Apa yang tidak waras dengan Kempen Beli Produk Muslim?



oleh: Dr Kamarul Yusof

"KEMPEN Beli Produk Muslim" bukanlah satu benda baru kerana ia telah dilancarkan sejak 2 April 2019 lagi.

Ia juga bukanlah inisiatif parti-parti politik tetapi inisiatif NGO-NGO, iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH).

Bekerjasama menjayakannya pula adalah Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Lembaga Zakat Selangor, Gerakan Tunai Zakat, Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia Berhad dan Hijrah Water.

Melancarkannya adalah Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Haji Hashim Salleh, yang menyebut usaha ini mesti disokong dan didokong sepenuhnya seluruh rakyat Malaysia terutamanya umat Islam yang kini ternyata amat jauh ketinggalan dalam dunia perniagaan.

Turut menyokongnya adalah Timbalan Mufti Perak, Sahibus Samahah Haji Zamri Hashim, yang menyebut Sewajibnya muslim mesti mengutamakan produk-produk saudara muslimnya sendiri dan mereka yang tidak menyertai kempen ini, melupai bahawa diri mereka adalah satu juzuk daripada umat.

Turut mempromosikannya adalah dua agensi yang berada di bawah tadbiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, iaitu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan TV AlHijrah.

Mengapakah setelah beberapa bulan kempen yang mendapat sokongan agensi-agensi kerajaan ini berjalan ia kini disalahtanggap sebagai “Kempen Boikot Produk Non-Muslim” yang dikecam sebagai tidak waras pula?

Apakah ini petanda bahawa kempen “Kempen Beli Produk Muslim” sudah menghasilkan impak yang besar?

DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF - HARAKAHDAILY 3/9/2019
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget