Perkara nombor satu dalam MMA ialah hormat - Khabib


SUNGGUH pun berjaya menumpaskan pesaingnya Dustin Poirier dalam aksi UFC 242 pada Ahad, Khabib Nurmagomedov berkata dia meletakkan rasa hormat yang tinggi terhadap pencabarnya itu.

Menurut Khabib, situasi itu berbeza dengan semasa dia bertemu Conor McGregor pada Oktober tahun lalu, di mana banyak kata-kata berbaur hinaan dikeluarkan oleh petarung dari Ireland itu.

Khabib berjaya mengekalkan takhta kejuaraan dunia lightweight UFC selepas mengalahkan Poirier selaku juara interim lightweight menerusi 'submission' (kuncian) pada minit 2:06 pusingan ketiga.

Selepas perlawanan, Khabib dan Poirier dilihat saling berpelukan sebagai tanda hormat.

Mereka kemudiannya bertukar baju-t yang tertera nama masing-masing.

Jaguh dari Dagestan, Rusia itu juga berkata akan membuat kebajikan dengan menjual baju tersebut dan menyerahkan wang hasil jualan kepada Poirier.

“Kenapa saya memakai baju-t ini? Saya akan pastikan baju ini terjual dan wangnya akan diberikan kepada Dustin Poirier,” katanya ketika ditemubual selepas perlawanan.

Meskipun seteru di gelanggang, Khabib berkata dia dan Poirier mempunyai rasa hormat yang tinggi antara satu sama lain.

“Ini yang saya mahukan, dan kenapa kami sangat menghormati antara satu sama lain berbanding pertarungan saya yang lepas?

“McGregor bukan orang yang baik, saya terpaksa lalui banyak perkara gila, tetapi saya mahu melupakan semuanya.

“Kita tunjukkan MMA yang sebenar. Perkata nombor satu dalam MMA ialah hormat. Bila anda datang ke gim, perkara pertama yang diajar ialah hormat… iaitu menghormati rakan sepasukan anda, jurulatih anda, semuanya mengenai rasa hormat,” katanya.

Pertarungan di antara Khabib dan McGregor pada UFC 229, Oktober tahun lalu berakhir dengan McGregor ditundukkan menerusi kuncian 'neck crank' pada minit 3.03 pusingan keempat.

Namun, selepas pertarungan, Khabib tiba-tiba naik angin dengan melompat keluar dari gelanggang dan menyerang pasukan McGregor.

Menurut Khabib, tindakan itu dilakukan selepas dia dihina berbulan-bulan oleh McGregor termasuk serangan bas di Brooklyn.

Insiden itu telah menyebabkan Khabib dan McGregor masing-masing digantung perlawanan selama sembilan dan enam bulan.

Khabib juga didenda sebanyak AS$500,000 (RM2,053,953), manakala McGregor pula didenda AS$50,000 (RM205,355).

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-sukan/perkara-nombor-satu-dalam-mma-ialah-hormat-khabib-217041

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget