NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

15 Sebab IPG Perlu Dikekalkan



oleh:DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus

01. IPG membolehkan pelajar mendapat tajaan KPM, agensi luar KPM dan tajaan Kerajaan Negeri bagi membiayai pengajian.

02. IPG menyediakan program praktikum yang efektif bagi bakal guru mempraktikkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah.

03. IPG menawarkan 19 program persedian dan ijazah sarjana muda perguruan yang mendapat akreditasi daripada MQA serta badan-badan profesional.

04. IPG melahirkan para guru yang berprestasi tinggi dan komited yang berupaya melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dalam pelbagai aspek.

05. IPG menjadi pemacu penting kejayaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

06. IPG mempunyai kurikulum pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan yang berkualiti hasil tangan tenaga pakar dan berpengalaman dari dalam dan luar negara.

07. IPG memastikan para guru memenuhi lebih 90% kriteria kepuasan pelanggan ditempatkan di sekolah-sekolah.

08. IPG mesti dijayakan transformasinya yang sedang berlangsung menerusi Pelan Strategik Transformasi IPG 2016-2025 yang mengandungi 8 kluster melibatkan 27 inisiatif.

09. IPG mempunyai kerjasama dengan banyak universiti di luar negara terutama dalam kalangan negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Thailand dan Brunei dalam memperkasa para pensyarahnya di persada antarabangsa.

10. IPG membantu melatih guru-guru Sekolah Agama Kerajaan Negeri dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan pendidikan seperti KEMAS dan Jabatan Agama Negeri.

11. IPG memastikan bekalan guru ke sekolah-sekolah mencukupi bagi menampung jumlah sekolah dan murid yang semakin bertambah. Sepatutnya jumlah IPG juga ditambah.

12. IPG menjamin jumlah orang Melayu/Bumiputera tidak berkurangan dalam sektor perkhidmatan awam.

13. IPG menjimatkan dana Kerajaan hampir RM1 juta setahun (anggaran bagi setiap kampus) dengan memberi latihan CPD yang dihadiri oleh guru-guru dari seluruh negara tanpa sebarang tuntutan.

14. IPG mempunyai lebih 50 tahun pengalaman dan hampir 600 pensyarah berkelulusan PhD.

15. Timbalan Menteri KPM pada April lalu memberikan jaminan bahawa tiada IPG akan ditutup dan Menteri KPM pada Mei lalu menggalakan lepasan SPM memasuki IPG.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2746671808676165&id=569086473101387

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo