Semua sekolah di Port Dickson ditutup, bacaan IPU lebih 200


PORT DICKSON: Semua 63 sekolah di Port Dickson diarah tutup hari ini berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melepasi paras bacaan sangat tidak sihat pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan bacaan IPU pada jam 6 pagi ini.

"Memandangkan IPU di Port Dickson pada jam 6 pagi tadi mencecah bacaan 203, kesemua pelajar di semua sekolah di Port Dickson tidak dibenarkan hadir ke sekolah," katanya dalam satu kenyataan.

Penutupan sekolah itu melibatkan seramai 22,877 orang pelajar.

Bagaimanapun, guru-guru masih perlu hadir ke sekolah dan dinasihatkan supaya memakai topeng muka bagi melindungi daripada jerebu.

Menurut Mohamad Rafie, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) akan terus memantau keadaan dan membuat makluman dari semasa ke semasa.

Berdasarkan bacaan yang dipaparkan di laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bilangan kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat terus menunjukkan peningkatan.

Terkini, bacaan IPU di Nilai pada jam 9 pagi turut mencecah paras sangat tidak sihat iaitu pada 203, sementara di Port Dickson 212.

Seremban turut merekodkan bacaan tidak sihat pada 176.

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget