknologi.

Supaya kita tidak terlalu terpesona dengan hebat dan cantiknya dunia.

Supaya kita tidak lupa Tuhan yang Mencipta.

Supaya kita tidak lupa kita adalah khalifah di dunia, kitalah yang seharusnya memanipulasi teknologi, bukannya menjadi korban kepada teknologi.

Teknologi boleh membawa kebaikan juga keburukan.

Teknologi boleh membuat kita cekap dengan informasi dan performance, tapi teknologi jugalah yang mencipta dadah-dadah sintetik yang menyebabkan ketagihan berganda pada pencandunya, lalu mengkucar-kacirkan unit-unit berfungsi utama manusia iaitu keluarga, iaitu ketua keluarga. Lalu mengorbankan banyak jiwa.

Teknologi akan datang juga bahkan lebih besar impaknya disebabkan ia boleh berkomunikasi dengan manusia tanpa menggunakan bahasa.

Lalu, adakah kita sudah bersedia?

Penulis Dr. Sam(tengah)

Memandang ke hadapan yang membawa gelombang.

Bersiaga di medan dengan ilmu dan segala kekuatan.

Kita perlu bina algoritma-algoritma yang boleh mengangkat fungsi manusia, menjadi penyonsong arus ini, yang tangkas bersilat lantas menundukkan musuh, menjinakkan kehebatan musuh lalu bersinergi, bina-cipta-rancang bersama-sama.

Kerana kita ada kekuatan yang pelbagai. Yang harus dijalin rapi, bak tali-temali yang memintal. Semakin kuat, semakin utuh.

Jangan masih berbalah. Akulah yang hebat. Kau apa tahu?

Semua itu harus ditinggal di belakang.

Sikap lama, lusuh dan buruk bukan hanya membusuk, bahkan mempurukkan kita ke belakang.. terpuruk dalam kehinaan.
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget