NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Babi dan Homoseksualiti



Bismillahirrahmanirrahim

Banyak kajian merekodkan kerosakan otak pada individu-individu pemakan babi.

Babi dan Kerosakan Otak

1. Pemakan babi kerap mengalami masalah pada bahagian frontal korteks otak mereka. Serangan pada bahagian ini turut memberi risiko kepada beberapa bahagian berhampiran seperti hipotalamus, amigdala, hipokampus dan talamus. Kerosakan otak pada bahagian-bahagian tersebut mengakibatkan pesakit tidak mampu untuk mengendali kemahuan seksnya. Kerosakan tersebut dimanifestasi oleh sawan, masalah motorik, kemerosotan kognitif, kecelaruan tingkahlaku seperti agresif, antisosial, kejam, tidak tahu malu, halusinasi dan banyak lagi direkodkan.

2. Hipotalamus adalah bahagian penting otak yang mengatur respon seksual manusia. Kebangkitan nafsu akibat rangsangan visual menunjukkan bahagian hipotalamus dan subkortikal aktif. Kajian lain turut menyokong di mana hipotalamus menunjukkan aktiviti paling tinggi semasa peringkat awal ereksi.

3. Kerosakan otak di bahagian hipotalamus menyebabkan kemahuan seksual pesakit meningkat. Ini disebabkan hipotalamus mengawal atur sistem-sistem hormon dan mengawal nafsu seks. Jika terdapat kerosakan tisu (lesi) otak pada bahagian ini, individu tidak mampu mengawal diri. Perkara ini dilihat secara klinikal.

4. Satu kes yang direkodkan, seorang lelaki yang mempunyai masalah keabnormalan fungsi seksual. Beliau obses untuk menyentuh payudara wanita dan sukar puas. Pemeriksaan secara pengimejan otak menunjukkan terdapat lesi pada hipotalamus dan mesensefalon.

5. Kajian ini menyokong bahawa lesi pada hipotalamus menyebabkan individu tidak mampu menahan kehendak seksnya. Kecederaan ini juga menyebabkan pesakit menghadapi masalah ejakulasi dan cenderung melakukan pedofilia iaitu serangan seksual ke atas kanak-kanak.

6. Kes lain berkaitan kerosakan otak ialah Huntington. Pesakit Huntington menunjukkan hiperseksualiti termasuk parafilia. Pesakit-pesakit ini bersikap pelik dengan menunjukkan alat sulit, suka mengintai, homoseks dan agresif.

7. Kerosakan pada lobus temporal juga mengakibatkan Sindrom Kluver Bucy (KBS) dan perkara ini dibuktikan secara kajian makmal ke atas monyet dan manusia. Mangsa KBS mengalami agnosia visual iaitu bermasalah dari segi perspektif. Mangsa tidak dapat membezakan dan mengecam sesuatu melalui penglihatan. Oleh itu, berlaku hiperoraliti di mana mangsa lebih gemar mengesan sesuatu objek menggunakan mulut.

8. Begitu juga, mangsa sering mengalami gangguan emosi, perubahan selera makan dan bersikap hiperseksual. Hiperseks pada mereka dimanifestasi sebagai melakukan hubungan seks secara kerap samada secara homoseks atau heteroseks serta melakukan masturbasi sehingga beberapa kali dalam sehari.

9. Perkara ini turut disokong oleh Marlowe, “Lelaki ensefalitis (bengkak pada otak) yang mempunyai kerosakan pada lobus temporal menunjukkan adanya ciri-ciri hiperseksual dan homoseksual.” Begitu juga, kajian Poeck menyokong bahawa ciri-ciri utama KBS adalah hiperoraliti. Kajian Mendel mencadang, “Pelaku pedofilia memang mengalami keabnormalan pada lobus temporalnya”.

10. Begitu juga, kajian-kajian melibatkan pesalah jenayah seksual menunjukkan mereka mengalami kerosakan otak yang mendorong mereka berfikir dan membuat keputusan secara tidak wajar. Seperti dilaporkan kebanyakan pengkaji, pelaku pedofilia mengalami keabnormalan pada lobus temporal. Begitu juga parafilia, juga disebabkan disfungsi pada bahagian ini. Individu parafilia jenis exhibitionist mempunyai lobus temporal yang tidak normal manakala pesalah pedofilia dan sumbang mahram yang dilihat secara CT scan menunjukkan lobus temporal mengalami kerosakan dan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Babi dan Kecelaruan Neurotransmitter GABA

1. Hormon steroid babi seperti testosteron dan androstenon turut menyebabkan sistem hormon dan neurotransmitter manusia bercelaru. Kecelaruan hormon steroid pada manusia seterusnya mengganggu tindak balas fisiologi tubuh terhadap GABA.

2. Kajian yang dijalankan oleh M Taherianfard dan M. Shariaty mengenai perkara ini menyatakan terbitan hormon steroid seperti progesteron, testosteron dan glukokortikoid (dan androstenon) boleh merubah respon fisiologi tubuh terhadap GABA melalui interaksi secara terus dengan reseptor GABA. Mereka menyatakan bahawa kecelaruan pada hormon steroid seperti testosteron dan progesteron turut dikenal pasti mengakibatkan kerosakan otak, kecelaruan mental, skizofrenia dan antisosial. Dan ini dilihat sebagai salah satu punca bagaimana memakan babi mencelarukan kawalan seksual pada pemakannya.

3. Buktinya, ramai pesakit-pesakit mental seperti skizofrenia mempunyai rembesan hormon steroid yang abnormal termasuk hormon peransang folikel dan hormon peluteinan. Ini menunjukkan babi selain menyebabkan gangguan serotonergik, juga mengganggu GABAergik melalui tindakan hormon-hormon steroidnya.

4. Dalam masa yang sama, babi mempunyai kandungan hormon steroid yang tinggi iaitu hormon androstenon. Hormon androstenon ini dihasilkan di testis dan paling pekat di kelenjar liur. Hormon ini akan berubah menjadi feromon yang penting sebagai ‘aroma’ untuk meningkatkan kemahuan seksual serta menarik pasangan. Androstenon ini juga disimpan di dalam lemak, justeru daging babi yang dimasak akan menghasilkan bau yang kuat. Untuk mengurangkan bau pada babi, babi-babi kebanyakan dikasi oleh penternak.

5. Justeru memakan babi boleh meningkatkan kemahuan dan kebangkitan seksual lantaran kandungan hormon steroidnya yang tinggi. Daging babi dianggap sebagai salah satu makanan afrodisiak (pembangkit nafsu) sehingga timbulnya tagline, “Daging babi lebih baik berbanding Viagra.”

6. Selain itu, kerosakan pada sistem-sistem tubuh yang lain seperti kecelaruan neurotransmitter monoamin turut menyumbang kepada perlakuan luar tabie pada manusia. Penerangan boleh ditemui di dalam buku Kenapa Babi Tidak Halal, PTS 2017. Wallahu a’lam.

KONKLUSI

1. Babi adalah makhluk Tuhan. Namun Islam mengharamkan manusia mengambil manfaatnya. Itu jelas.

Lima kali babi disebut di dalam Al-Quran. Empat kali berkenaan penolakan dan pengharaman Allah terhadap babi, samada daging, kulit, tulang, atau apa sahaja yang datang daripada babi adalah tidak boleh.

Al-Baqarah 2:173
Al-Maidah 5:3
Al-An’aan 6:115
An-Nahlu 16: 115

Satu kali lagi adalah sebuah perumpaan, di mana Allah berseru,
“Katakanlah, mahukah Aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Iaitu orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi serta penyembah taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul.” (Al-Maidah 5:60)

2. Kunci terhadap kecelaruan sistem neurotransmitter yang memberi dampak perlakuan pelik pada manusia adalah disinhibition. Ia adalah ekspresi diri yang menyebabkan individu merasa dia boleh berbuat apa sahaja tanpa malu atau takut.

Ų„ِŲ°َŲ§ Ł„َŁ…ْ ŲŖَŲ³ْŲŖَŲ­ْŁŠِ ŁَŲ§ŲµْŁ†َŲ¹ْ Ł…َŲ§ Ų“ِŲ¦ْŲŖَ

“Jika kamu tidak malu, buatlah apa sahaja yang engkau suka,” hadith riwayat At-Tirmizi yang bagi saya bernada sarkastik.

Benar sabda baginda, jika sudah tiada malu yang bertindak sebagai controller diri, seseorang akan berbuat apa sahaja. “Sejauh mana hidupnya hati, sejauh itu pula kekuatan sifat malunya. Sedikitnya malu adalah bahagian dari matinya hati dan roh. Ketika hati itu hidup, nescaya akan sempurnalah sifat malu. Hakikat malu adalah meninggalkan perkara yang buruk dan sia-sia,” lunak pesanan Ibnul Qayyim.

3. Maka soalan saya, mana satu ayat Al-Quran yang membenarkan homoseksualiti?!

Islam agama yang suci,
Samhani Ismail, PhD
15 Oktober 2019
Sedutan buku Kenapa Babi Tidak Halal, ms 143-149

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo