NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Utamakan Pembelian Produk Muslim: Memilih Keluaran 'Halalan Toyyiba' Adalah Wajib Bagi Ummat Islam


1. Sekretariat Suara Pengguna Prihatin Malaysia (SPPM) menyambut baik langkah dan kempen yang mengutamakan pembelian produk keluaran Muslim ,kerana memang ini disarankan di dalam ajaran Agama Islam .

2. Kita perlu sedar bahawa ummat Islam diseru agar memilih sumber makanan atau keluaran yang suci lagi bersih kerana ia akan menjadi darah daging serta mempunyai kaitan dengan halal haram dalam makanan .

2.Bahkan terdapat dalil ayat-ayat di dalam Al-Qur'an yang mengandungi perintah supaya makan yang halal dan baik adalah sebagaimana berikut:-

a) Surah al-Baqarah ayat 168, yang bermaksud; "Wahai sekelian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik.."

b) Surah al-Baqarah ,ayat 172, yang bermaksud; "Wahai orang-orang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada ALLAH, jika kamu betul beribadat kepadaNYA."

c) Surah al-Maidah ayat 88, yang bermaksud; "Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan ALLAH kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertakwalah kepada ALLAH yang kepadaNYA sahaja kamu beriman."

3. Harus difahami bahawa mengutamakan produk keluaran Muslim bukan bermakna memboikot barangan keluaran bangsa lain, sebaliknya kempen ini adalah lebih kepada menjaga kemaslahatan majoriti populasi 70% umat Islam yang menjadi teras dan mendominasi jumlah penduduk di negara ini .

4. Sering kedengaran bahawa terdapat isu saban tahun berkaitan jenama keluaran yang menggunakan logo halal pun disalahgunakan dan menyebabkan ummat Islam tertipu demi keuntungan segelintir pihak yang sanggup memperdaya pengguna Muslim hingga terjebak dalam pembelian barang atau makanan yang tidak halal .Bukankah ini semua amat menghiris hati ummat Islam ?

5.SPPM menyangkal dakwaan YB Teresa Kok ,Menteri Sumber Manusia yang melahirkan kekecewaannya kerana kononnya ada usaha memboikot barangan keluaran bukan bumiputera sedangkan apa yang sedang diusahakan adalah mengutamakan keluaran produk Muslim atau ummat Islam dahulu ,bukannya boikot barangan keluaran bukan bumiputera.

6. SPPM juga melahirkan rasa kesal dengan pandangan naif dari YB Lim Guan Eng ,Menteri Kewangan Malaysia yang menyindir secara sinis kempen utamakan produk Muslim ini dengan erti kata lain yang maksud sindirannya mengatakan boikot sekali pembelian handphone di kedai orang bukan Islam .

7.SPPM menggesa agar semua pihak menghormati pilihan pengguna Muslim kerana mereka berhak memilih produk keluaran orang Melayu Islam sendiri terutama berkaitan bab pembelian makanan dan pakaian seharian kerana ia ada kaitan dengan ibadah mereka dalam kehidupan seharian .

Bahkan kita sedia maklum bahawa antara salah satu sebab doa terhijab adalah berpunca dari sumber makanan yang mengandungi unsur syubhah dan sumber makanan yang haram serta tidak bersih .

8.Justeru ,SPPM mendesak agar Menteri Agama ,YB Mujahid Yusoff Rawa bertindak memberi penerangan kepada Ahli Parlimen dan Menteri bukan Islam dalam kabinet PH berkaitan hal ini , kerana telah jelas terbukti berlaku salah faham terhadap konotasi kata Kempen Beli Produk Muslim dengan beza istilah boikot barangan bukan Islam atau bukan bumiputera.

Tanggapan sebegini jauh tersasar dari maksud sebenar dan tujuan asal kempen yang murni ini iaitu Kempen Beli Produk Muslim atau Buy Product Muslim First(BPMF).


Salam hormat:

Normala Sudirman
Presiden Suara Pengguna Prihatin Malaysia (SPPM).
3 September 2019

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo