NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bandar Taiping, Kota Bharu terima pengiktirafan antarabangsa


KUALA LUMPUR - Bandar Taiping di Perak dan Kota Bahru di Kelantan, baru-bari ini menerima pengiktirafan antarabangsa di Perhimpunan Agung Kesembilan Pertubuhan Promosi Pelancongan bagi bandar-bandar di Asia Pasifik (TPO) yang berlangsung di Busan, Korea.

Datuk Bandar Busan, Oh Keo-don menyampaikan anugerah Kempen Perhubungan Awam Terbaik 2019 kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping Borhan Abdul Halim, manakala Pengarah Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kota Bahru (MPKB) Azman Mohd. Daham menerima anugerah Pengurus Destinasi Terbaik 2019 bagi pihak MPKB.

Kenyataan dari Tourism Malaysia seterusnya memberitahu bahawa Borhan dipilih sebagai Presiden Bersama TPO 2020-2021.

Lebih 700 orang, termasuk Datuk Bandar, pegawai-pegawai pelancongan, ahli akademik, dan promoter kebudayaan dan kesenian, dari 85 bandar di 15 negara, menghadiri acara TPO kali ini yang berlangsung dari 25 hingga 28 September dengan tema ‘Common Prosperity in Tourism Through Open Partnership’.

TPO ditubuhkan khusus bagi mempromosi pelancongan di bandar-bandar di Asia Pasifik. - Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo