NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tg Piai: MCA dijangka bincang Khamis


Jawatankuasa pusat MCA dijangka membincangkan pilihan raya kecil Tanjung Piai yang akan datang dalam satu mesyuarat pada hari Khamis ini.

Kepimpinan tertinggi parti itu dijangka membincangkan sama ada mahu meletakkan calon di kerusi itu yang secara tradisinya ditandingi MCA atau memberi laluan kepada sekutunya Umno sekutu untuk bertanding pada pilihan raya kecil kali ini.

Setiausaha Organisasi MCA Ling Tian Soon (gambar, atas) berkata presiden parti, Wee Ka Siong akan pulang dari China malam ini untuk mempengerusikan mesyuarat pada Khamis ini.

Ling memberitahu Malaysiakini memandangkan penyandang Dr Mohamed Farid Md Rafik meninggal dunia secara tiba-tiba pada 21 September lalu, maka isu pilihan raya kecil Tanjung Piai tidak dimasukkan ke dalam agenda mesyuarat parti yang telah dirangka lebih awal lagi.

Bagaimanapun, kata Ling lagi, pada setiap mesyuarat, parti akan membincangkan hal ehwal semasa dan dijangkakan kepimpinan akan menimbulkan soal pilihan raya kecil ini.

Farid yang juga timbalan menteri di JPM meninggal dunia akibat serangan jantung menjadikan PRK kali ini yang kesembilan sejak PRU14 tahun lalu.

Walaupun Tanjung Piai merupakan kerusi tradisi MCA difahamkan Umno melalui kerjasama dengan PAS dalam Muafakat Nasional telah melobi untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai Wee Jeck Seng dan ketua pemuda Heng Zhi Li memberitahu Malaysiakini bahawa bahagian itu menyerahkan keputusan untuk bertanding kepada jawatankuasa pusat parti.

Jeck Seng yang juga bekas calon pada PRU14 dan penyandang kerusi itu selama dua penggal berkata sudah bertemu dengan anggota parti dan telah mengaktifkan jentera kempen sebagai persediaan untuk pilihan raya kecil itu.

"Saya adalah ketua bahagian, sudah tentu saya akan bekerja untuk ini kerana saya lebih akrab dengan situasi di sini," katanya sambil menjelaskan akan secara peribadi mengetuai usaha MCA dalam kempen pilihan raya kecil itu.

Jeck Seng telah memenangi kerusi Tanjung Piai semasa pilihan raya umum pada 2008 dan 2013, dan pernah memegang jawatan sebagai timbalan Menteri belia dan sukan.

Beliau mempertahankan kerusinya semasa pilihan raya umum tahun lalu, tetapi kalah kepada Dr Farid daripada Bersatu.

Ditanya sekiranya beliau bersedia untuk bertanding di Tanjung Piai sekali lagi, Jeck Seng menyatakan kesanggupannya tetapi menegaskan perkara itu terpulang kepada keputusan jawatankuasa pusat MCA.

"Saya ialah anggota parlimen terdahulu, sudah tentu saya bersedia, tetapi itu bukan atas kehendak saya. Tunggu parti untuk membuat keputusan," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo