NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Teruskan Perpaduan Walaupun Diperleceh




oleh: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://telegram.me/drahmadsanusiazmi



1. Sebahagian kita barangkali seronok memperlekeh usaha perpaduan Ummah. Ketahuilah bahawa perpecahan Muslim hanya akan melemahkan umat Islam. Dengan itu Allah mengingatkan kepada kita agar sentiasa bersatu-padu dan mengelakkan perpecahan. Asas utama perpaduan itu mestilah didasari dengan syariat Allah. Firman Allah:

ŁˆَŲ§Ų¹ْŲŖَŲµِŁ…ُŁˆŲ§ ŲØِŲ­َŲØْŁ„ِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų¬َŁ…ِŁŠŲ¹ًŲ§ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŁَŲ±َّŁ‚ُŁˆŲ§ ۚ ŁˆَŲ§Ų°ْŁƒُŲ±ُŁˆŲ§ Ł†ِŲ¹ْŁ…َŲŖَ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų¹َŁ„َŁŠْŁƒُŁ…ْ Ų„ِŲ°ْ ŁƒُŁ†ŲŖُŁ…ْ Ų£َŲ¹ْŲÆَŲ§Ų”ً ŁَŲ£َŁ„َّŁَ ŲØَŁŠْŁ†َ Ł‚ُŁ„ُŁˆŲØِŁƒُŁ…ْ ŁَŲ£َŲµْŲØَŲ­ْŲŖُŁ… ŲØِŁ†ِŲ¹ْŁ…َŲŖِŁ‡ِ Ų„ِŲ®ْŁˆَŲ§Ł†ًŲ§

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.

2. Ketika menghuraikan ayat ini al-Imam Ibn Kathir menjelaskan bahawa Allah memerintahkan kita supaya berusaha ke arah perpaduan dan mengelakkan perpecahan. Kata beliau:

Ų£Ł…Ų±Ł‡Ł… Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ų² ŁˆŲ¬Ł„ ŁŁŠ Ų§Ł„Ų¢ŁŠŲ© Ų§Ł„ŁƒŲ±ŁŠŁ…Ų© ŲØŲ§Ł„Ų¬Ł…Ų§Ų¹Ų©، ŁˆŁ†Ł‡Ų§Ł‡Ł… Ų¹Ł† Ų§Ł„ŁŲ±Ł‚Ų©، ŁˆŁ‚ŲÆ ŁˆŲ±ŲÆŲŖ Ų§Ł„Ų£Ų­Ų§ŲÆŁŠŲ« Ų§Ł„Ł…ŲŖŲ¹ŲÆŲÆŲ© ŲØŲ§Ł„Ł†Ł‡ŁŠ Ų¹Ł† Ų§Ł„ŲŖŁŲ±Ł‚ ŁˆŲ§Ł„Ų£Ł…Ų± ŲØŲ§Ł„Ų§Ų¬ŲŖŁ…Ų§Ų¹ ŁˆŲ§Ł„Ų§Ų¦ŲŖŁ„Ų§Ł

“Allah mengarahkan mereka di dalam ayat ini agar bersatu padu dalam satu kumpulan, dan Allah melarang pecah belah. Telah banyak hadith yang menceritakan tentang larangan berpecah belah dan amaran agar bersatu dan saling menyantuni.”



3. Menurut al-Imam al-Wahidi, ayat ini menjelaskan tentang situasi pergaduhan kaum Aus dan Khazraj yang saling bermusuhan sehingga bertahun lamanya. Sehinggalah Allah menyatukan hati-hati mereka dan ia adalah satu rahmat yang besar buat umat Islam.



4. Dalam al-Quran juga, Allah mengingatkan kepada kita bahawa yang membenci perpaduan Muslim ini ialah syaitan. Kerana syaitanlah yang menghasut manusia supaya saling bermusuhan. Firman Allah:



Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ų“َّŁŠْŲ·َŲ§Ł†َ ŁŠَŁ†Ų²َŲŗُ ŲØَŁŠْŁ†َŁ‡ُŁ…ْ Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ų“َّŁŠْŲ·َŲ§Ł†َ ŁƒَŲ§Ł†َ Ł„ِŁ„Ų„ِŁ†ْŲ³َŲ§Ł†ِ Ų¹َŲÆُŁˆًّŲ§ Ł…ُّŲØِŁŠŁ†ًŲ§



“Sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.” (Surah al-Isra)



5. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam al-Baghawi meenyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan menghasut itu adalah:



ŁŠُŁْŲ³ِŲÆُ ŁˆَŁŠُŁ„ْŁ‚ِŁŠ Ų§Ł„ْŲ¹َŲÆَŲ§ŁˆَŲ©َ ŲØَŁŠْŁ†َŁ‡ُŁ…ْ

“Syaitan akan mencampakkan permusuhan di kalangan muslim.” Dengan sebab itu al-Imam Ibn Asyur menjelaskan bahawa pergaduhan di antara adik beradik Nabi Yusuf itu dikatakan hasil hasutan syaitan. Ini dijelaskan melalui firman Allah melalui kisah Nabi Yusuf:


Ł…ِŁ†ْ ŲØَŲ¹ْŲÆِ Ų£َŁ†ْ Ł†َŲ²َŲŗَ Ų§Ł„Ų“َّŁŠْŲ·Ų§Ł†ُ ŲØَŁŠْŁ†ِŁŠ ŁˆَŲØَŁŠْŁ†َ Ų„ِŲ®ْŁˆَŲŖِŁŠ


“(perselisihan berlaku) selepas daripada syaitan menghasut di antara aku dan adik beradikku (Nabi Yusuf)”

Oleh itu Tuan-Puan, teruskanlah usaha perpaduan Ummah biarpun dibenci oleh sebahagian manusia.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo