PRK Tg Piai: Tiada Kerusi Tradisi



Roslan SMS

Setakat ini terdapat 2 poll yang cuba mengukur kecenderungan para pengundi kiranya PRK Parlimen Tg Piai diadakan .

NTV7 Mandarin memperolehi 13 000 undian antara PH dan BN.

Rata-rata poll ini dijangka telah mendapat respon penontonnya yang sudah pasti dari kalangan kaum Tionghua.

Keputusannya:
PH - 32%
BN - 68%

Terbaru Kelab Penyokong PPBM juga telah melancarkan poll nya yang dikira telah memperolehi respon dikalangan penyokong dan pengunjung FB mereka yang rata-rata dari kalangan orang Melayu.

Poll Kelab Penyokong PPBM ini mendapat 14 000 respon undian.

Keputusannya:

Keputusannya:
PH - 5%
PAS/UMNO - 95%

Kedua-dua poll ini telah memperolehi respon dari dua segmen berbeza iaitu kaum Tionghua dan Melayu walaupun bukan sebenarnya mewakili pengundi di Tg Pia sahaja.

Apa pun ternyata keputusannya tidak berpihak pada PH. Ketempangan kerajaan PH pasca PRK Rantau terus nenghantui rakyat.

Ini tanda-tanda awal yang PRK ini sukar memihak pada PH.

Oleh itu blok pembangkang perlu cermat dan bijaksana dalam memilih calon. Di Cameron Highlands MIC beri laluan kerusi yang dimenanginya dalam PRU 14 pada Umno dan Umno telah pilih calon anak tempatan yang paling winnable.

Di Semenyih juga Umno sekali lagi lahirkan calon winnable yang disenangi rakyat dan penyokongnya dan PAS.

Di Tanjong Piai juga sepatutya perubahan yang berani dan winnable perlu dilakukan. Selepas PRU14 sudah tidak ada lagi kerusi tradisi kecuali yang dimenangi. Malah di Cameron walaupun MIC menang dan berkali-kali bertanding di sana, tetapi demi merobohkan PH Umno diberi laluan.

Berubahlah di Tg Piai demi rakyat dan masa depan Muafakat Nasional.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=991723421166994&id=100009880363600
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget