DESAK ditubuh untuk desak PH tunai janji PRU14


KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) telah menubuhkan gerakan politik baru iaitu Sekretariat Gerakan Desak Janji Pakatan Harapan (DESAK) dengan kerjasama Malaysia Youth Activist (MALAYA) dan disokong oleh beberapa gerakan mahasiswa dari pelbagai kampus.

Menurut Presidennya, Muhammad Ikhwan Nasyriq Salahin, gerakan itu ditubuhkan bertujuan untuk mendesak kerajaan baharu Malaysia di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) untuk menunaikan janji mereka seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

“Gerakan DESAK ini membawa lima desakan utama kepada pihak kerajaan PH iaitu mendesak peluang pekerjaan, mendesak gaji minimun, penurunan harga barang, penghapusan tol dan mendesak pendidikan percuma.

“Lima perkara ini antara janji yang pernah ditawarkan oleh pemimpin PH sebelum PRU14. Mereka meminta rakyat Malaysia untuk menuntut janji tersebut sekiranya mereka menang dalam pilihan raya,” katanya.

Jelasnya, gerakan itu telah pun memulakan pergerakan awal semenjak dua minggu yang lalu dan semalam secara rasminya, Sekretariat DESAK dilancarkan di hadapan bangunan Sogo, Kuala Lumpur.

Tambah beliau, Sekretariat DESAK akan dipimpin oleh Mohd Zofrie Zulhilmie selaku Pengarah Operasi. – HARAKAHDAILY 29/9/2019

Sumber: https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/13369-desak-ditubuh-untuk-desak-ph-tunai-janji-pru14
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget