NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Promosi Gerakan Pemisah Dalam Forum Naratif Malaysia Baharu?



Oleh:Mohd Zuhdi Marzuki

Saya mengulangi desakan Timbalan Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, supaya pihak berkuasa menyiasat Forum 'Naratif Malaysia Baharu' yang dianjurkan pada 14 September 2019 baru-baru ini. Forum tersebut, selain daripada menyebarkan misi fahaman pelampau Kristian iaitu Evangelicals Christian dan Dominionism, ia turut mempromosikan gagasan pemisahan Sabah dan Sarawak dari persekutuan Malaysia.

Sungguh membimbangkan sekali bila Forum ‘Naratif Malaysia Baharu’ di Mega Chinese Methodist Church yang dicanangkan oleh Herman Shastry dari Majlis Gereja Malaysia dan Steven Sim dari DAP, bertujuan menyambut Hari Malaysia dan mendidik penganut Kristian untuk menunaikan tanggungjawab mereka dalam pembinaan negara bangsa dipenuhi dengan promosi ke atas kegiatan memisahkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia.

Hakikatnya, inilah yang dilakukan oleh salah seorang panelisnya, iaitu Prof James Chin, warganegara Malaysia yang berasal dari Kuching, Sarawak, dan kini memegang jawatan Pengarah the Asia Institute di University of Tasmania, yang mempromosikan persidangan antarabangsa satu kumpulan pemisah Sabah dan Sarawak di Melbourne, Australia, pada 22 September ini (lusa).

Tidak cukup dengan mempromosi, beliau turut menawarkan tiket percuma pula kepada sesiapa yang mahu menyertai persidangan antarabangsa ini. Lebih penting daripada itu adalah dakwaan Prof James Chin bahawa kumpulan-kumpulan pemisah Sabah dan Sarawak ini mempunyai sokongan di peringkat antarabangsa.

Saya dengan ini sekali lagi mendesak pihak berkuasa menyiasat keterlibatan Prof James Chin dengan kumpulan pemisah Sabah dan Sarawak ini, seterusnga menyiasat sejauh manakah negara luar menyokong kumpulan pemisah Sabah dan Sarawak.

Saya dedahkan transkrip ucapan Prof James Chin ini seperti di bawah:

“What is also very interesting in the last 10 years is that many of these secessionist movements actually have international dimension to it. They have supporters outside Malaysia. They set up groups outside to support them. So on 22nd of this month (September), there will actually be a conference, an international conference convened by the secessionist movements. They got to hold it in Melbourne and they got to discuss the future of Sabah and Sarawak outside the federation. So if you are in Melbourne on 22nd of September, come and see me, I will give you the ticket to attend it, FOC, free of charge.”

Mohd Zuhdi Marzuki ialah AJK PAS Pusat

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo