Kukuhkan muafakat, jangan termakan propaganda PH


KELMARIN, pada 14 Septembar 2019 telah tercatat peristiwa penting dalam lembaran sejarah politik tanah air, termenterainya secara rasmi muafakat politik di antara dua parti politik terbesar di dalam negara yang mewakili orang Islam Melayu iaitu PAS dan Umno. Ramai yang gembira dan terharu dengan pemuafakatan ini hingga ada yang mengalirkan air mata tanda gembira mahupun syukur kerana telah tamatnya perseteruan politik di antara kedua-dua parti politik sejak sekian lama.

khalil2Ramai di kalangan rakyat telah berupaya memahami konteks permuafakatan ini yang mampu memberi manfaat serta impak yang cukup besar kepada negara terutamanya rakyat jelata. Mungkin sebelum ini ramai khuatir dan ragu-ragu namun selepas PRU14 yang lalu serta keadaan sukar dan perit yang dihadapi oleh rakyat sekarang, rakyat sudah jelas dengan tujuan dan faedah daripada permuafakatan ini selain daripada tujuan utamanya ialah menyatupadukan orang Islam Melayu dalam negara.

Mungkin ada yang menggangap PAS dan Umno ada agenda rasis dengan permuafakatan ini seperti yang dimainkan oleh sesetengah pihak bila hampir tarikh menandatangani permuafakatan kedua-dua parti namun sebenarnya ia adalah naratif jahat dan pembohongan nyata pihak-pihak tersebut. Dalam sejarah PAS dan Umno memerintah sama ada negara mahupun negeri, belum pernah kedua-dua parti menindas mana-mana agama, kaum dan bangsa mahupun bersikap rasis.

Lihat saja kempen ‘Buy Muslim First’atau BMF, sebenarnya ia hanyalah kempen besar-besaran untuk menggalakkan orang Islam membeli barangan buatan atau keluaran Muslim yang lain. Namun jika dilihat naratif yang disebarkan ialah boikot barangan non-Muslim walaupun tidak pernah mana-mana pemimpin PAS dan Umno menggalakkan berbuat demikian apatah lagi menyeru sedemikian. Tidakkah pihak yang berbuat demikian berniat jahat dan bermain api perkauman?

Ramai yang melihat ini sebagai kebangkitan orang Islam Melayu di dalam negara namun sebaliknya ia digambarkan serta diplotkan naratifnya bahawa ia menjadi ancaman kepada agama, bangsa dan kaum lain. Ia adalah perbuatan yang cukup jahat, licik dan terkutuk yang wajar ditolak. Sebenarnya ia adalah manifestasi kekecewaan orang Islam Melayu terhadap kerajaan PH yang memerintah sekarang seolah-olah seperti tidak memperdulikan nasib orang Islam Melayu di dalam negara.

Ia adalah kebangkitan orang Islam Melayu terhadap kerajaan PH, bukan memusuhi mahupun mengancam agama, bangsa dan kaum lain seperti yang digembar-gemburkan. Namun paling jelas, ia adalah penolakan majoriti orang Islam Melayu terhadap DAP yang dilihat seperti tidak langsung memperjuangkan nasib orang Islam Melayu seperti yang dijanjikan malah tidak langsung mendengar mahupun mengangkat agenda Islam mahupun Melayu.

Jika ditanya majoriti orang Islam Melayu tentang DAP dan parti yang bersamanya, maka jawapan yang diberi ialah bukan sekadar DAP yang perlu ditolak malah parti yang bersamanya wajib ditolak kerana mana-mana parti yang bersama DAP dianggap menjadi kuda tunggangan DAP. Ramai orang Islam Melayu yang mengundi PH sebelum PRU14, namun jika tanya kembali ‘political stand’ mereka sekarang, saya pasti jawapan mereka PH wajib ditolak terutamanya DAP.

Hampir sahaja tarikh muafakat PAS-Umno, bertubi-tubi serangan dilancarkan terhadap PAS-Umno oleh pimpinan PH. Pelbagai kisah diungkit dan pelbagai naratif jahat digambarkan untuk menggagalkannya namun muafakat PAS-Umno berjaya direalisasikan dan jutaan rakyat menjadi saksi detik bersejarah ini. Oleh itu kepada seluruh rakyat, ayuh bersama-sama PAS dan Umno untuk merealisasikan apa yang dicita-citakan dan diimpikan, menjadikan Malaysia lebih baik untuk semua rakyat dan mengangkat kembali martabat dan maruah orang Islam Melayu di tempat yang sepatutnya.

Namun kita semua rakyat Malaysia usah termakan dengan proganda PH untuk menggagalkan Muafakat PAS-Umno dengan dakyah dan cerita-cerita palsu dan rekaan mereka. Sebenarnya, propaganda mereka hanya untuk menutup kegagalan mereka dalam menunaikan segala janji-janji mereka ketika PRU14 yang lalu terutamanya manifesto mereka, itu jangan kita lupa! Petrol RM 1.50 seliter, tol dihapuskan, 1 juta peluang pekerjaan, PTPTN dihapuskan dan banyak lagi janji yang tidak ditunaikan. Jika ikut adat dan budaya Islam mahupun Melayu, orang yang tidak menunaikan janji ialah penipu.

Semua serangan dan propanda mereka terhadap PAS-Umno hanya untuk menutup kegagalan mereka. Mereka tegar mengkritik PAS-Umno sebelum PRU14 namun bagaimana kerajaan PH sekarang? Saya pasti jika ditanya rakyat jelata, jawapan mereka kerajaan PH lebih teruk dari sebelumnya, malah keadaan negara lebih parah. Maka eloklah rakyat bersama PAS-Umno, Gagasan Sejahtera, MIC mahupun MCA. Saya percaya jika gabungan ini menjadi kuat dan padu terutamanya selepas permuafakatan ini, kerajaan PH hanya mempu menjadi kerajaan sepenggal dan kita mampu mengubah Malaysia menjadi lebih baik untuk semua rakyat.

Malangnya, Lim Kit Siang semalam dilihat cuba memberikan gambaran buruk terhadap Muafakat PAS- Umno dengan menggambarkan muafakat ini akan memburukkan lagi politik toksik kaum dan agama di dalam negara. Saya hairan bagaimana Lim Kit Siang sekarang sudah boleh meneropong masa depan yang siapa pun tidak tahu atau beliau sudah dilantik menjadi Ahli Nujum Negara? Saya berani jamin itu bukan niat muafakat PAS-Umno atau sekali lagi sudah mula diplotkan naratif buruk dan jahat terhadap muafakat PAS-Umno?

Maka rakyat Malaysia perlu menyokong mahupun mendukung Muafakat PAS-Umno ini tidak kira agama, bangsa dan kaum. Jangan terpedaya dengan mainan propaganda jahat dan licik pihak yang mahu menggagalkannya. Marilah kita sama-sama impikan Malaysia yang benar-benar baharu untuk sekalian rakyat jelata. Kita bina semula negara dengan cita-cita, semangat, kejujuran, keluhuran dan idealisma yang jitu dan padu sesuai untuk sekelian rakyat jelata. Tackle the core issue that effected our nation and it’s people, bukan main isu banner yang akhirnya pecah tembelang dan langsung tidak memberi manfaat kepada sesiapapun kecuali malu pada diri sendiri.

Salam dari saya dan Selamat Menyambut Hari Malaysia.

YB MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI ialah AJK PAS Pusat merangkap Adun Batu Burok 

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget