NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nicole Wong 王晓庭 menghadiri Himpunan Penyatuan Ummah pagi tadi & berbangga kerana dapat menyaksikan perpaduan tersebut sebagai Rakyat Malaysia berkaum Cina.



Nicole Wong 王晓庭 menghadiri Himpunan Penyatuan Ummah pagi tadi & berbangga kerana dapat menyaksikan perpaduan tersebut sebagai Rakyat Malaysia berkaum Cina.

Saya telah menghadiri Himpunan Penyatuan Ummah pagi tadi, bukan sahaja mewakili MCA dan MCA Youth, tetapi juga mewakili Rakyat Malaysia yang menyokong kami pada masa kini dan juga pada masa yang akan datang.

MCA akan bersetuju dan menghormati sebarang kerjasama antara mana-mana pihak pembangkang di Malaysia, selagi ia selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, dan menegakkan nilai-nilai multikulturalisme dan kesederhanaan Barisan Nasional.

MCA menegaskan bahawa segala perpaduan dan himpunan mesti menghormati prinsip konsensus, nilai multikulturalisme dan Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, sebelum menandatangani sebarang perjanjian, Umno telah mengadakan perbincangan mendalam dengan pemimpin-pemimpin MCA dan MIC.

Tambahan, secara kolektif, BN telah bersetuju bahawa "Himpunan Penyatuan Ummah" menjangkau semua bangsa dan kita telah mencapai persetujuan tidak melanggar semangat kesederhanaan yang dipromosikan oleh Barisan Nasional. Secara kolektif, kami juga telah menegakkan perpaduan dibawah 'common ground' tanpa memkompromi budaya masing masing.

Frasa- frasa seperti 'minority' dan juga 'majority' tidak lagi penting pada masa yang akan datang. Angka-angka peratusan hanya akan menjauhkan perpaduan Rakyat. Segala perpaduan antara Melayu, Cina, India dan kaum kaum lain adalah untuk kepentingan segala Rakyat.

Saya bangga kerana dapat menyaksikan perpaduan tersebut sebagai Rakyat Malaysia berkaum Cina.

#MuafakatNasional
#PenyatuanUmmah

#MuafakatNasional
#PenyatuanUmmah

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo