Kempen Utamakan Produk Muslim


oleh: Dr Khairuddin Takiri
Isnin 2 September 2019

Mengutamakan produk muslim adalah hak rakyat Muslim. Tentulah setiap orang lebih mengutamakan saudaranya sendiri yang berniaga. Itu adalah hak persaudaraan Islam. Itu juga hak demokrasi pengguna untuk memilih dan mengutamakan produk yang mereka suka.

Kenapa Menteri Kewangan panas punggung? Adakah ia memberi kesan kepada ahli perniagaan DAP yang menjadi pendokong dan pembiaya utama DAP. Kalau benar, maka betullah tindakan umat Islam mengutamakan produk muslim sebagai respon terhadap sikap biadap pendokong DAP terhadap Islam dan Melayu akhiran ini.

Nabi saw membina pasar baru untuk orang Islam di Madinah apabila kehadiran Nabi saw berniaga di pasar Bani Qainuqa yang didominasi oleh Yahudi tidak dialu-alukan. Akhirnya para pengguna Arab dan Muslim mengutamakan pasar Nabi saw sehingga memaksa pedagang Yahudi juga akhirnya berniaga di pasar Nabi tetapi tentulah mengikut peraturan pasar Nabi iaitu tiada penipuan, tiada monopoli, tiada riba dan tiada cukai.

Saya menyokong kempen utamakan produk muslim!

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget