Hari Malaysia hari penyatuan


PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hari Malaysia merupakan hari penyatuan kepelbagaian kaum dan negeri. Kepelbagaian merupakan fitrah yang menandakan kuasa Allah S.W.T sebagai pencipta. Islam menyediakan peraturan yang lengkap supaya kepelbagaian ini hidup dalam keadaan harmoni.

Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya merasakan penyatuan ini sebagai satu rahmat yang sangat besar. Rakyat Sabah dan Sarawak selamat dari penjajahan di samping dapat disatukan dengan rakyat Tanah Melayu.

Saya mendoakan agar kehidupan kita terus menjadi lebih baik dan harmoni. Malaysia juga akan terus maju dalam keadaan aman dan damai.

Selamat Hari Malaysia untuk seluruh rakyat Malaysia.

"Islam Memimpin Perpaduan"

MOHD AMINUDDIN ALING
 ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah
16 September 2019 - HARAKAHDAILY 16/9/2019

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget