Tahukah anda? Grab sumbang RM24 bilion pada ekonomi Asia Tenggara


JAKARTA: Syarikat E-hailing terbesar Asia Tenggara, Grab mendedahkan syarikat itu telah menjadi penyumbang ekonomi di Asia Tenggara dengan anggaran sebanyak AS$5.8 bilion (RM24.2 billion) dalam tempoh setahun.

Jumlah laporan tersebut adalah berdasarkan kepada tinjauan yang dibuat oleh firm audit antarabangsa, KPMG yang menunjukkan pencapaian Grab bermula pada Mac 2018 sehingga Mac tahun ini.

Grab yang menjadi aplikasi harian terkemuka di Asia Tenggara turut mengumumkan satu program impak sosial 'Grab For Good' yang dilihat mampu memperkasakan rakyat di Asia Tenggara menjelang tahun 2025.

Dengan beberapa matlamat yang ingin dicapai, Grab berhasrat untuk lebih memanfaatkan penggunaan dari segi teknologi, platform, dan perkongsiannya dalam satu ‘super app’.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Grab, Anthony Tan, Asia Tenggara kini bersedia untuk menjadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang tahun 2030.

“Teknologi boleh diakses oleh banyak pihak, dan pembelajaran tentang kemahiran baru ini dapat meningkatkan lebih banyak mata pencarian bagi orang di Asia Tenggara,” kata Anthony.

Dengan adanya program “Grab for Good', ia menjadi sebuah platform untuk memberikan kesan positif dan mampan di setiap negara yang Grab beroperasi.

Apakah matlamat Grab For Good?

1. Meningkatkan kemasukan digital dan aksesibiliti di Asia Tenggara. Ini bagi memastikan bahawa semua orang, tanpa mengira latar belakang atau berkelainan upaya agar dapat lebih mengukuhkan ekonomi digital. Grab turut menyasarkan sebanyak tiga juta golongan celik digital di Asia Tenggara menjelang 2025.

2. Memperkasakan usahawan mikro dan perniagaan kecil. Usahawan mikro adalah teras model Grab manakala perniagaan kecil adalah nyawa ekonomi Asia Tenggara. Untuk membolehkan mereka memanfaatkan penjimatan kos dan peningkatan produktiviti yang dibawa oleh teknologi tanpa logistik, Grab berhasrat untuk membantu lebih daripada lima juta perniagaan tradisional, dan pengusaha kecil dan sederhana (PKS) untuk mendigitalkan aliran kerja mereka.

3. *Menyediakan tenaga kerja untuk masa akan datang. * Sebanyak 16 peratus belia di negara-negara kesatuan ASEAN ingin bekerja di sektor teknologi di masa depan. Oleh itu, Grab berhasrat ingin melatih 20,000 pelajar melalui inisiatif bakat berteknologi dengan kerjasama institusi pendidikan dan syarikat teknologi terkemuka.

Pada masa sama, Grab turut mendedahkan lebih sembilan juta usahawan mikro atau kira-kira satu daripada 70 rakyat di Asia Tenggara telah memperoleh pendapatan melalui platform Grab.

Selain itu, Grab juga dilihat telah membantu untuk memajukan rantau ini dengan sistem pembayaran tanpa tunai atau ‘cashless’.

Penggunaan ‘cashless’ ini juga menunjukkan kemajuan yang positif di mana Grab telah menerapkan sistem itu sebanyak sembilan kali ganda lebih tinggi berbanding dengan penggunaan ‘cashless’ dalam negara secara keseluruhan.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget