Susulan Inkues Adib, Penjelasan Nas Syarak Siri 1: Perlaksaan Al-Qissamah


oleh: Dr. Muhammad Atiullah bin Othman

Terdapat kisah di zaman Rasulullah ﷺ mengenai kematian seseorang yang tidak diketahui siapa pembunuh tetapi tanggungjawab pembunuh di hadapkan kepada lima puluh kaum Kafir Yahudi. Tanggungjawab ini hendaklah dilaksanakan dengan sumpahan tidak bunuh terhadap setiap seorang dan hendaklah pampasan dibayar dengan dibahagikan setiap mereka.

Pengisahan mengenai perkara ini boleh dirujuk dalam Bab al-Qisamah dalam Sahih Muslim. Saya sebutkan satu hadis panjang mengenai tanggungjawab ini. Sebagaimana hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim,

‎ عن بشير بن يسار رضي الله عنه أن عبد الله بن سهل بن زيد ومحيصة بن مسعود بن زيد الأنصاريين ثم من بني حارثة، خرجا إلى خيبر في زمان رسول الله صلى الله عليه وسلم، وهي يومئذ صلح وأهلها يهود. فتفرقا لحاجتهما. فقتل عبد الله بن سهل، فوجد في شربة مقتولاً، فدفنه صاحبه، ثم أقبل إلى المدينة. فمشى أخو المقتول عبد الرحمن بن سهل ومحيصة وحويصة فذكروا لرسول الله صلى الله عليه وسلم شأن عبد الله وحيث قتل. فزعم بشير وهو يحدث عمن أدرك من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال لهم "تحلفون خمسين يمينًا وتستحقون قاتلكم؟ " (أو صاحبكم) قالوا: يا رسول الله ما شهدنا ولا حضرنا. فزعم أنه قال "فتبرئكم يهود بخمسين؟ " فقالوا: يا رسول الله كيف نقبل أيمان قوم كفار؟ فزعم بشير أن رسول الله صلى الله عليه وسلم عقله من عنده.

(Riwayat Muslim, no hadis: 3151)


Maksudnya:

Dari Basyir bin Yasar r.a., bahawa
Abdullah bin Sahal bin Zayd dan Mahisah bin Mas’ud bin Zayd, kedua-duanya merujanan golongan Ansar dari Bani Harithah, pergi ke Khaybar di Zaman Rasulullah ﷺ.Ketika itu, Khaybar merupakan jajahan persefahaman dan penduduknya adalah Yahudi.Kedua-dua mereka (Abdullah dan Mahisah) berpecah untuk (memenuhi) hajat mereka.Lalu, Abdullah bin Sahal terbunuh dan didapati di tempat minuman dalam keadaan terbunuh. Lalu shaabatnya (Mahisah) menguruskan pengebumiannya dan pulang menuju Madinah.Kemudian, saudara yang terbunuh iaitu Abdul Rahman bin Sahal, berjalan bersama Mahisah dan Huwaysah. Lalu mereka menyebut kepada Rasulullah ﷺ perihal Abdullah dan pembunuhannya.


Bashir yang meriwayatkan hadis menyebut mengenai para sahabat yang mengetahui kisah ini berkata kepada mereka (kaum Yahudi), “Kamu semua (kaum Yahudi) bersumpah sebanyak lima puluh sumpah. Adakah kamu semua dapat hak pembunuh kamu?”.

Mereka (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah! Kami tak akan menyaksikannya dan tidak menghadirinya”.

Dia menyangka kalamnya, “Lantas dapat membersihkan (tuduhan terhadap) Yahudi dengan lima puluh sumpahan?”.

Para sabahat berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimana kami menerima sumpah kaum kafir?”.

Bashir beranggapan bayaran pampasan ada di sisinya.


https://www.facebook.com/500125093497353/posts/1381869401989580?sfns=mo
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget