PAS boleh sertai kerajaan Perlis


KANGAR, 16 Muharram 1441H, Isnin – Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional (BN) menyambut baik sebarang cadangan mewujudkan kerajaan campuran dengan PAS tetapi ia perlu diputuskan kepimpinan tertinggi kedua-dua parti.

"Kita masih lagi boleh mengajak PAS untuk menyertai kerajaan kita (negeri). Tak perlu pun ada Exco melepas dan meletak jawatan yang telah dipegang. Masih ada ruang untuk dua wakil daripada PAS sertai kerajaan," katanya.

Beliau berkata, cadangan itu memerlukan hala tuju yang bersifat dasar yang diputuskan di peringkat kepimpinan parti tertinggi antara UMNO dan PAS.

Azlan diminta mengulas pengumuman Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang parti itu mungkin mengajak UMNO menyertai kerajaan di Kelantan dan Terengganu selepas kedua-dua parti itu menandatangani piagam kerjasama pada Sabtu lepas.

Azlan ditemui pemberita selepas melancarkan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di Puncak-Puncak Bukit di negeri Perlis sempena Hari Malaysia yang membabitkan sembilan buah bukit, yang berlangsung di Gua Cenderawasih (Bukit Lagi) di sini, hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, BN Perlis memenangi 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 15 kerusi manakala Pakatan Harapan menang tiga kerusi dan PAS dua.

Kerusi yang dimenangi PAS ialah di kawasan Guar Sanji dan Sanglang.

Adun Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim mengumumkan keluar BN pada Jun tahun lepas selepas hilang kepercayaan pucuk kepimpinan UMNO negeri dan menyertai Bersatu menjadikan empat kerusi PH. – Bernama
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget