NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tanjung Piai: UMNO buat silap besar jika letak calon MCA - Berjasa


BANGI, 25 Muharram 1441H, Rabu – UMNO melakukan silap besar jika memberi laluan kepada MCA bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, kata Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman.

Beliau berkata, rakyat sedia maklum betapa hipokrit dan tak berprinsipnya MCA setelah Barisan Nasional (BN) jatuh, sehingga mengusulkan untuk keluar daripada parti itu.

Malah kata Ustaz Hazizi, MCA juga kerap kali berperangai seperti DAP, dalam menekan orang Melayu dan Islam seperti membantah tindakan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu mengenakan hukuman sebat terhadap wanita di khalayak.

Selain itu, MCA juga menggesa DAP memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menarik balik rancangan kerajaan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan; dan menggesa kerajaan mengusir Pendakwah bebas, Dr Zakir Naik dari negara ini.

“Saya tak pasti apa yang disuarakan oleh PAS kepada UMNO dalam hal ini. Kita tunggu dan lihat.

“Yang pasti ialah kelihatan suara umat Islam marhaen masih diperlukan lagi untuk mendesak agar kerusi majoriti muslim dikembalikan kepada muslim, kerana PAS dan UMNO nampak gayanya belum bertegas seperti yang diharapkan,” katanya kepada Ismaweb.

Terdahulu, PAS menyatakan sokongan jika BN meletakkan calon MCA pada PRK Parlimen Tanjung Piai.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah dilaporkan berkata, PAS akan mengambil amalan sama iaitu kerjasama seperti dilakukan pada PRK sebelum ini dengan BN.

Kekosongan kerusi Parlimen Tanjung Piai adalah berikutan kematian ahli parlimennya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik pada Sabtu lepas berikutan komplikasi jantung.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Md Farid yang juga Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjung Piai, memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN) dan Nordin Othman (PAS).

Beliau memperoleh 21,255 undi diikuti Wee dengan 20,731 undi dan Nordin dengan 2,962 undi

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/09/25/1tanjung-piai-umno-buat-silap-besar-jika-letak-calon-mca/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo