NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Melakar Sejarah Sambut Hari Malaysia 2019 Di Rumah Panjang Rh Gima, Sarawak


oleh: Dr Halimah Ali
16 September 2019

Syukur Alhamdulillah. Hari ini adalah hari yang penuh bersejarah! Kejayaan penganjuran program Himpunan Hari Malaysia Ke-56 peringkat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat 2019 yang diadakan di Rh Gima, Kuala Tatau, Bintulu, Sarawak oleh Lajnah Perpaduan Nasional PAS PUSAT bersama LPN PAS Sarawak dengan kerjasama Badan Perhubungan PAS Sarawak membuka lambaran baru dakwah siyasah PAS.

PAS mencipta sejarah tersendiri bila julung-julung kalinya menganjurkan program ini di Rumah Panjang! Sambutan-sambutan sebelum ini diadakan samada di dewan, hotel atau premis di dalam bandar. Kali ini penganjuran secara unik dilaksanakan di ruai Rh Gima iaitu sebuah rumah panjang etnik Iban.

Himpunan unik ini diwarnai dengan pelbagai aktiviti menarik sebelumnya sejak awal pagi. Karnival Rakyat yang dipenuhi dengan sukaneka yang melibatkan wanita, pameran baju kertas kanak kanak, permainan tradisional remaja belia serta demo masakan Chicken Kut Teh Oleh AJK LPN Pusat Farah Foo; LPN Melaka memasak asam pedas, Briged Muslimat Sarawak memperkenalkan Bubur Pedas, Wanita Rumah Panjang memasak kuih penjaram, Wanita Melanau dengan umainya.



Pertandingan tarik tali antara pasukan AJK PAS PUSAT dan penghuni rumah panjang mencuit hati ramai.

Yang menang pasukan rumah panjang Gima. Pengerusi LPN PAS PUSAT, Dr Halimah Ali bersama Ketua Muslimat Sarawak memberi sokongan moral kepada pasukan Gima. Maklumlah hos program! Hubungan berpanjangan dan tautan hati mahu dijalinkan.

LPN DMP Sarawak berjaya menganjurkan program Makan Buah dan bubur lambuk bersama golongan setinggan yang masih tidak mendapat bekalan letrik sehari sebelum Himpunan Hari Malaysia.

Lebih meriah, YB Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sendiri hadir merasmikan program. Turut hadir YB Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Timbalan Presiden PAS), Ustaz Idris Ahmad (Naib Presiden PAS), YB Dato’ Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agung), Hj Jofri Jaraie (Pesuruhjaya PAS Sarawak), DrHalimah Ali (Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat), Mr. Balasubramaniam (Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat), Encik Achau Mujah (Ketua DHPP Sarawak), AJK PAS Pusat, Pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS Negeri-negeri/ Wilayah dan ramai lagi pimpinan PAS dan DHPP.

PAS membuktikan bahawa sebagai parti Islam ia terbuka untuk semua. Slogan PAS For All diterjemahkan terus melalui program yang dilaksanakan hari ini. PAS bukan sebuah parti ekstrim, tetapi sebuah parti yang punya jatidiri, dasar dan prinsipnya sebagai Gerakan Islam yang mengamalkan Budaya Politik Matang & Sejahtera (BPMS). PAS berjuang membentuk masyarakat madani dalam konteks masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama di Malaysia. 250 penghuni rumah panjang terlibat dalam program inklusif termasuk alunan ketukan gong berirama tradisional Iban selama lebih 2 jam!

Tahniah dan jazakumullahu khaira jaza’ kepada AJK LPN PAS PUSAT serta Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang diterajui oleh Encik Zulkipli Ramzi (Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Sarawak), Encik Zharudin Narudin (YDP PAS Kawasan Bintulu) dan Encik Mohammad Arifiriazul Paijo (Setiausaha PAS Sarawak) merangkap Pengerusi LPN Pemuda Malaysia, Pn Rohaya Ramli Pengerusi LPN Dewan Muslimat PAS Sarawak serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Teirma kasih juga buat Setiausaha Agung PAS, Badan Perhubungan PAS Sarawak, Dewan Muslimat PAS Sarawak, semua penduduk rumah panjang Rh. Gima, Urusetia Program, Jabatan Amal, Briged Muslimat, Penerangan PAS Sarawak, Media PAS Pusat, jentera bantu yang datang dari seluruh Sarawak, seluruh masyarakat tempatan yang terlibat dari awal perancangan, perjalanan dan seterusnya bertungkus-lumus menjayakan program Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini. Taqabbalallahu minna wa minkum.

“Demi Islam, Sayangi Malaysia: Malaysia Bersih!”

#DemiIslam
#MalaysiaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#pas4all
#li_ta'arafu


Dr Halimah Ali ialah AJK PAS Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS PUSAT

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo