NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan Sasar Pengeluar Madu Kelulut Produktif 2025


OLEH TOREK SULONG

PASIR PUTEH- Kerajaan PAS Kelantan sedang berusaha melahirkan 10,000 pengusaha madu kelulut bagi merealisasikan misi menjadikan negeri ini sebagai pengeluar madu kelulut produktif menjelang 2025.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail berkata, bagi mencapai matlamat itu, sebuah makmal inovasi dibuka di Pasir Pekan, Tumpat.

Selain itu beliau berkata, seramai 600 penternak disasarkan didaftarkan pihaknya sepanjang tahun ini.

“Khasiat madu kelulut dan permintaan yang tinggi di pasaran domestik dan antarabangsa membuktikan industri ini berpotensi diusahakan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan program Baby Box & Food Basket 11 2019 di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh ( MDPP), di sini ini.

Mengulas lanjut Tuan Mohd. Saripudin berkata, selain pembangunan, makmal inovasi terbabit turut menjadi pusat pembelian madu kelulut daripada pengusaha berdaftar sebelum diproses dengan lebih sempurna.

“Makmal itu itu juga akan membuat pembungkusan yang lebih menarik dan sesuai untuk pasaran dalam negeri dan di luar negara,” katanya.

Mohd. Saripudin berkata, pada masa ini madu kelulut dari negeri ini dipasarkan di kebanyakan pasar raya selain dijual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pangkalan Chepa.

“Pada tahun ini kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM100,000 untuk membantu pengusaha baharu dan pengusaha lama.

“Pada tahun depan kerajaan negeri bercadang menambah peruntukan sekali ganda iait RM200,000 bagi merancakkan lagi industri ini,” katanya.

Beliau berkata, projek itu secara tidak langsung meningkatkan pendapatan petani dan memberi peluang pekerjaan kepada golongan beliaz – UTUSAN ONLINE 1/9/2019

Sumber: http://m.utusan.com.my/berita/wilayah/kelantan/kelantan-sasar-pengeluar-madu-kelulut-produktif-2025-1.963956

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo