Nilai semula ECRL tanpa 'memalukan' China - Prof Dr Jomo



KUALA LUMPUR: Pakar Ekonomi, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menegaskan bahawa Projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) perlu dinilai semula tanpa 'memalukan' negara China.

Bagaimanapun, katanya rundingan berkenaan perlu dilakukan oleh pihak yang layak dan berpengalaman.

"Saya percaya bahawa adalah tidak mustahil untuk membuka semua isu (ECRL) itu. Namun kita perlu melakukannya dengan betul.

"Saya tidak mempunyai kuasa untuk bercakap atau berunding bagi pihak kerajaan Malaysia. Namun, saya rasa ramai individu yang layak di negara ini dan mempunyai pengalaman serta boleh berunding berhubung isu berkenaan tanpa memalukan negara China," katanya dalam satu sidang media di sini pada Rabu.

Prof Dr Jomo berkata, tindakan yang sewajarnya dalam isu berkenaan perlu dilakukan bagi menjaga hubungan baik dengan Beijing.

"Saya percaya Presiden Xi Jinping, individu yang sangat tegas terhadap rasuah di China, tidak mahu kemegahan BRI negara itu terkait dengan korupsi," ujarnya lagi.

Beliau sebelum ini meminta kerajaan menangguhkan projek ECRL susulan keterangan yang ditimbulkan saksi pada perbicaraan rasuah melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazrudin, baru-baru ini memberitahu mahkamah bahawa ECRL adalah antara projek yang dirancang untuk menyelamatkan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget