NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belanjawan 2020 – Belanjawan Tahi Hidung



TUN Dr. Mahathir sebaik keluar Dewan selepas Belanjawan 2020 habis dibentangkan Lim Guan Eng, terus merumuskan rakyat gembira kerana semua orang dapat sesuatu.

Siapa semua orang tu? Berapa keping aje yang dapat faedah sebenarnya?

Nampak atas kertas macam semua dapat, tetapi apakah realitinya?

Kalau dilihat reaksi di media sosial, orang Melayu terutamanya amat marah dengan peruntukan RM100 juta untuk kelompok usahawan Cina yang memang sudah kaya-raya.

Tiada apa yang gempak dalam belanjawan semalam.

Kakitangan awam cuma dapat RM500 dan tiada kenaikkan gaji tambahan.

Sangat berbeza dengan zaman Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun, lupakan sejenak belanjawan itu.

Kita lihat kenyataan Najib kepada media semalam dan fikirkan balik.

Banyak cukai baru dan kenaikan sedang menanti rakyat pada tahun 2020.

Antaranya kenaikkan tarif air sehingga 67%, kenaikan harga minyak dan pelbagai cukai-cukai baru.

Kenaikkan semua ini akan mendorong kepada peningkatan harga barangan dan perkhidmatan pula.

Keperitan menanti rakyat pada tahun hadapan.

Apa dalam belanjawan semalam entah berapa orang sahaja akan rasa, kalau rasa pun banyak mana la sangat.

Namun bila api air harga barang naik, percayalah bahawa kita semua akan merasa.

Dengan ekonomi perlahan dan Bursa Malaysia makin jatuh, pendapatan rakyat terutama golongan swasta tidak akan menentu.

Kemungkinan lebih ramai bakal hilang kerja.

Dapat tak seberapa, hilang sudah pasti.

Mungkin secara tidak sengaja tetapi penuh simbolik, Menteri Kerjaraya, Baru Bian telah memperlihatkan kepada rakyat Malaysia, bajet atau belanjawan semalam adalah bajet taik hidung…

Sebab itu aje nilai yang rakyat dapat…. – Mynewshub.TV

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo