Terengganu Perkasa Produk IKS Negeri Melalui T'Mart

KUALA TERENGGANU, 17 Sept - Kerajaan Terengganu menyasarkan pembukaan lima lagi rangkaian baharu pasar mini T'Mart dalam tempoh tiga tahun ini bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang peruncitan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, ketika ini premis perniagaan milik kerajaan Terengganu itu sudah beroperasi di empat tempat iaitu di Kuala Terengganu, Besut, Dungun dan Kemaman.

"Untuk pembukaan baharu nanti, kita akan pilih lokasi yang sesuai berdasarkan kajian demografi yang lengkap untuk menampung permintaan pasaran dan pada masa sama memasarkan lebih banyak produk keluaran industri kecil dan sederhana (IKS) di Terengganu," katanya ketika dihubungi Bernama kelmarin.

Katanya melalui T'Mart, seramai 68 usahawan telah mendapat manfaat apabila dapat memasarkan lebih 120 produk mereka di pasar mini itu dan jumlahnya sentiasa bertambah dari masa ke semasa.

Selain tumpuan kepada pasar mini T'Mart di dalam Terengganu, kerajaan negeri juga terus memperkasakan perniagaan IKS negeri itu untuk pasaran Lembah Klang melalui T'Mart DC yang beroperasi di Kampung Baru Kuala Lumpur sejak 2016.

Antara produk yang dijual di T'Mart tersebut ialah makanan sejuk beku seperti satar ikan goreng, kuih ropa, keropok lekor dan ketupat palas yang sentiasa mendapat sambutan daripada peminat makanan asli Terengganu.

Selain itu, Nurkhuzaini berkata kerajaan negeri juga bercadang untuk mewujudkan 42 unit kiosk T'Mart Corner kepada golongan belia dan asnaf dalam tempoh tiga tahun lagi.

"T'Mart Corner akan memberi peluang kepada belia dan asnaf menceburi perniagaan dengan bimbingan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu dan pada sama dapat meningkatkan lagi industri IKS di negeri ini," katanya.

- BERNAMA
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget