Jerebu: IPU lebih 200, semua sekolah di Putrajaya ditutup esok

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan berkata, bacaan IPU di kawasan Putrajaya petang ini melebihi indeks 200, iaitu kualiti udara sangat tidak sihat. (Gambar Bernama) 


PETALING JAYA: Semua sekolah di Putrajaya diarahkan tutup dan ditangguh tempoh waktu persekolahannya esok selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melonjak melebihi angka 200, iaitu kualiti udara sangat tidak sihat.

Perkara tersebut disahkan oleh pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya,

"Berdasarkan bacaan IPU yang telah melebihi 200 mulai jam 5.00 ptg hari ini, Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya ingin maklumkan bahawa semua sekolah di Putrajaya akan ditutup pada hari esok, 17 September 2019," katanya dalam satu kenyataan.

Terdapat 25 sekolah di kawasan Putrajaya, iaitu 15 sekolah kebangsaan dan 10 sekolah menengah.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget