NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kasihan, banyak kali Anwar ulang ‘bakal jadi PM’ kata Nik Amar


PAS menyatakan rasa kasihan terhadap Presiden PKR, Anwar Ibrahim, yang kerap kali mengulangi kenyataan berhubung “bakal perdana menteri”.

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah berkata, adalah lebih baik Anwar berdiam diri daripada bercakap mengenai jawatan itu bagi mengelak pelbagai tafsiran.

"Kalau saya lebih baik dia (Anwar) diam sajalah, kalau dia yakin akan jadi perdana menteri, dia tunggulah.

"Kalau cakap banyak, orang tafsir macam-macam. Jadi saya kasihan juga pada dia," katanya kepada media selepas menghadiri majlis solat hajat dan ceramah motivasi Sekolah Menengah Agama Tarbiyah Mardhiah, Panchor, di Kota Bharu, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta memberi pandangan mengenai kenyataan Anwar yang menyatakan keyakinan bakal menjadi perdana menteri bagi menggantikan Dr Mahathir Mohamad, tahun depan.

Terdahulu, Anwar yang juga anggota Parlimen Port Dickson dalam satu ditemu bual dengan Bloomberg berkata, beliau akan mengambil alih jawatan perdana menteri sekitar Mei 2020.

Beliau dilaporkan berkata, tidak akan terlalu cerewet mengenai tempoh tepat pengambilalihan

Sementara itu, Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Saya tak nak komen apa-apa lah. Kalau dekat pilihan raya bolehlah kita komen, pilihan raya pun tak tahu bila lagi," ujarnya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo