Royalti : Isunya Menteri Kewangan - Mohd. Amar


KOTA BHARU 20 Sept. - Kerajaan Pas Kelantan tetap dengan pendiriannya menyifatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebagai penyebab royalti minyak masih tidak dibayar kepada mereka.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, ini kerana Mesyuarat Majlis Kewangan Negara telah membuat keputusan supaya royalti minyak dibayar kepada negeri ini.

Malah beliau berkata, pihaknya difahamkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memberikan arahan kepada kementerian tersebut supaya melunaskannya.

"Ini keputusan Majlis Kewangan Negara. Menteri Besar dan saya telah bertemu dengan Perdana Menteri, beliau berkata royalti akan dibayar. Saya difahamkan arahan itu telah diberitahu kepada Menteri Kewangan.

"Isunya Menteri Kewangan. Yang jawab Timbalan Menteri Kewangan. Memang Perdana Menteri tidak arahkan Timbalan Menteri Kewangan," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Motivasi Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tabiah Mardhiah di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini malam tadi.

Kelmarin, Utusan Online melaporkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah menafikan dakwaan kononnya kementerian tersebut menyekat bayaran royalti kepada negeri ini walaupun telah diluluskan oleh Perdana Menteri.

Amiruddin turut dilaporkan berkata, royalti minyak akan disalurkan kepada negeri ini apabila sampai masanya namun beliau tidak mendedahkan bila tarikh yang tepat.

Mohd. Amar yang juga Naib Presiden Pas berkata, pihaknya masih mengambil langkah tunggu dan lihat sebelum tindakan lanjut dibuat.

"Bila Perdana Menteri letak syarat selesai kes mahkamah dahulu, kita buat keputusan tarik balik saman. Sepatutnya bila kes mahkamah selesai, tidak ada masalah untuk bayar.

"Kita tengok dulu macam mana. Dia (Kerajaan Pusat) berjanji September. Bulan ini tak habis lagi. Jadi kita tunggulah," katanya. - UTUSAN ONLINE

Sumber: https://www.utusan.com.my/berita/nasional/royalti-isunya-menteri-kewangan-mohd-amar-1.973730
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget