Adakah bajet 2020 dapat memenuhi keperluan rakyat Sarawak?

oleh: Jofri Jaraiee

Dalam bajet 2020, kerajaan pusat akan memberi tumpuan kepada pembaikan sekolah daif dengan peruntukan sebanyak RM783 juta terutamanya di Sabah dan Sarawak. Banyak sekolah daif di negara ini masih memerlukan dana untuk pembaikan tetapi mengapa mereka masih tidak dapat melakukannya dan menerima peruntukan itu.

Di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11), kerajaan BN meluluskan RM 2.7 bilion untuk membaiki sekolah-sekolah daif di mana Sarawak menerima RM1 bilion daripadanya. Di manakah bajet sebelum ini, ia masih wujud atau digunakan untuk tujuan lain?

Dalam pada itu, pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak, Chong Chieng Jen berkata kerajaan Sarawak tidak memberi keutamaan kepada sekolah-sekolah daif, melihat cara mereka mengendalikan isu ini dengan kerajaan pusat.

Kerajaan PH cuba berusaha untuk mengalihkan isu peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu dengan memberikan pelbagai alasan untuk kepentingan politik mereka.

Isu sekolah-sekolah daif adalah perkara yang mempunyai kepentingan rakyat dan oleh itu kerajaan PH perlu memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan parti mereka

Begitu juga dengan peruntukan untuk pertanian dan perikanan juga telah dikurangkan dan ini tentunya akan menjadi beban petani yang tinggal di kawasan pedalaman dan nelayan miskin yang sangat memerlukan bantuan. Kerajaan PH perlu menimbangkan semula keperluan golongan tersebut.

Seperti dalam bajet 2020, peruntukan pertanian dipotong dari RM194.1 juta kepada RM180 juta dan peruntukan perikanan dipotong dari RM178.5 juta kepada RM 177 juta.

Yang paling melampau ialah orang asing boleh membeli hartanah kurang daripada RM600,000 berbanding RM1 juta sebelum ini. Ini jelas merupakan satu keutamaan untuk korporat dan warganegara yang memerlukan rumah yang selesa kurang diberi perhatian oleh kerajaan PH.

Kenapa orang asing diberi keutamaan dalam memiliki harta di negara ini apabila ramai rakyat Malaysia masih memerlukan rumah yang selesa terutamanya di Sarawak di mana tanah mereka sesuai untuk sektor pertanian serta boleh membina rumah yang besar dan selesa. Rakyat tidak mahu tanah mereka tergadai kepada warga asing apabila tempat kediaman mereka akan dimonopoli oleh warga asing.

Ini membuktikan bahawa bajet 2020 memberi lebih keutamaan dan keperluan kepada kumpulan tertentu daripada rakyat yang masih memerlukan bantuan seperti yang disebutkan di atas. Bajet 2020 masih belum dapat memenuhi keperluan rakyat Sarawak yang masih jauh ketinggalan dalam arus pembangunan.

Jika benar bahawa kerajaan PH tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat, mereka perlu memberi tumpuan kepada sektor-sektor yang boleh memberi manfaat kepada negara dengan meningkatkan pengeluaran pertanian, perikanan dan lain-lain hasil pertanian yang belum diterokai di negara ini.

Kurangkan hutang dan belanja dengan bijak untuk kepentingan rakyat. Jadilah bijak dalam belanjawan, jangan menaikkan hutang negara dengan sedikit faedah kepada rakyat, dan akhirnya, rakyat akan menanggung beban hutang negara.

*Jofri Jaraiee ialah Pesuruhjaya PAS Sarawak



English version

Will the 2020 budget meet the needs of Sarawakians?

In the 2020 budget, the federal government will focus on the repair of dilapidated schools with an allocation of RM783 million mainly in Sabah and Sarawak. Many dilapidated schools in the country are still in need of funds to improve but why they still cannot do so and receive the allocation.

Under the 11th Malaysia Plan (11MP), the BN government-approved RM 2.7 billion to repair dilapidated schools where the state received RM 1 billion from it. Where was the budget before, it still exists or used for other purposes?

In the meantime, Sarawak Pakatan Harapan (PH) chairman Chong Chieng Jen said the Sarawak government does not give priority to the dilapidated schools, look at the way they handled this issue with the federal government.

The PH government is trying to divert the issue of provisions that have been approved by the previous government by providing various reasons for their political interests.

The issue of dilapidated schools is a matter of public interest and therefore the PH government should give priority to the interests of the people more than the interests of their party.

Similarly, the provision for agriculture and fisheries has also been reduced, and this will undoubtedly be a burden on farmers living in rural areas and poorer fishermen who are in dire need of assistance. The PH government needs to reconsider the needs of these groups.

As in 2020 budget, the agricultural allocation is cut from RM194.1 million to RM180 million and fishery allocation is cut from RM178.5 million to RM 177 million.

The most extreme is that foreigners can buy real estate for less than RM600,000 compared to RM1 million previously. This is clearly a priority for corporations, and citizens who need a comfortable home are less favored by the PH government.

Why foreigners are given priority in owning property in this country when many Malaysians still need a comfortable home especially in Sarawak where their land is suitable for the agricultural sector and can build large and comfortable houses. The people do not want their land is at stake to foreigners when their place of residence is monopolized by foreigners.

This proves that the 2020 budget places more emphasis on the needs of certain groups than the people who still need help as mentioned above. Budget 2020 has still not been able to meet the needs of the people of Sarawak that are still lagging behind in the development flow.

If it is true that the PH government does not have enough funds to meet the needs of the people, they need to focus on sectors that can benefit the country by increasing the output of agriculture, fisheries and other untapped agricultural produce in the country.

Reduce debt and spend wisely for the benefit of the people. Be wise in the budget, do not raise the national debt with little benefit to the people, and finally, the people will bear the burden of the country's debt.

Yours faithfully,

Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

http://pas-miri.blogspot.com

Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget