PAS tubuh badan khas rangka pelan laksana Piagam Muafakat Nasional

PAS Pusat menubuhkan Jawatankuasa Khas Merangka Plan Tindakan dan “road map” merealisasikan Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai dengan Umno Sabtu lalu.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hasan berkata, jawatankuasa itu dipengerusikan timbalan presiden Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Jawatankuasa ini akan merangka Plan Tindakan dan ‘road map’ berdasarkan Piagam Muafakat Nasional dan Memorandum Persefahaman Umno-PAS yang ditandatangani oleh kedua-dua presiden Umno dan PAS untuk dilaksanakan di semua peringkat parti.

“Segala hasil kajian dan rumusan jawatankuasa ini akan terlebih dahulu dibawa ke Jawatankuasa Perunding Umno dan PAS untuk diluluskan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget