Bendahari NGO JITP meninggal dalam kemalangan maut



Berita yang memilukan, Encik Abdullah bin Atan @ Yaakub (Pegawai IT Pejabat Agung PAS) 51 tahun, telah disahkan sudah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan maut di kawasan berhampiran Tol Jalan Duta tengahari Khamis 3hb Okober, 2019.

Difahamkan motorsikal ditunggangi beliau terjatuh dihadapan lori dan dirempuh oleh lori di bawah jejantas berhampiran Tol Jalan Duta.

Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Jenazah akan diuruskan esok pagi...mandi dan kafan di PPUM...Solat jenazah dan kebumikan selepas solat Jumaat (4hb Oktober, 2019) Solat jenazah diadakan di Masjid Islahiyyah Kuang mengikut maklumat daripada anak lelaki beliau Faiz.

Abdullah Atan adalah bekas pelajar UTM bidang IT, Pernah aktif sebagai Exco Penerbitan MPP UTM 1987/88.

Sebagai graduan dalam bidang IT, beliau menganggotai Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia (NGO JITP) untuk melaksanakan kerja-kerja amal dalam bidang iT dan dilantik sebagai Bendahari.

NGO JITP amat terasa dengan kehilangan seorang penggeraknya yang amat dedikasi dalam keadaan yang amat mengejutkan. Satu tahlil ringkas arwah akan diadakan pada tengah hari ini (sabtu 5hb Oktober, 2019 selepas sholat zohor di pejabat pertubuhan.

NGO JITP memohon keluarga arwah bersabar dalam saat-saat pilu ini dan kita sama-sama mendoakan arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang berjuang dijalan Allah.

Bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga arwah yang pergi dengan mengejut, unit kebajikan [email protected] melancarkan derma kila dikalangan ahli persatuan.

Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun Penolong Setiausaha (JITPCare) : Maybank 162263329302 (Rosmizan bte Mohd Nong) untuk disampaikan kepada isteri arwah dalam masa terdekat. Isteri beliau adalah suri rumah tangga sepenuh masa.

Manakala Pertubuhan Profesional Muslim Malaysia (PPMM) yang turut dianggotai oleh beliau turut membuka Kutipan Tabung Bantuan Untuk Keluarga Arwah ABDULLAH ATAN dengan bank-in ke account bendahari PPMM untuk kami sampaikan kepada keluarga beliau seberapa segera diatas nama: Othman Hamid, Bank: RHB, No: 16452600013175, HP: 013-341 4813

Beliau yang bertugas sebagai salah seorang Pegawai IT di Pejabat Agung PAS sejak tahun 1999 merupakan ahli PAS Kawasan Selayang (DUN Kuang).

Bendahari PAS Pusat juga turut menziarahi beliau di rumahnya pada petang hari kejadian

Rumah Arwah di Lorong Beringin, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Pemuda PAS Selangor juga membuka tabong dibawah nama:
Kebajikan Pemuda Selangor
Maybank 564799127469
Selepas transfer/bank in mohon maklumkan kepada:
Azwan, Pengerusi 0196369014
Habib, Bendahari 0192806890

Pelbagai pihak tampil ke depan untuk membantu. Salurkan derma kilat untuk membantu meringankan beban keluarga almarhum yang merupakan sahabat seperjuangan kita melalui:

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa serta merahmati beliau dan didoakan agar belisau ditempatkan bersama kalangan orang-orang beriman.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget