NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tabung Haji lepas RM2.6b ekuiti



KUALA LUMPUR 29 Sept. - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) telah melepaskan pegangan ekuiti berjumlah RM2.6 bilion sejak tiga bulan lalu bagi mengurangkan pendedahan kepada ketidaktentuan pasaran ekuiti, lapor portal The Malaysian Reserve.

Tabung Haji tahun lalu menjual ekuiti dan aset hampir RM20 bilion kepada sebuah syarikat bertujuan khas (SPV) yang ditubuhkan kerajaan iaitu Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.

Portal berkenaan melaporkan, sejak akhir bulan Jun 2019, Tabung Haji telah melupuskan keseluruhan pegangannya dalam sembilan syarikat tersenarai termasuk FGV Holdings Bhd, Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Yinson Holdings Bhd.

Syarikat itu juga telah menjual sahamnya di Brahim's Holdings Bhd., Lion Industries Corp Bhd., Shin Yang Shipping Corp Bhd., T7 Global Bhd., Notion VTec Bhd., Cheetah Holdings Bhd. dan NCK Corp Bhd.

Nilai pasaran bagi setiap pelupusan saham itu adalah bernilai RM1.8 bilion (TNB), RM338.1 juta (Yinson), RM324.3 juta (FGV), RM23.5 juta (Lion Industries), RM10.1 juta (VTec), RM9.6 juta (T7 Global), RM7.9 juta (Shin Yang Shipping), RM4.2 juta (Brahim's) dan RM2.7 juta (Cheetah) pada suku kedua 2019.

Sebelum ini, Tabung Haji memindahkan kepentingan ekuiti dalam 106 syarikat tersenarai bernilai RM8.9 bilion kepada SPV Kementerian Kewangan pada suku pertama tahun ini.

Pemeriksaan ke atas Bloomberg pula menunjukkan bahawa Tabung Haji sehingga kini mempunyai kepentingan dalam 38 syarikat dengan saham bernilai AS $ 1.7 bilion (RM7.13 bilion), hampir tiga kali lebih rendah daripada pelaburan awal pada awal tahun ini. - UTUSAN ONLINE

Sumber: https://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/tabung-haji-lepas-rm2-6b-ekuiti-1.978641

Pergolakan di Mesir: Apa Selepas Ini ?


oleh: : YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi

Mengikuti perkembangan terkini yang berlaku di Mesir, mengingatkan saya satu kenyataan dalam laman Al Jazeera oleh bekas duta Amerika Syarikat ke Mesir sekitar awal bulan Mac 2019 yang lepas. Antara lain beliau menyebut bahawa pihak yang menaikkan Abdul Fattah As-Sisi sehingga menjadi Presiden, pihak itu juga yang akan menjatuhkannya. Kenyataan ini seolah-olah memberikan satu signal bahawa wujudnya pergeseran antara pihak tentera yang menjadi institusi paling berkuasa dalam politik Mesir dengan Presiden Mesir, Abdul Fattah As-Sisi.

Samada kebetulan ataupun tidak, beberapa minggu lepas munculnya beberapa rakaman video oleh seorang anak muda yang tidak pernah dikenali sebelum ini iaitu Muhammad Ali yang hidup dalam persembunyian di Sepanyol. Beliau telah mendedahkan penyalahgunan kuasa, rasuah dan kronisma yang berlaku dalam kerajaan Mesir sehingga kehilangan ratusan juta dolar harta rakyat oleh kroni-kroni As-Sisi termasuk keluarganya yang terdekat. Muhammad Ali adalah seorang kontraktor yang mendapat banyak projek-projek besar daripada pihak tentera namun kecewa dengan polisi dan penyelewangan yang berlaku dalam Kerajaan As-Sisi sekarang ini.

Video rakamannya disaksikan oleh ratusan ribu rakyat Mesir dan mendapat sambutan begitu hangat dalam media sosial. Dalam videonya minggu lalu, beliau menyeru rakyat Mesir supaya keluar ke jalan raya membawa slogan untuk menjatuhkan As-Sisi dan ianya mendapat sambutan yang begitu hebat apabila ribuan rakyat Mesir turun ke jalan raya menyahut seruan itu. Apa yang lebih menarik, protes dan desakan ribuan rakyat Mesir yang turun di jalan raya supaya As – Sisi berundur seperti tidak diendahkan atau dibiarkan oleh pihak berkuasa samada polis mahupun tentera, seolah-olah mendapat lampu hijau dari pihak tertentu untuk tidak mengapa-apakan orang ramai yang berdemonstrasi. Namun begitu terdapat juga tangkapan yang dibuat, mungkin hanya untuk mengambil hati As-Sisi. Sehingga artikel ini ditulis, beratus-ratus telah ditangkap dan ditahan dalam penjara.

Dalam masa yang sama, tersebar pula video kedua oleh seorang aktivis dari Sinai iaitu Mas’ad Abu Al-Fajr. Beliau mendedahkan penglibatan Mahmud As-Sisi, anak lelaki As-Sisi dalam merancang kekacauan di wilayah Sinai bagi mewujudkan pertembungan antara tentera Mesir dan kumpulan-kumpulan pelampau Islam. Beliau mendedahkan, Mahmud As-Sisi yang juga Timbalan Ketua Perisikan Tentera telah mengupah kumpulan ini untuk menyerang tentera Mesir sehingga mengorbankan ribuan nyawa tentera. Semuanya ini bertujuan bagi mengukuhkan kuasa pemerintahan As-Sisi dengan alasan untuk memerangi keganasan.

Diikuti selepas daripada itu video rakaman oleh Wael Ghunaim, aktivis hak asasi manusia yang menjadi tonggak utama kepada kebangkitan rakyat Mesir sehingga jatuhnya Hosni Mubarak. Namun begitu selepas jatuhnya Mohammad Morsi, beliau juga diburu sehingga terpaksa lari dan mendapat perlindungan di Amerika Syarikat.

Perkembangan yang berlaku ini menimbulkan beberapa teori yang mungkin benar ataupun salah, antara lainya adalah perancangan dari pihak tentera Mesir sendiri yang tidak bersetuju dengan As-Sisi. Ini agak pelik kerana tanpa ada angin dan hujan tiba-tiba munculnya video-video pendedahan tersebut, seolah-olah wujudnya satu gerakan di belakangnya dengan restu dari pihak tentera kerana ketidakpuashatian di atas langkah-langkah yang diambil oleh As-Sisi termasuk menangkap dan memenjarakan pegawai-pegawai tinggi tentera yang tidak sependapat dengannya.

Mungkin juga gerakan ini mendapat restu daripada Amerika Syarikat sendiri sebagai tekanan kepada As-Sisi supaya tidak merapatkan hubungannya dengan Rusia. Beginilah kebiasaan sikap Amerika Syarikat yang hanya melihat kepada kepentingannya sahaja dan selagi mana boleh dipergunakan. Setelah As-Sisi dipergunakan untuk menjatuhkan Morsi, sekarang peranan As-Sisi mungkin tidak diperlukan lagi dan Amerika Syarikat berusaha menjatuhkannya setelah tindakan As – Sisi dijangka mampu menggugat kepentingannya samada di Mesir mahupun Timur Tengah.

Permulaan Kejatuhan As-Sisi

Politik Mesir agak suram di zaman pemerintahan Abdul Fattah As-Sisi, yang mengembalikan semula pemerintahan kuku besi seperti zaman-zaman sebelumnya. Rakyat Mesir menjangkakan mereka mengecapi kebebasan yang diimpikan selepas revolusi rakyat pada Januari 2011 yang menyaksikan kejatuhan Hosni Mubarak dan pemilihan Mohammad Morsi sebagai presiden pertama yang dipilih secara demokratik. Namun ia hanya tinggal impian, benar sebagaimana kata pepatah, disangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari.

Setelah berjaya menggulingkan Mohammad Morsi, As-Sisi melantik dirinya menjadi presiden dengan ‘lakonan’ pilihanraya yang melucukan seperti pilihanraya di negara-negara pemerintahan diktator lainnya. Bayangkan 95% rakyat mengundinya untuk menjadi presiden Mesir, satu jumlah yang tidak masuk akal namun jumlah rakyat yang keluar mengundi tidak sampai 50 peratus.

As-Sisi mengembalikan semula zaman kegelapan pemerintahan diktator seperti sebelumnya apabila berpuluh ribu rakyat yang dipenjarakan tanpa perbicaraan yang adil termasuk Mohammad Mursi yang meninggal dunia dalam tahanan mahkamah. Sisi cerita yang memilukan, bermula daripada pembunuhan beramai-ramai di Medan Rabi’ah sehingga kepada penyeksaan ke atas tahanan-tahanan politik dalam penjara yang begitu menyayatkan hati sehingga mengeletar tangan untuk menukilkannya.

Adapun dari sudut ekonomi pula, As-Sisi dilihat gagal untuk mengurus ekonomi yang menjadi harapan utama rakyat Mesir di mana 40 peratus rakyatnya berada pada tahap kemiskinan tegar. Dalam masa yang sama, peningkatan inflasi dan peratus pengangguran yang begitu tinggi khususnya dari kalangan anak muda sangat menekan kehidupan rakyat. Kenaikan harga barangan pengguna yang meningkat hampir 10 peratus menyukarkan lagi kehidupan rakyat Mesir yang sudah cukup tertekan dengan keadaan politik semasa.

Puluhan billion USD yang disalurkan oleh Arab Saudi dan UAE kepada As-Sisi sebagai balasan kerana berjaya menjatuhkan Mohammad Morsi dan seterusnya mengekang kebangkitan pengaruh ideologi Islam Siyasi wadah Ikhwan Muslimin tidak dimanfaatkan untuk rakyat tetapi untuk mengkayakan diri sendiri dan kroni-kroni di sekelilingnya menambahkan lagi kemarahan rakyat terhadap beliau. Alasan-alasan bahayanya pengaruh ideologi Islam Siyasi dan pelampau Islam akhirnya memakan diri kerana punca sebenar adalah hawa nafsu semata-mata.

Apa selepas ini ?
Penganalisa-penganalisa politik sangat memberikan perhatian terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang ini. Masing-masing mengambil sikap tunggu dan lihat. Bagi Israel, sudah tentu ia mahu supaya As-Sisi terus kekal sebagai presiden kerana manfaatnya sangat besar untuk keamanan Israel yang sekarang ini berada dalam kepungan di sepanjang sempadannya dari utara ke selatan.

Kejatuhan As-Sisi akan memberikan impak yang sangat besar kepada Israel yang cukup gusar akan keselamatannya sebagaimana ketika zaman Mohammad Morsi yang dilihat memberi ruang yang cukup banyak kepada Palestin. Israel juga cukup risau jika kejatuhan As-Sisi akan memberi ruang kepada Ikwanul Muslimin untuk berkuasa semula di Mesir.

Amerika Syarikat mengambil sikap berhati-hati apabila Trump memberikan pujian melambung kepada As-Sisi dalam perhimpunan tahunan PBB yang sedang berlangsung di New York sekarang ini sebagai wira kerana berjaya menyekat pengaruh Islam Siyasi. Namun Amerika Syarikat juga bimbang jika As-Sisi dijatuhkan, siapakah yang akan menggantikannya yang mampu mengikut telunjuk dan kehendak mereka demi untuk mengekalkan pengaruh dan sebagai kuasa tunggal yang mencorak Timur Tengah.

Mesir Harapan Ummah

Mesir sentiasa mendapat perhatian kerana kepentingannya kepada Dunia Islam. Dari sudut geografi politik, kedudukannya sangat strategik dalam peta dunia khususnya Terusan Suez yang menjadi jambatan antara Lautan Pasifik, Laut Mediterranian, Laut Merah dan Lautan Hindi. Dari sudut sosial politiknya pula, Mesir adalah negara terbesar dari sudut penduduk di dunia Arab. Begitu juga dari sudut peradaban ilmu, kewujudan Universiti Al-Azhar yang merupakan antara universiti tertua di dunia menjadikannya sebuah negara yang sangat penting khususnya kepada Dunia Islam. Universiti Al-Azhar telah melahirkan sejumlah besar ulama dan pemikir ulung dari seluruh pelusuk dunia dan membawa perubahan kepada kebangkitan ummah dalam menangani serangan pemikiran emperialis Barat.

Justeru itu tidak pelik setiap perkembangan yang berlaku di negara ini sentiasa mendapat perhatian kerana ia akan memberi kesan kepada Dunia Islam khususnya dunia Arab yang sentiasa bergolak. Menurut ramai oreintalis barat, pemikir strategi ketenteraan mahupun geopolitik dunia, Mesir adalah tonggak kepada kekuasaan dan pengaruh di Asia Barat. Mana – mana negara yang mampu pengaruhi Mesir dan pemerintahnya ataupun meletakkan pemerintah Mesir di bawah kekuasaannya, maka negara tersebut mampu mencorakkan masa depan Asia Barat. Maka tidak hairanlah Amerika Syarikat melaburkan wang yang cukup banyak untuk Mesir samada bantuan ekonomi mahupun ketenteraan, begitu juga Israel dengan harapan Mesir akan berada di bawah telunjuk mereka.

Adakah dengan menggulingkan As-Sisi boleh menyelesaikan masalah ? Rakyat Mesir harus belajar dari pengalaman lalu supaya ianya tidak berulang menghantui mereka. Sudah cukup banyak pimpinan Mesir datang dan pergi dengan pelbagai cara dan kaedah politik termasuklah digulingkan namun nasib rakyat Mesir tetap sama. Sangat mudah untuk membuat rumusan apa yang sepatutnya dilakukan namun harapan ummah agar Allah sentiasa memelihara bumi anbiya dan awliyaa’ ini.

Sudah terlalu lama rakyat Mesir menempuh kesukaran hidup baik dari sudut ekonomi, politik mahupun masa depan yang tidak menentu. Rakyat Mesir harus sedar, mereka sendirilah yang mampu untuk menyelesaikan kemelut yang melanda negara mereka serta usah biarkan negara mereka mengikut telunjuk orang lain. Sampai bila lagi harus mereka membiarkan ini semua berlaku ? Mesir adalah milik rakyatnya dan hanya rakyatnya mampu mencorakkan masa depan Mesir dan diri mereka sendiri. Semoga Islam kekal utuh dan menjadi pedoman buat Mesir dan rakyatnya hingga akhir zaman.

YB Muhammad Khalil Abdul Hadi ialah Pengerusi Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat merangkap ADUN Batu Burok.

Terengganu rancang bangunkan sebuah lagi IPT pengajian Islam


Gerak kerja ke arah penubuhan institusi itu telah dimulakan dan ia dijangka akan dapat direalisasi sebelum tamat penggal PRU14.

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu sedang merancang untuk menubuhkan sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Pengajian Islam, seumpama Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KuSZA).

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ia adalah sebagai kesinambungan kepada penubuhan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) dan Sekolah Menengah Darul Iman (SMIDI), tahun depan.

Beliau berkata gerak kerja ke arah penubuhan institusi itu telah dimulakan dan ia dijangka akan dapat direalisasi sebelum tamat penggal Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

"Apa yang kita cuba bentuk dan rangka adalah sebuah institusi sama seperti KuSZA dahulu...sama ada ia sebuah universiti sepenuhnya atau kolej sepenuhnya, kita belum sampai ke tahap itu lagi.

"Pada peringkat ini kita lakukan tinjauan dan lihat dahulu kesesuaian...mana lebih sesuai berpandukan peraturan-peraturan universiti atau kolej yang sedia ada," katanya selepas menghadiri Program Bicara Darul Iman Bersama Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir di Wisma Darul Iman, hari ini.

Kusza, sebuah institusi pe-ngajian tinggi Islam milik kerajaan negeri Terengganu yang berprestij dibubarkan pada 2006 bagi memberi laluan ke arah kewujudan Universiti Darul Iman yang kemudiannya dinamakan Universiti Sultan Zainal Abidin Sultan Zainal Abidin kini.

-- BERNAMA

Forum Naratif Malaysia Baharu, apa tujuannya?


oleh: Tun Abdul Hamid

SAYA merujuk kepada Forum Naratif Malaysia Baharu yang diadakan pada 14 September 2019 di Mega Chinese Methodist Church, Kota Damansara, Selangor. Ia dibuka oleh Steven Sim Chee Keong dan ditutup oleh Michelle Ng Mei Sze.

Eloklah kita tahu sedikit mengenai latar belakang kedua-dua nama yang tersebut di atas, moderator dan ahli-ahli panel forum itu.

Steven Sim Chee Keong adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, seorang Cina Kristian.

Michelle Ng Mei Sze adalah Ahli Dewan Udangan Negeri Selangor (ADUN) DAP Subang Jaya, seorang Cina Kristian.

Moderator forum itu, Philip Koh, seorang peguam, adalah seorang Cina Kristian.

Prof Dr Tajuddin Rasdi, adalah seorang profesor seni bina, Universiti UCSI. Beliau bukan sahaja satu-satunya ahli panel bukan Cina, malah satu-satunya peserta bukan Cina di forum itu.

Dr James Chin adalah seorang Cina Kristian dari University of Tasmania. Beliau adalah kelahiran Malaysia (Sarawak) yang masih menjadi warganegara Malaysia.

Dr Lee Kam Hing, bekas profesor sejarah Universiti Malaya, pada masa ini adalah Timbalan Naib Canselor, New Era University College.

Adakah forum itu mempunyai sesuatu agenda? Perhatikan apa yang dikatakan oleh Timbalan Menteri itu di permulaan ucapan pembukaannya. Katanya:

"Mengapa kamu semua membuat ini, adakah sesuatu agenda di belakang, terutama sekali dengan Prof Tajuddin ada sama." (Terjemahan saya.)

Daripada satu ayat itu kita boleh tahu bahawa:

1. Timbalan Menteri berkenaan mengenali Prof Tajuddin;

2. Biasanya, apabila ada Prof Tajuddin, adalah sesuatu agenda.

Ini disahkan oleh Prof Tajuddin sendiri dalam jawapannya di penghujung forum itu. Antara lain, katanya:

"Lihat kepada Utusan Malaysia, siapakah yang menulis "tolonglah Utusan Malaysia"? Prof Tajuddin, yang kebanyakan orang Melayu tidak suka. Saya kata, "Lihat. Tolonglah, 700 orang, kamu tahu, apabila mereka memberhentikan JASA, berapa ribu orang, orang BERNAMA juga, macam itu. Saya kata "Tolonglah," dan lepas itu saya terpaksa merayu kepada orang bukan Melayu. Seorang Cina berkata, "Saya akan bagi RM20,000.00", macam itu. Saya berkata kepada orang bukan Melayu, "Jika kita boleh mengumpul RM1 juta, kita boleh memalitnya di muka UMNO, dengan mengatakan "ini orang bukan Melayu tolong"… Beberapa orang berkata, "Wah kamu sangat bersemangat, kamu hendak menolong Utusan". "Bersemangat bersemangatlah, tetapi saya juga mempunyai strategi politik, kamu tahu, dengan menolong mereka, kita menukar naratif seperti itu.

Apabila ada masalah, berkenaan agama Kristian atau orang Cina, kamu jangan buat kenyataan akhbar sendiri, tetapi mereka di luar sana, tak ramai, tapi orang macam saya, Siti Kassim, Anas Zubedy. Ini adalah orang Melayu yang berfikiran terbuka, pastikan kamu memasukkan mereka dalam kenyataan ini, supaya kita tukar naratif dan juga kita boleh menjawab balik naratif PWTC, yang ini, dan itulah cara kita bergerak bersama. Walaupun Melayu ini tak ramai tak mengapa, kita boleh ada media, sebab itulah boikot tidak sebenarnya, tidak berjalan dengan cukup baik…" (Terjemahan saya, seperti yang beliau katakan. Ucapannya bercampur-campur Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dan tidak tersusun. Lihat nota akhir.)

Perhatikan agenda yang dipanggilnya "strategi" itu:

1. Beliau merayu kepada orang bukan Melayu (Cina) untuk menderma 'membantu' Utusan Malaysia dengan tujuan:

(a) memalukan UMNO;

(b) mensabotaj Utusan Malaysia dengan menukar naratif (berita atau sesuatu kisah) dan menjawab balik (counter) naratif UMNO dan Perpaduan Ummah.

2. Satu lagi strateginya ialah untuk menggunakan orang Melayu seperti beliau, Siti Kassim dan Anas Zubedy bagi menyangkal kritikan orang Melayu dan Islam terhadap isu-isu mengenai Kristian atau orang Cina.

Forum itu diadakan pada hari yang sama dengan Himpunan Perpaduan Ummah (HPU914) yang diadakan di PWTC. Adakah itu satu kebetulan?

Timbalan Menteri itu sendiri, dalam ucapan pembukaannya, merujuk kepada perhimpunan di PWTC. Katanya, "Hari ini kita baru ada pertunjukan besar di PWTC, politik dan agama dirapatkan".

Prof Tajuddin juga berkata, "dan juga kita boleh menjawab balik naratif PWTC.." Maka, ia bukan kebetulan tetapi untuk 'counter' naratif PWTC.

Untuk mengetahui lebih lanjut tujuan forum itu diadakan, mari kita lihat isi kandungan ucapan pembukaan dan pembentangan ahli-ahli panel.

Kita kembali kepada ucapan Timbalan Menteri.

"Saya akan lakukan dua perkara dalam ucapan saya hari ini, semua sekali. Saya ingin, nombor satu, memberitahu anda betapa indahnya Kerajaan Tuhan (Kingdom of God) tetapi saya juga ingin berkongsi dengan anda beberapa perkara yang saya minati atau kerajaan telah lakukan dalam satu tahun yang lalu.
…………

"… tetapi ketika orang bertanya mengenai politik Jesus, seperti ahli politik yang baik saya selalu kembali kepada apa yang saya sebut manifesto Jesus, …

…. Saya berpendapat bahawa Jesus juga mempunyai manifesto kecuali bahawa tidak seperti manifesto PH, manifesto Jesus ada dalam Kitab Suci.

Ini adalah dari Luke Bab IV ayat 18 hingga 19, dan lihat cara Luke berdoa cerita ini.

Bagaimana apabila kita mengundi Jesus?

Apa yang berlaku apabila Jesus akhirnya menjadi Raja?

Pertama, mesti ada berita baik kepada orang miskin …

Kedua, apabila Negara Tuhan tiba, mestilah ada kebebasan bagi banduan …

Dan ketiga, apabila Christ menjadi Raja, ada pemulihan penglihatan untuk orang buta …

Apabila Tuhan menjadi Raja, nombor empat, akan ada pelepasan bagi yang ditindas …

Ini adalah tahun Tuhan untuk bertindak …

Rakan-rakan saya sekalian, Negara Tuhan adalah misi yang tidak boleh dihalang, dan alasannya adalah ini, Tuhan sendiri akan bertindak atasnya, dan itu adalah keyakinan kita yang tidak dapat digoyang.

Negara Tuhan tidak dapat dihentikan, dan ini adalah jawapan kita untuk semua ideologi kapitalisme, komunisme, sosialisme, liberalisme, nasionalisme. Tuhan sendiri berkomitmen untuk bertindak dan memastikan kejayaan Kerajaan-Nya sendiri." (Terjemahan saya mengikut apa yang dikatanya. Rujuk nota akhir.)

Apa kata Prof Tajuddin? Ia boleh disimpulkan dengan satu ayat: Beliau mengutuk Islam dan orang Islam. Sila ikuti antara apa yang dikatakannya:

"Tetapi sebenarnya untuk memberitahu anda kebenaran mengapa saya di sini dan dalam satu pengertian tidak diterima oleh bangsa saya sendiri dan juga agama saya sendiri, adalah kerana secara kebetulan saya membaca 20,000 hadis Nabi Muhammad, daripada Bukhari, Muslim, ini teks-teks yang sepatutnya dibaca oleh ustaz-ustaz, tetapi mereka tidak membacanya, dan umat Islam tidak membaca apa-apa.
……….

…. sekolah-sekolah kerajaan kita melarang agama-agama lain diajar, kerana mereka mengatakan ia akan mengelirukan, memanglah keliru, anda beri ustaz, mereka tidak tahu bagaimana hendak berfikir melebihi apa yang mereka telah diajar di madrasah, bagilah profesor seni bina (beliau adalah prof seni bina – ditambah), bolehlah, kita tukar, kerana sebagai arkitek kita berfikir di luar kotak, bahkan kita tidak tahu apa kotak itu. (Terjemahan saya).
……………

Katakanlah, orang berkata anda telah bertemu Tuhankah, perkara seperti itu, dan berkata keempat-empat agama itu mereka belum bertemu dengan Tuhan. Maka mereka samalah seperti lima lelaki buta yang cuba untuk mengetahui apa gajah itu padahal mereka tidak pernah melihat apa gajah itu. (Terjemahan saya).
………

Sekarang, dalam Islam kerohanian adalah berapa kali anda pergi ke haji, berapa kali anda pergi ke umrah, berapa kali anda berjalan ke masjid….

Lihat, dalam Islam mereka diajar ritual dan bentuk tetapi bukan jiwa, bahagian dalam, dan ini adalah masalah, dan bagaimana untuk menyelesaikannya, saya tahu bagaimana hendak menyelesaikannya, hanya saya tidak diberi peluang menyelesaikannya. (Terjemahan saya)

Kita lihat pula apa yang dikatakan oleh ahli panel kedua, Dr James Chin.

Beliau membawa satu point utama, iaitu ketidakpuasan hati beliau terhadap pertambahan penduduk Sabah, yang mengikutnya, kebanyakannya dibawa masuk dari Filipina Selatan. Antara lain, inilah katanya:

"Kini, satu yang menambah kesedihan yang tidak relevan dengan Sarawak tetapi sangat relevan dengan Sabah, sudah tentu rakyat Sabah juga sangat marah kerana telah ada perubahan dramatik dalam demografi Sabah. Sekiranya anda melawat Sabah, katakan pada tahun 1965, Sabah adalah sebuah masyarakat yang cukup seimbang. Majoriti adalah Kadazan Dusun Murut, KDM.

Tetapi di akhir tahun 1970-an sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an terdapat perkara yang disebut Projek IC, ada yang menyebutnya Projek M. Pada dasarnya, ia bererti membawa sejumlah besar pendatang haram dari Filipina Selatan, jumlah yang lebih kecil dari Indonesia, penyediaan dokumen segera baru yang berakhir dengan IC biru Malaysia supaya mereka menjadi warganegara, inilah yang kita panggil warga kertas.

Hari ini keadaan sangat serius di Sabah kerana kira-kira satu per tiga orang di Sabah hari ini adalah rakyat segera. Sama seperti kopi segera, anda mencurahkannya ke dalam air panas maka anda mendapat IC biru. Kini, dalam keadaan biasa ini tidak akan menjadi masalah tetapi dalam konteks Sabah ia menjadi masalah besar kerana hampir semua kes, semua orang yang dikeluarkan IC biru berakhir dalam senarai pemilih. Dalam erti kata lain, anda menjadi warganegara segera untuk menjejaskan hasil pemilihan negeri.

Oleh itu, saya telah memberikan anda dua angka. Pada tahun 1976, terdapat 22 kerusi majoriti Kadazan Dusun Murut, pada tahun 2008 ia jatuh kepada 13. Pada tahun 1976, terdapat 18 kerusi Islam, pada tahun 2008 terdapat 36. Jadi dalam ruang pada dasarnya satu generasi hasil politik untuk setiap pemilihan negeri Sabah adalah bahawa anda akan berakhir dengan kerajaan Islam, tidak ada dua pilihan mengenainya. Esok, walaupun jika setiap orang bukan Islam di Sabah mengundi untuk parti bukan Islam, anda masih akan berakhir dengan kerajaan Islam. Ok, itulah kenyataannya. Jadi itulah sebabnya KDM sangat marah." (Terjemahan saya).

Di akhir ucapannya, beliau beralih kapada gerakan pemisahan. Ini katanya:

"Apa yang juga sangat menarik dalam 10 tahun yang lalu ialah banyak gerakan pemisahan sebenarnya mempunyai dimensi antarabangsa. Mereka mempunyai penyokong di luar Malaysia. Mereka menubuhkan kumpulan di luar untuk menyokong mereka. Jadi, pada 22 haribulan (September) ini, akan ada persidangan, persidangan antarabangsa yang diadakan oleh gerakan pemisahan. Mereka terpaksa mengadakannya di Melbourne dan mereka membincangkan masa depan Sabah dan Sarawak di luar persekutuan. Jadi jika anda berada di Melbourne pada 22 September, datang dan jumpa saya, saya akan memberikan tiket untuk menghadiri, FOC, secara percuma. (Terjemahan saya).

Sekarang, kita sampai kepada ahli panel ketiga Dr Lee Kam Hing. Antara lain, katanya:

"Sejarah Malaysia atau sejarah yang dibentangkan dalam buku sejarah kita mempunyai satu, tanah air orang Melayu, dan masyarakat pendatang. Tema berterusan yang berjalan dalam naratif sejarah yang ditaja negara dan dicerminkan dalam buku teks sejarah semasa untuk sekolah dan universiti, tema utamanya adalah perpaduan Melayu, nasionalisme Melayu, Islam dan Malaysia sebagai tanah air bagi orang Melayu. Teras utama tema ini ialah tuntutan ketuanan Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu. Lebih penting lagi, kisah-kisah sekarang yang dibina di sekeliling Perikatan, BN sebagai makna kemerdekaan negara, dan bahawa UMNO adalah pelindung dan pembela hak Melayu.
………….

Dalam usaha untuk menekankan kepentingan Islam dalam sejarah, Teks Sejarah Dunia Tingkatan Empat memperuntukkan lima dari sepuluh bab mengenai sejarah Islam. Jadi anda mempunyai 10 bab sejarah dunia dan, jadi anda mempunyai lima dari sepuluh bab dalam sejarah Islam, hanya tiga dari sepuluh bab dalam sejarah dunia yang berkaitan dengan perkembangan idea dan institusi di luar Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara. Oleh itu, hanya tiga daripada sepuluh bab sejarah dunia yang dikhaskan untuk sejarah dunia di luar rantau ini.
…………

Sekarang dalam naratif ini, peranan dan kehadiran bukan Melayu diberi perhatian yang sangat minimum.
… ..

…. Kehadiran Kristian, dan saya ingin mengakhiri perkara ini, telah menjadi sebahagian daripada sejarah negara, terutamanya sejarah Bumiputera Kristian…..

Sekarang, misi Kristian menyumbang kepada pengetahuan dan penerbitannya melalui media cetak dan ia adalah Kristian, London Business Society, yang menerbitkan jurnal berbahasa Melayu yang pertama bernama Busan Arbi, dan buku-buku Melayu yang pertama dicetak oleh rumah penerbitan misi, yang dipanggil MPH, kolej pembelajaran pertama di Melaka pada tahun 1850, Anglo-Chinese College, dan salah seorang guru di sana adalah Prof James Leigh yang kemudiannya menjadi profesor Chinese di Oxford. Sekarang, orang Kristian adalah ilmuan peradaban Melayu."

Akhir sekali, inilah yang dikatakan oleh Philip Koh semasa menyimpul resolusi forum itu:

"Tetapi kita semua tahu, Tajuddin juga mengatakannya bahawa banyak kursus yang dijalankan dari segi pendidikan dan latihan belia, kelas-kelas sivik menyebarkan nasionalisme etnik, ketuanan Melayu, bukan nasionalisme sivik, yang bermaksud kita mempunyai sebuah negara bersama.

Kebangkitan Islam, betul, adalah sebahagian dari keseluruhan 3 R ini yang kita bercakap mengenainya: Agama, Ras, Kesultanan. Isu-isu ini berleluasa dengan cara saya, sebagai seorang peguam, ketika saya melihat di mahkamah, pada satu ketika mahkamah nampaknya membenarkan 3 R untuk mengalahkan peruntukan mengenai tafsiran Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3 (1) mengatakan dan kita mesti beri kepadanya all the weight and respect, bahawa Islam adalah agama Persekutuan, tetapi Perkara 3 (4) sangat jelas, betul, ia mengatakan bahawa tiada apa-apa dalam perisytiharan ini akan merosotkan, menjejaskan atau merosakkan mana-mana perkara (article) lain. Dan, saya akan memanggilnya kawan, Tan Sri Malanjum, Ketua Hakim Negara yang telah bersara, betul, saya ingat dia dalam kes Lina Joy, betul, sesetengah daripada kita telah mendengar mengenai itu, dia berkata, "Hello, hello, ada orang yang melihat Perkara 3 (4)?" Dia adalah satu-satunya suara yang menentang tetapi ada suara-suara dominan dalam badan kehakiman yang menggunakan Perkara 3 (1) untuk mengatasi perkara-perkara lain, termasuk kebebasan seseorang untuk menukar agamanya.

Saya sengaja memperturunkan petikan ucapan atau pembentangan mereka supaya pembaca dapat membaca dan menilai sendiri dan tidak hanya percaya dan bersetuju dengan apa yang saya katakan.

Dalam ucapannya, Timbalan Menteri itu memuji Negara Tuhan yang mereka hendak tegakkan di negara ini berdasarkan Manifesto Jesus. Beliau menyeru semua Cina (Kristian) untuk bertindak kerana ini adalah tahun Tuhan untuk bertindak dan Tuhan sendiri akan bertindak untuk menegakkan negara Tuhan itu.

Mereka tahu bahawa orang Melayu dan Islamlah yang akan menjadi penghalang mereka. Mereka memperolehi seorang Melayu dan Islam yang bersedia untuk mengutuk orang Melayu dan agama Islam di hadapan Cina Kristian. Beliau telahpun mengatur dan melaksanakan strateginya untuk sabotaj Utusan Malaysia. Lebih penting lagi ialah nasihat beliau kepada mereka, jika ada apa-apa isu mengenai Kristian dan Cina, mereka janganlah membuat kenyataan akhbar sendiri, tetapi menggunakan orang-orang seperti beliau, Siti Kassim dan Anas Zubedy untuk menjawabnya. Semestinya senjata sulit peluru Melayu ini adalah tambahan kepada beratus-ratus Red Beans, termasuk yang menggunakan nama Melayu dan Islam.

Ahli panel kedua yang berasal dari Sarawak dan menetap di Australia, diterbangkan dari Tasmania hanya untuk mengemukakan perangkaan mengenai penerimaan rakyat Filipina yang beragama Islam sebagai penduduk Sabah dan rakyat Malaysia. Beliau mengakhiri pembentangan beliau dengan menawarkan tiket percuma untuk menghadiri persidangan bagi membincangkan masa depan Sabah dan Sarawak di luar Malaysia yang diadakan di Melbourne dan mendapat sokongan antarabangsa itu.

Daripada ucapannya pun kita boleh lihat bahawa beliau adalah seorang penyokong, jika tidak pejuang, pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Bagaimana beliau boleh masuk keluar Malaysia dengan bebas untuk mempromosi perpisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia?

Ahli panel ketiga, bekas Profesor Sejarah Universiti Malaya, pula mengkritik sejarah yang ditulis dalam buku sejarah kita, yang mengikutnya, Malaysia adalah tanah air orang Melayu dan orang bukan Melayu adalah masyarakat pendatang. Peranan dan kehadiran orang bukan Melayu dan Kristian diberi perhatian yang sangat minima.

Akhir sekali, Philip Koh, moderator, yang tidak puas hati dengah hakim-hakim, yang menurutnya menggunakan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan untuk mengatasi perkara-perkara lain, termasuk kebebasan seseorang untuk menukar agamanya.

Kita boleh simpulkan tujuan forum itu, iaitu:

1. Untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Tuhan berasaskan Manifesto Jesus.

2. Untuk membangkitkan rasa tidak puas hati orang Cina Kristian supaya mereka bangun bertindak, mereka diberitahu mengenai 'ketidakadilan' yang dilakukan terhadap mereka oleh kerajaan BN:

a. bahawa kerajaan BN telah membawa masuk banyak orang Islam daripada Filipina untuk menambah bilangan pengundi Islam di Sabah;

b. bahawa peranan orang bukan Melayu dan orang Kristian tidak diiktiraf dalam sejarah negara;

c. bahawa hakim-hakim (yang majoritinya Melayu) menggunakan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan untuk menghalang kebebasan seseorang untuk menukar agamanya;

3. Untuk memperlekehkan Islam dan orang Islam pada pandangan peserta, Prof Tajuddin memainkan peranannya;

4. Antara strategi mereka, ialah mensabotaj Utusan Malaysia untuk menukar naratif Melayu dan Islam dan menggunakan orang Melayu dan Islam untuk melawan (counter) kritikan orang Melayu dan Islam terhadap orang Cina dan Kristian.

Perlu difahami bahawa soal sama ada peruntukan 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menghalang seseorang itu menukar agama atau tidak, tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam. Tidak ada penghakiman mahkamah, tidak ada undang-undang, tidak ada orang Islam yang menghalang orang bukan Islam menukar agama. Jika tidak semua mereka tidak boleh menukar agama asal mereka kepada agama Kristian.

Kaum yang paling banyak menukar agama adalah orang Cina. Orang Islam tidak menghalang mereka. Masyarakat mereka juga tidak mengambil kisah selagi mereka tidak menukar agama kepada Islam. Tetapi, apabila sahaja seorang anggota masyarakat mereka memeluk agama Islam, maka bukan sahaja keluarganya menentangnya, seluruh masyarakatnya akan memboikotnya. Itu menunjukkan prejudis, jika tidak permusuhan, mereka yang mendalam terhadap Islam.

Tetapi, apabila terdengar sahaja ada seorang Islam yang murtad atau hendak murtad, apatah lagi jika hendak memeluk agama Kristian, maka pasukan peguam mereka dan seluruh jentera missionary mereka akan bergerak serentak untuk membantu dan membelanya. Tidak kira di mana, mereka sampai. Siapa yang membayar upah (fee) mereka?

Ingatlah cubaan untuk menggunakan kalimah Allah dalam bible Bahasa Melayu dan upacara agama Kristian dalam Bahasa Melayu setelah gereja Kristian gagal mengkristiankan orang Melayu secara besar-besaran selama 500 tahun.

Dalam kata lain, dalam usaha menegakkan Negara Tuhan itu, mereka juga mahu mengkristiankan orang Melayu/Islam.

Sekarang fahamlah kita apa yang dimaksudkan dengan Naratif Malaysia Baharu Pakatan Harapan itu .

Saya tujukan rencana ini kepada semua orang Melayu dan Islam melampaui sempadan parti politik di Malaysia. Ini adalah ancaman kepada kita semua yang kita perlu tentang bersama.

Yang paling mendukacitakan ialah apabila Menteri Belia dan Sukan (seorang Melayu dan Islam) ditanya mengenai aktiviti timbalannya itu, beliau menjawab, "Dia tidak cuba mengkristiankan saya pun". Itu bukanlah jawapan yang layak diberi oleh seorang Menteri. Ia menunjukkan betapa naifnya menteri Melayu dalam Kabinet PH.

29 09 2019

tunabdulhamid@gmail.com
https://ift.tt/1m9N9I3
https://ift.tt/2q5BXkP

NOTA AKHIR

Why you all do this, is there any agenda behind, especially with Prof Tajuddin around?

Look at Utusan Malaysia, who was the one who wrote "tolonglah Utusan Malaysia"? Prof Tajuddin, which most Malays don't like. I said, "Look, tolonglah, 700 orang", you know, when they fired the JASA, berapa thousand people, BERNAMA people also, things like that. I said, "Tolonglah", and then I had to appeal to the non-Malays. One Chinese said, "I will give RM20,000", something like that. So I said to the non-Malays, "If we can put up RM1 million we can smear it in the UMNO's face, saying that ini orang bukan Melayu tolong"… Some people said, "Wah, you are so compassionate, you want to help Utusan". Compassionate compassionatelah, but I also have my political strategy, you know, by helping then we change narrative this way.

Whenever there is a problem, in Christianity or in Chinese, don't make the press statement by yourself, because they are out there, tak ramai, tapi people like myself, Siti Kassim, Anas Zubedy. These are Malays who are open-minded, make sure you include them in this statement, so we change the narrative, and also we can counter the narrative that the PWTC is giving, and that is how we move forward together. Walaupun these Malays are not many but it is ok, we can have the media, so that is why the boycott is not really that really running very well when many of the Malays, open-minded people, talked to..

Today we just had a big show in PWTC, politics and religion coming together.

I am gonna do two things in my speech today, all at once. I want to, number one, tell you how wonderful the Kingdom of God is but I also want to share with you some of the things that my ministry or even the government has been doing in the past one year.

…..but when people asking about Jesus politics, like a good politician I always go back to what I call the Jesus manifesto,…

…. I argue that Jesus too had a manifesto except that unlike the PH manifesto the Jesus manifesto is in the Scripture.

This is from Luke Chapter IV Verse 18 to 19, and look at the way Luke pray this story.

What is it like when we vote for Jesus?

What happens when Jesus is finally King?

First, there must be good news to the poor…

Second, when the Kingdom of God comes there must be freedom for prisoners…

And thirdly when Christ becomes King, there is a recovery of sight for the blind…

When God becomes King, number four, there will be release for the oppressed…

This is God's year to act…

My dear friends, the Kingdom of God is an unstoppable mission, and the reason is simply this, God Himself will act on it, and that is our unshakeable confidence.

The Kingdom of God is unstoppable, and this is our answer to all the ideologies of capitalism, communism, socialism, liberalism, nationalism. God Himself is committed to act and ensure the success of His own Kingdom.

…our public schools disallow other religions to be taught, because they say it is going to confuse, memanglah confused, you bagi the ustazs, they don't know how to think beyond what they have been taught in the madrasah, bagilah professor of architecture, bolehlah, kita tukar, because as architects we think outside of the box, we don't even know what the box is.

Let us just say lah, people said that have you met God, thing like that, and said the four faiths, no they have not met God. Then they are just like five blind men trying to figure out what the elephant is when they have never seen what the elephant is.

Now in Islam spirituality is how many times you go to hajj, how many times you go for umrah, how many times you walk to the mosque….

See, in Islam they are being taught the rituals and the forms but not the jiwa, the inside, and this is the problem, and how to solve that, I know how to solve that, it is just that nobody is giving any opportunity to solve.

Now, one added unhappiness which is not relevant to Sarawak but is very relevant to Sabah is that of course Sabahans are also very angry because there has been a dramatic shift in the demography of Sabah. If you were to visit Sabah say in the 1965 Sabah was a society that was quite well-balanced. The majority were the Kadazan Dusun Murut, KDM.

But sometimes in the late 1970s throughout 1980s and 1990s there was this thing called Project IC, some people call it Project M. Basically what this was to bring a huge number of illegal migrants from the Southern Philippines, a smaller number from Indonesia, a new instant paperwork which would allow them to end up with a Malaysian blue IC so they become citizens, this is what we call paper citizens.

Today the situation is very serious in Sabah because roughly 1/3 of the people in Sabah today are instant citizens. Just like an instant coffee, you pour it in a hot water then you get blue IC. Now, under normal circumstances this would not be a problem but in the Sabah context it is a huge problem because almost all cases, all those who are issued blue ICs end up in the electoral roll. In other words, you become instant citizens in order to affect the outcome of state elections.

So I have given you two figures. In 1976, there were 22 Kadazan Dusun Murut majority seats, by 2008 it dropped to 13. In 1976, there were 18 Muslim seats, in 2008 there were 36. So within a space of basically one generation the political outcome for any state elections in Sabah is that you will end up with a Muslim government, there is no two ways about it. Tomorrow even if every non-Muslim in Sabah votes for a non-Muslim party you will still end up with a Muslim government. Ok, that is the reality. So that is why the KDM is very angry.

What is also very interesting in the last 10 years is that many of these secessionist movements actually have international dimension to it. They have supporters outside Malaysia. They set up groups outside to support them. So on 22nd of this month (September), there will actually be a conference, an international conference convened by the secessionist movement. They got to hold it in Melbourne and they got to discuss the future of Sabah and Sarawak outside the federation. So if you are in Melbourne on 22nd of September, come and see me, I will give you the ticket to attend it, FOC, free of charge.
A Malaysia or a history presented in our history books has one, a homeland of the Malays, and an immigrant society. A persistent theme running through in state sponsored historical narrative and reflected in the current history textbooks for schools and universities, the main theme is the Malay unity, Malay nationalism, Islam and Malaysia as a homeland for the Malays. A major thrust of this theme is a claim of ketuanan Melayu and the special position of the Malays. More significant, the present narratives built around Alliance, BN as central in the meaning of the country's independence, and that UMNO is the protector and defender of the Malay rights.
………….

In the effort to stress the importance of Islam in history, the Form Four World History Text devotes 5 of the 10 chapters on the history of Islam. So you have the World History 10 chapters and, so you have 5 of the 10 chapters on the history of Islam, only 3 of the 10 chapters on World History deals with the development of ideas and institutions outside of Malaysia and South East Asian countries. So only 3 chapters of 10 chapters on World History is devoted to the history of the world outside the region.
……
Now in this narrative, the role and presence of non-Malays are given very minimum attention.
…..

…. The Christian presence, and I would like to end on this point, has been an integral part of the country's history, especially of the history of Christian Bumiputera….

Now Christian missions contribute to knowledge and its production through the printing press and it was Christian, the London Business Society, which published the first Malay learned journal called Busan Arbi, and the first Malay books were printed by the mission publishing house, which is called the MPH, the first college of learning was in Malacca in 1850, the Anglo-Chinese college, and one of the teachers there was Prof James Leigh who later became the first professor of Chinese in Oxford. Now, Christians were scholars of Malay civilization.
But we all know just now, Tajuddin mentioned it too, that many of the courses conducted in terms of education and training of youths, the civic classes is propagating a ethnic nationalism, a ketuanan Melayu construct, not the civics nationalism, meaning that we have a shared nationhood together.

Resurgent Islam, right, is part of this whole the 3 Rs that we talked about: Religion, Race, Rulership. These issues are pervasive in a way of which I, as a lawyer, when I look at the courts, when at one point the court seems to allow the 3 Rs to trump, not Donald Trump but to trump, the interpretive articles of the Federal Constitution. Article 3(1) says indeed, and we must give it all the weight and respect, that Islam is the religion of the Federation, but Article 3(4) is so clear, right, it says that nothing in this declaration shall derogate, shall affect or impair any other articles. And I would call him a friend, Tan Sri Malanjum, the retired Chief Justice, right, I remember him in the Lina Joy's case, right, some of us have heard of that, he said, "Hello, hello, is anybody looking at Article 3(4)?" He was the single dissenting voice and yet there were dominant voices in the judiciary that used the Article 3(1) to trump the other articles, including the freedom of someone to convert and to change his religion or her religion.

#BMF: Perniagaan usahawan muslim meningkat berganda




BANGI, 29 Muharram 1441H, Ahad – Kempen Beli Produk Muslim berjaya membuahkan hasil apabila penjualan barangan usahawan Bumiputera muslim meningkat secara mendadak, kata Pengerusi UMMAH Pulau Pinang, Mohd Akhir Che Mat.

Beliau berkata, sejak hampir sebulan diadakan, UMMAH Pulau Pinang telah mendapat respon yang positif daripada para usahawan dan pembeli.

"Kesedaran masyarakat begitu tinggi yang mana jualan produk meningkat secara mendadak. Salah seorang usahawan yang bernaung di bawah Group BMF UMMAH Pulau Pinang, Telur Masin Al Qamar Tokchu mengakui jualannya meningkat.

"Sejak kempen BMF, jualan telur masin meningkat dari 6,000 biji ke 12,000 biji sebulan. Peningkatan berganda ini sangat memberangsangkan.

"Atas sebab ini UMMAH menasihatkan usahawan supaya lebih bersedia dengan prasarana yang secukupnya untuk mendepani momentum berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Mohd Akhir memberitahu, satu memorandum persefahaman (MOU) akan ditandatangani bersama pihak aplikasi perisian ABATA dan perbincangan juga sedang diadakan dengan beberapa agensi serta institusi pendidikan untuk turut serta.

"Setakat hari ini kami berjaya mengumpul pangkalan data lebih 600 orang usahawan dan mereka akan dipanggil dalam satu sesi khas Kempen Tahap 3 bulan Oktober nanti.

"Sebagai negeri pertama pelancaran kempen BMF, kami berharap ianya terus menjadi pencetus kejayaan kepada negeri-negeri yang lain.

"Setakat ini 5 negeri telah membuat pelancaran dan akan disusuli lagi oleh negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang yang mana jika tiada halangan Menteri Besar dan Mufti sendiri akan turun membuat perasmian," katanya.

UMMAH dengan kerjasama Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) dan Abata adalah penggerak utama dalam Kempen Membeli Produk Muslim kepada masyarakat Islam di negara ini.

Kempen ini bertujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam dan memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam.

Pesuruhjaya PAS Perlis stabil, teruskan berdoa

Gambar yang dirakam sebelum kejadian

KANGAR: Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Shukri Ramli yang rebah ketika berucap pada ceramah Muafakat PAS-Umno di Dewan 2020 di sini, malam tadi dilaporkan stabil dan kini sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Negeri, Russele Eizan berkata, Mohd. Shukri sudah memberi reaksi dan telah menjalani pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan).

Sehubungan itu, beliau meminta seluruh rakyat agar sama-sama berdoa agar Mohd Shukri sembuh dan menjalankan tugas seperti biasa.

"Beliau sebelum ini tidak mengalami apa-apa penyakit termasuk jantung.

"Kemungkinan dia kepenatan selepas menghadiri pelbagai aktiviti sepanjang hari ini," katanya ketika ditemui di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, Mohd Shukri sebagai penceramah pertama ketika itu sedang memberi kata-kata aluan memperkenalkan barisan kepimpinan tertinggi PAS dan Umno sebelum secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

Ceramah tersebut turut dihadiri Mursyidul Am PAS, Ustaz Dato’ Hashim Jasin, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Presiden Umno, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Dato’ Seri Shahidan Kassim.

Berikutan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang itu telah diberi bantuan pernafasan oleh Unit Medik, Jabatan Amal Malaysia sebelum ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membawanya ke HTF.

Dalam pada itu, kepemimpinan PAS dan Umno negeri serta ratusan penyokong termasuk wakil rakyat PKR dilihat hadir ke HTF bagi mengetahui perkembangan semasa Mohd. Shukri.

Sumber:https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/13378-pesuruhjaya-pas-perlis-stabil-teruskan-berdoa

PRK Tanjung Piai: Prelude lembaran baru politik negara


oleh: Datuk M. Periasamy

PENGUNDI kawasan Parlimen Tanjung Piai, Johor akan menyaksikan pertembungan hebat antara calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk merebut kerusi parlimen itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak lama lagi.

Kerusi Parlimen Tanjung Piai dikosongkan susulan kematian penyandangnya, Datuk Dr Mohd Farid Md Rafik daripada parti Bersatu.

Mohd Farid yang mewakili Pakatan Harapan (PH) merampas kerusi tersebut daripada BN dengan majoriti tipis 524 undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Jumlah pengundi berdaftar bagi kerusi Tanjung Piai adalah seramai 53,528 orang termasuk pengundi Melayu 52.11 peratus, Cina 46.5 peratus dan India 1.08 peratus.

Jumlah pengundi Melayu dan Cina adalah hampir seimbang dalam kawasan ini. Namun, kerusi Parlimen P.165 Tanjung Piai dikatakan kubu kuat BN kerana calon BN daripada parti komponen MCA memenangi kawasan itu dengan majoriti besar pada PRU ke-11 pada tahun 2004.

Calon BN memperolehi 28,046 undi manakala calon DAP hanya memperolehi 4,431 undi pada PRU ke-11.
Tetapi, pada PRU ke-12, jumlah undi BN merosot sedikit kepada 23,302 undi sambil sokongan DAP meningkat kepada 10,931 undi iaitu lebih dua kali ganda.

Peningkatan sokongan kepada DAP adalah dikatakan kerana perasaan tidak puas hati timbul di kalangan pengundi bukan Melayu terhadap BN akibat tercetusnya gelombang Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) pada akhir tahun 2007.

Namun, sokongan terhadap BN meningkat pada PRU ke-13 kepada 25,038 undi. Pada masa yang sama, undi DAP juga meningkat kepada 19,581 undi iaitu lebih 8,650 undi daripada yang diperolehi pada PRU ke-12.

Namun, sokongan terhadap BN merosot pada PRU ke-14, iaitu kehilangan sokongan sebanyak 4,307 undi. Manakala, sokongan terhadap parti Bersatu (pembangkang ketika itu) meningkat sedikit kepada 21,255 undi iaitu peningkatan 1,674 undi daripada jumlah yang diperolehi pada PRU ke-13.

Antara faktor utama yang menyebabkan peningkatan sokongan kepada calon Bersatu pada PRU ke-14 adalah faktor peralihan sokongan pengundi Melayu hampir 10 peratus daripada BN kepada PH, kesan kempen 'change' yang dicetuskan oleh Pakatan Harapan, kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu anak Johor.

Dua DUN

Kerusi Parlimen Tanjung Piai mempunya dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu N.55 Pekan Nenas dan N.56 Kukup.

Pola pengundian bagi kedua-dua DUN pada PRU ke-12 , PRU ke-13 dan PRU ke-14 jelas menunjukkan BN mempengaruhi sebahagian besar pengundi Melayu sambil parti DAP dan PKR mempengaruhi sebahagian besar pengundi Cina.

Analisa juga menunjukkan, calon daripada MCA berjaya mengekalkan sokongannya sekitar 20,000 undi sejak kerusi ini dipertandingkan.

Malah, analisa pola pengundian juga menunjukkan calon BN yang mewakili MCA berjaya meraih hampir 70 peratus sokongan pengundi Melayu dan lebih kurang 40 peratus sokongan pengundi Cina.

Jadi, walaupun jumlah pengundi Melayu dan Cina adalah hampir seimbang, sokongan pengundi Melayu merupakan asas kepada kekuatan calon BN di kawasan ini.

Namun, senario politik telah berubah selepas PRU ke-14. Perjanjian Kemuafakatan politik UMNO-Pas yang terjalin pasca PRU ke-14 dijangka mengubah sentimen politik sebahagian besar pengundi Melayu.

Kesannya, penyokong tegar parti Pas iaitu seramai lebih kurang 3,000 pengundi akan mengalih sokongannya kepada calon BN pada PRK ini.

Sekiranya peralihan ini berlaku, maka sukar bagi calon PH untuk mempertahankan kerusi ini.

Di sebaliknya, peluang kemenangan bagi calon BN akan lebih cerah malah mampu menewaskan calon PH dengan majoriti 2,500 undi.

Dalam pada itu, keputusan PRK yang akan diadakan pasca termeterinya Piagam Kemuafakan Nasional ini akan menunjukkan sejauh mana orang Melayu, termasuk orang Melayu yang menyertai UMNO dan Pas menerima dan menyokong piagam tersebut.

Keputusan PRK ini juga akan menunjukkan, malah membuktikan sejauh mana Piagam Kemuafakatan Nasional di antara kepimpinan UMNO dan Pas benar-benar bersifat inklusif, meliputi warga bukan Melayu, terutamanya meliputi MCA dan MIC.

Malah, keputusan PRK ini juga akan menjadi 'prelude' untuk mengambarkan impak Piagam Kemufakan Nasional kepada PRU malah akan mempengaruhi keputusan PRU ke-15 dan seterusnya dalam medan politik Malaysia.


* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India



Isu Adib: Segerakan Pendakwaan


oleh:Dr Muhammad Fathi Yusof
29 September 2019

(Temubual dengan Mingguan Malaysia)

Soalan 1. Apa peringkat seterusnya selepas inkues dikeluarkan?

Peranan Mahkamah Kononer adalah untuk menentukan punca kematian sebagaimana yang diperuntukan dalam Bahagian XXXII Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593). Dalam kes Muhammad Adib Mohd Kassim ini, mahkamah putuskan bahawa kematian anggota bomba itu adalah akibat perbuatan jenayah.

Dalam hal ini, Mahkamah Koroner perlu melaporkan dapatan inkues kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut iaitu pendakwaan. Pihak Peguam Negara perlu melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Perlembagaan untuk membuat pendakwaan dalam kes-kes jenayah. Keputusan Mahkamah Koroner yang dilaksanakan melalui proses yang adil, telus dan komprehensif perlu disusuli dengan pendakwaan. Ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.





Jika siasatan belum lengkap, maka pihak polis bertanggungjawab untuk melengkapkan siasatan. Ia termasuklah mengenalpasti serta bertindak ke atas individu-individu yang terlibat, serta mengumpulkan segala bukti yang diperlukan. Ia perlu dilaksanakan dengan cepat, cekap dan menyeluruh.

2. Adakah ia akan mengambil masa yang lama untuk mendakwa pesalah-pesalah yang memukul Adib sehingga mati.



Kes ini dah lama berlaku. Pihak polis pun sebenarnya telah lama menjalankan siasatan. Saya percaya ia sepatutnya tidak berlanjutan lama lagi selepas ada keputusan inkues ini. Sekarang bola di kaki Peguam Negara, dan rakyat sedang menyaksikan dan menunggu.

Kita tahu bahawa Peguam Negara telah membuat silap bila membuat kesimpulan awal berkaitan punca kematian Adib pada waktu Mahkamah Koroner belum menyelesaikan inkues. Kesilapan itu kini di bawa ke Mahkamah dan menjadi satu kes dakwaan menghina mahkamah. Kita berharap ia diselesaikan dengan adil dan berwibawa ‘without fear or favour’ walau pun ia melibatkan dakwaan ke atas Peguam Negara sendiri.

Tetapi kita tidak mahu polemik itu melambatkan pendakwaan ke atas mereka yang terlibat dalam jenayah dalam kes Adib ini. Jika pihak Peguam Negara lambat bertindak, ia akan dilihat sebagai satu kecuaian dan kelemahan yang ketara. Sebagai satu pilihan jalan keluar, elok juga difikirkan kemungkinan Peguam Negara mengambil cuti atau meletakkan jawatan bagi membolehkan kes Adib dapat berjalan dengan lancar dan segera.

3. Adakah pihak polis atau pendakwa raya akan mengalami kesulitan untuk mendakwa suspek-suspek? Campur tangan pihak berkepentingan politik sebagai contoh.

Keputusan Mahkamah Koroner sangat jelas. Perlu diingat ia dilakukan secara komprehensif selama 41 hari melibatkan 30 orang saksi. Dari sudut perundangan, pendakwaan perlu dilakukan segera. Saya tidak nampak wujud kesulitan dari sudut teknikal kerana siasatan telah bermula lama dan saya percaya pihak polis sudah ada nama-nama orang yang disyaki melakukan jenayah itu.

Dalam hal sistem keadilan negara, orang politik tidak boleh campur tangan. Biar institusi polis, pendakwaan dan mahkamah menjalankan tugas mereka secara profesional. Ini yang rakyat mahukan.

4. Sebagai tenaga akademik perundangan, bagaimana Dr. Fathi melihat perkembangan kes Adib?

Kes Adib ini menjadi tumpuan kerana banyak faktor. Pertamanya, ia berkaitan satu insiden rusuhan di Kuil Maha Mariamman pada tahun lepas yang menjadi tumpuan seluruh negara.

Kedua, Adib ialah seorang anggota bomba yang berkhidmat untuk membantu menyelamatkan nyawa rakyat dalam kes kebakaran dan seumpamanya. Pembunuhan seorang anggota penyelamat seperti beliau adalah satu yang amat menyedihkan.

Ketiga, kelambatan dalam pendakwaan ke atas mereka yang disyaki melakukan jenayah dalam kes Adib menimbulkan keresahan rakyat. Polemik punca kematian Adib menjadi lebih hangat dengan kenyataan Peguam Negara pada saat inkues sedang berjalan.

5. Apa harapan Dr. Fathi terhadap sistem perundangan negara pada waktu ini?

Kita mahu kes ini dikendalikan secara profesional. Keputusan Mahkamah Koroner memberikan satu nafas baru agar kes ini dapat diselesaikan dengan adil dan telus. Keadilan amat penting untuk memadamkan keresahan. Keresahan yang dibiarkan merebak boleh mencetuskan pelbagai andaian dan persepsi negatif seterusnya boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Kita mengharapkan rakyat tidak cepat melatah. Usah heret isu ini dengan soal perbezaan kaum. Semua orang tanpa mengira kaum inginkan keadilan dan pembelaan. Yang salah tetap salah, dan perlu dibawa ke muka pengadilan. Diharap kes ini segera ditangani tanpa dilengah-lengahkan, dan dapat diselesaikan tanpa menjejaskan keharmonian negara tercinta ini.

Sumber: https://www.facebook.com/fathiyusof/posts/10214590642336639

Jika Almarhum Tuan Guru Nik Aziz masih ada, tak setuju PAS kerjasama dengan UMNO?

“Majlis Memperingati 50 Tahun Dr Burhanuddin Al-Helmy” Jadi Medan Menghentam PAS Dan Tun Dr Mahathir


oleh: Dr Kamarul

Hambar sekali rupanya “Majlis Memperingati 50 Tahun Dr Burhanuddin Al-Helmy” di Auditorium Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya, yang membariskan Presiden PKR. Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, sebagai pembicara utamanya.

Entah apa ceritanya, kedua-dua pembicara utama “Majlis Memperingati 50 Tahun Dr Burhanuddin Al-Helmy” ini gagal hadir menjadikan majlis ini mambar semambar-mambarnya sekali gus mengangkat Dr Syed Husin Ali dari PKR sebagai tumpuan utama.

Seperti dijangka, majlis ini bertukar menjadi medan menghentam PAS dengan Dr Syed Husin Ali kedengaran menyebut: “Masa Dr Burhanuddin al-Helmy ertinya benda yang agak progresif, Islam tapi ada sifat nasionalisme yang progresif dan yang mengiktiraf kedudukan keadilan sosial bagi golongan lain, agama lain, kaum lain dan sebagainya. Sekarang ni dah berbeza sama sekali, PAS sifat nasionalisnya hilang, sifat agamanya terlalu sempit, dan sifat anti kepada golongan bukan Islam dan bukan Melayu kuat.”

Turut mendapat liputan meluas media adalah hentaman Dr Syed Husin Ali ke atas Tun Dr Mahathir dalam majlis ini di mana Dr Syed Husin Ali kedengaran menyebut: “Mahathir ni, dia cakap begini sekali, cakap begitu sekali, saya memang tak boleh pegang cakap dia. Mahathir, kadang-kadang dia buat keputusan bersama dengan pimpinan tapi nanti dia akan buat benda lain dan dia akan kata 'saya lupa'. Bukan Melayu saja lupa, Mahathir pun selalu lupa.”

Dr Burhanuddin al-Helmy ini membawa imej penyatu, dan amat tidak kena sekali bila majlis memperingati beliau digunakan bukan untuk menyatukan tetapi untuk melebarkan lagi perpecahan.

VIDEO HENTAMAN DR SYED HUSIN ALI KE ATAS PAS:
https://www.youtube.com/watch?v=ZLGUHic2I34

VIDEO HENTAMAN DR SYED HUSIN ALI KE ATAS TUN DR MAHATHIR:
https://www.kinitv.com/video/350c33d2-0cbb-4828-bc18-12df4f894e0c

Pertembungan sengit di PRK Tanjung Piai - Tuan Chua


PONTIAN 29 Sept. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan peluang Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk menang pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai adalah seimbang.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, ini kerana kerajaan PH dilarang menggunakan jentera kerajaan termasuk dana bagi membantu calon mereka bertanding seperti tiga PRK sebelum ini.

Malah katanya, kerajaan Pakatan PH tidak boleh menggunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya berpihak kepada mereka sepertimana dilakukan kerajaan Barisan BN semasa memerintah dahulu.

"Bagaimanapun PH yakin mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan syarat jentera kempen PH dapat bergerak secara berpasukan dan dapat menangkis serangan pembangkang.

“Memang kita akui PRK Tanjung Piai akan berlangsung dengan sengit dan peluang mana-mana parti yang bertanding adalah sama untuk memenangi hati pengundi Tanjung Piai,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Pontian di Pusat Perdagangan Pontian di sini, petang semalam.

Yang turut hadir, Ketua PKR Cabang Pontian, Ronald Sia dan Setiausaha PKR Cabang Pontian, Datuk Tan Chin Hock.

Tambah Tian Chua, gerak jentera pilihan raya PH yang terdiri daripada Parti Amanah, DAP dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu saling bantu membantu dan tidak bergerak secara sendirian.

“Memandangkan kita akan berhadapan dengan lawan yang kuat, semua jentera pilihan raya perlu bersedia dan meningkatkan peranan masing-masing supaya kerusi Tanjung Piai kekal pada tangan PH,” ujarnya.

Katanya, PKR menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memilih calon sesuai bagi mewakili PH yang tentunya mempunyai kreteria termasuk kelayakan, berpontensi untuk menang dan mampu berhujah dengan baik.

Jelas beliau, jika kriteria tersebut dapat dipenuhi pengundi pastinya dapat membuat pilihan yang bijak bagi terus mewakili suara mereka di Dewan Rakyat seperti dilakukan Allahyarham Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik.

PRK Tanjung Piai diadakan berikutan penyandangnya, Dr. Md. Farid yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, meninggal dunia di Hospital Pontian pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Allahyarham yang juga Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai, memenangi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan majoriti 524 undi menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS).

Kerusi Parlimen Tanjung Piai dengan 53,528 pengundi berdaftar pada PRU-14, memiliki komposisi kaum terdiri daripada 56.8 peratus Melayu, 41.64 peratus Cina, 1.01 peratus India dan lain-lain 0.55 peratus. - UTUSAN ONLINE

PT3, PAV ditangguh ekoran cuti peristiwa di Kelantan


KUALA LUMPUR: Kertas Bahasa Melayu (BM) 1 dan 2 bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) esok ditunda ke 9 Okt manakala kertas BM Komunikasi serta English for Communication pada hari yang sama bagi Pendidikan Asas Vokasional (PAV) ditangguh ke 3 Okt.

Kementerian Pendidikan melalui kenyataan yang dikeluarkan malam tadi berkata penangguhan itu dibuat kerana 29 dan 30 Sept 2019 diisytiharkan sebagai cuti peristiwa di Kelantan sebagai menghormati perkabungan kemangkatan Sultan Ismail Petra.

Susulan kemangkatan Sultan Kelantan ke-28 semalam, Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob mengumumkan cuti peristiwa pada kedua-dua hari itu bagi Kelantan.

Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA ditangguhkan - JAKIM


KUALA LUMPUR: Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2019 bagi subjek bertulis Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) yang dijadualkan esok (30 September), ditangguhkan ke 7 Oktober depan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam kenyataan malam tadi, berkata penangguhan itu bagi menghormati perkabungan kemangkatan Sultan Kelantan ke-28 Almarhum Sultan Ismail Petra.

“JAKIM merafak sembah setinggi-tinggi ucapan takziah dan rasa dukacita terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Muhammad V, ahli-ahli kerabat Diraja Kelantan dan seluruh rakyat Kelantan atas kemangkatan Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

“Berikutan pengisytiharan kerajaan Negeri Kelantan bahawa 29 September dan 30 September 2019 sebagai cuti peristiwa, JAKIM memutuskan peperiksaan UPKK 2019 bagi subjek bertulis Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) yang dijadual pada 30 September 2019 (Isnin) ditangguhkan ke 7 Oktober 2019 (Isnin),” katanya.

Sultan Ismail Petra, 69, ayahanda Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada pukul 8.11 pagi, semalam dan selamat dimakamkan di Makam Diraja Langgar di sini, hari ini, pada pukul 7.20 malam tadi. – BERNAMA

Kampong Baru: Ikonik Bangsa Melayu Di Tengah Kota Raya



Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

Sebulan ini nama Kampong Baru menjadi sebutan, meniti bibir ke bibir rakyat negara ini lantaran keseriusan pihak kerajaan kelihatan bersungguh untuk mengambilalih pembangunan Kampong Baru. Antara versi sejarah merakamkan, pembangunan penempatan Melayu ini digerakkan oleh penjajah British dalam dekad 1890an.

Kampong Baru semakin berkembang selaras dengan kepesatan Kuala Lumpur yang menjadi pusat pembangunan negara ini, orang Melayu memilih kampong Baru kerana wajah kekampongan, keserasian serta akses perhubungan yang mudah. Berjiran dengan jalan Chow Kit dan sangat strategik maka nilai tanahnya sangat tinggi.

Pelbagai sejarah dirakamkan di kampong yang menjadi nadi kota ini, Kg Baru pada tahun 1951 merakamkan para alim ulama berhimpun kali kedua di Kelab Sultan Sulaiman dan akhirnya ke arah penubuhan Persatuan Islam SeTanah Melayu pada 24 November 1951. Muktamar PAS dalam dekad 50an menyaksikan Kampong Baru sering menjadi penempatan para perwakilan dan pemerhati. Di kampong baru, tempat bermukimnya, Almarhum Ustaz Azid Jaafar, mantan Pesuruhjaya PAS Selangor dan juga pegawai Penerangan PAS Pusat. Rumah beliau juga menjadi tempat berhimpunnya pencinta ilmu dalam dekad kebangkitan Islam, menyulam ukhuwwah dalam program menadah kitab pada setiap pagi ahad.

Tragedi berdarah 13 Mei 1969 menyaksikan kekacauan menyelimuti Kuala Lumpur. Hubungan komunal negara ini sangat rapuh, api perkauman mudah terbakar pada jerami kering, kesan polisi 'pecah dan perintah' di zaman British. Darah tumpah dalam semarak api kedai-kedai terbakar sehingga perintah berkurung diadakan. Kampong Baru menjadi tempat berlindung orang Melayu semasa kekacauan kaum 1969 di Kuala Lumpur.

Dalam sejarah Kampong Baru ratusan bantahan awam atau demonstrasi telah diadakan, pelbagai isu terutama yang menikam nurani umat Islam. Masjid kampong Baru menjadi pengkalan ummah berhimpun setiap hari jumaat. Antara demonstrasi yang terbesar pernah diadakan ialah pada tahun 1980, digalang demonstrasi skala besar ummat Islam anti Komunis Soviet yang menyerang Afgnistan. Saat Afghanistan dibantai dan diganyang oleh Beruang Merah Russia maka, puluhan ribu umat Islam berhimpun di Kampong Baru dan berarak ke Kedutaan Russia.

Pada tahun 1998, apabila berlaku pemecatan DS Anwar Ibrahim maka antara pengkalan demonstrasi rakyat yang cintakan keadilan, walaupun DS Anwar menyifatkan sebagai luka kecil kemudiannya. Masjid Kampong Baru menjadi saksi bisu dalam era Reformasi acara kejar mengejar antara demonstran dan aparat keamanan. Jajaran kedai-kedai buku di Kampong Baru yang turut menjual cd-cd ceramah panas politik dan bahan-bahan politik anti kerajaan.

Kemenangan PH turut mengancam kewujudan Kampong Baru, sehingga kita merasa kepelikan mengapa Menteri Wilayah begitu bersungguh mengusahakan supaya warga Kampong Baru menjual tanah mereka. Hilang kampong baru maka tiada lagi kampong beridentiti Melayu di tengah kota. Lihat sahaja apa yang berlaku pada Kampong Kerinchi yang hanya tinggal pada papan tanda LRT sahaja, Kampong Kerinchi diam-diam menjadi Bangsar South. Selepas Kampong Kerinchi, Kampong Abdullah Hukum, Kampong Puah makin ditelan arus pembangunan sehingga mencampakkan orang Melayu jauh daripada pusat utama kotaraya.

Saya pelik, mengapa Kampong Baru tak dipelihara sebagai kampong warisan Melayu apatah lagi Kuala Lumpur dalam sejarahnya dibuka oleh Sultan Puasa. Jadikan Kampong Baru sebagai pusat pelancongan yang diidentitikan sebagai kampong Melayu dengan jajaran kedai-kedai makan bercitarasa masakan Melayu, pusat memperkenalkan warisan budaya dan kesenian Melayu. Kampong Morten di bandar Melaka adalah contoh terbaik bagaimana kampong warisan Melayu boleh dikekalkan sebagai tarikan pelancongan, juga Kampong Cina di bandar Kuala Terengganu yang dikekalkan warisan kecinaan untuk tarikan pelancong. Moga kerajaan PH dan warga Kampong Baru memikirkan usaha memelihara kampong Baru sebagai kampong warisan Melayu ditengah kotaraya.

*(Penulis ialah mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Pengerusi LESTARI)

Susulan Inkues Adib, Penjelasan Nas Syarak Siri 1: Perlaksaan Al-Qissamah


oleh: Dr. Muhammad Atiullah bin Othman

Terdapat kisah di zaman Rasulullah ļ·ŗ mengenai kematian seseorang yang tidak diketahui siapa pembunuh tetapi tanggungjawab pembunuh di hadapkan kepada lima puluh kaum Kafir Yahudi. Tanggungjawab ini hendaklah dilaksanakan dengan sumpahan tidak bunuh terhadap setiap seorang dan hendaklah pampasan dibayar dengan dibahagikan setiap mereka.

Pengisahan mengenai perkara ini boleh dirujuk dalam Bab al-Qisamah dalam Sahih Muslim. Saya sebutkan satu hadis panjang mengenai tanggungjawab ini. Sebagaimana hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim,

‎ Ų¹Ł† ŲØŲ“ŁŠŲ± ŲØŁ† ŁŠŲ³Ų§Ų± Ų±Ų¶ŁŠ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł†Ł‡ Ų£Ł† Ų¹ŲØŲÆ Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŲØŁ† Ų³Ł‡Ł„ ŲØŁ† Ų²ŁŠŲÆ ŁˆŁ…Ų­ŁŠŲµŲ© ŲØŁ† Ł…Ų³Ų¹ŁˆŲÆ ŲØŁ† Ų²ŁŠŲÆ Ų§Ł„Ų£Ł†ŲµŲ§Ų±ŁŠŁŠŁ† Ų«Ł… Ł…Ł† ŲØŁ†ŁŠ Ų­Ų§Ų±Ų«Ų©، Ų®Ų±Ų¬Ų§ Ų„Ł„Ł‰ Ų®ŁŠŲØŲ± ŁŁŠ Ų²Ł…Ų§Ł† Ų±Ų³ŁˆŁ„ Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł…، ŁˆŁ‡ŁŠ ŁŠŁˆŁ…Ų¦Ų° ŲµŁ„Ų­ ŁˆŲ£Ł‡Ł„Ł‡Ų§ ŁŠŁ‡ŁˆŲÆ. ŁŲŖŁŲ±Ł‚Ų§ Ł„Ų­Ų§Ų¬ŲŖŁ‡Ł…Ų§. ŁŁ‚ŲŖŁ„ Ų¹ŲØŲÆ Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŲØŁ† Ų³Ł‡Ł„، ŁŁˆŲ¬ŲÆ ŁŁŠ Ų“Ų±ŲØŲ© Ł…Ł‚ŲŖŁˆŁ„Ų§ً، ŁŲÆŁŁ†Ł‡ ŲµŲ§Ų­ŲØŁ‡، Ų«Ł… Ų£Ł‚ŲØŁ„ Ų„Ł„Ł‰ Ų§Ł„Ł…ŲÆŁŠŁ†Ų©. ŁŁ…Ų“Ł‰ Ų£Ų®Łˆ Ų§Ł„Ł…Ł‚ŲŖŁˆŁ„ Ų¹ŲØŲÆ Ų§Ł„Ų±Ų­Ł…Ł† ŲØŁ† Ų³Ł‡Ł„ ŁˆŁ…Ų­ŁŠŲµŲ© ŁˆŲ­ŁˆŁŠŲµŲ© ŁŲ°ŁƒŲ±ŁˆŲ§ Ł„Ų±Ų³ŁˆŁ„ Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… Ų“Ų£Ł† Ų¹ŲØŲÆ Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŁˆŲ­ŁŠŲ« Ł‚ŲŖŁ„. ŁŲ²Ų¹Ł… ŲØŲ“ŁŠŲ± ŁˆŁ‡Łˆ ŁŠŲ­ŲÆŲ« Ų¹Ł…Ł† Ų£ŲÆŲ±Łƒ Ł…Ł† Ų£ŲµŲ­Ų§ŲØ Ų±Ų³ŁˆŁ„ Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… Ų£Ł†Ł‡ Ł‚Ų§Ł„ Ł„Ł‡Ł… "ŲŖŲ­Ł„ŁŁˆŁ† Ų®Ł…Ų³ŁŠŁ† ŁŠŁ…ŁŠŁ†ًŲ§ ŁˆŲŖŲ³ŲŖŲ­Ł‚ŁˆŁ† Ł‚Ų§ŲŖŁ„ŁƒŁ…؟ " (Ų£Łˆ ŲµŲ§Ų­ŲØŁƒŁ…) Ł‚Ų§Ł„ŁˆŲ§: ŁŠŲ§ Ų±Ų³ŁˆŁ„ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ł…Ų§ Ų“Ł‡ŲÆŁ†Ų§ ŁˆŁ„Ų§ Ų­Ų¶Ų±Ł†Ų§. ŁŲ²Ų¹Ł… Ų£Ł†Ł‡ Ł‚Ų§Ł„ "ŁŲŖŲØŲ±Ų¦ŁƒŁ… ŁŠŁ‡ŁˆŲÆ ŲØŲ®Ł…Ų³ŁŠŁ†؟ " ŁŁ‚Ų§Ł„ŁˆŲ§: ŁŠŲ§ Ų±Ų³ŁˆŁ„ Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŁƒŁŠŁ Ł†Ł‚ŲØŁ„ Ų£ŁŠŁ…Ų§Ł† Ł‚ŁˆŁ… ŁƒŁŲ§Ų±؟ ŁŲ²Ų¹Ł… ŲØŲ“ŁŠŲ± Ų£Ł† Ų±Ų³ŁˆŁ„ Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… Ų¹Ł‚Ł„Ł‡ Ł…Ł† Ų¹Ł†ŲÆŁ‡.

(Riwayat Muslim, no hadis: 3151)


Maksudnya:

Dari Basyir bin Yasar r.a., bahawa
Abdullah bin Sahal bin Zayd dan Mahisah bin Mas’ud bin Zayd, kedua-duanya merujanan golongan Ansar dari Bani Harithah, pergi ke Khaybar di Zaman Rasulullah ļ·ŗ.Ketika itu, Khaybar merupakan jajahan persefahaman dan penduduknya adalah Yahudi.Kedua-dua mereka (Abdullah dan Mahisah) berpecah untuk (memenuhi) hajat mereka.Lalu, Abdullah bin Sahal terbunuh dan didapati di tempat minuman dalam keadaan terbunuh. Lalu shaabatnya (Mahisah) menguruskan pengebumiannya dan pulang menuju Madinah.Kemudian, saudara yang terbunuh iaitu Abdul Rahman bin Sahal, berjalan bersama Mahisah dan Huwaysah. Lalu mereka menyebut kepada Rasulullah ļ·ŗ perihal Abdullah dan pembunuhannya.


Bashir yang meriwayatkan hadis menyebut mengenai para sahabat yang mengetahui kisah ini berkata kepada mereka (kaum Yahudi), “Kamu semua (kaum Yahudi) bersumpah sebanyak lima puluh sumpah. Adakah kamu semua dapat hak pembunuh kamu?”.

Mereka (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah! Kami tak akan menyaksikannya dan tidak menghadirinya”.

Dia menyangka kalamnya, “Lantas dapat membersihkan (tuduhan terhadap) Yahudi dengan lima puluh sumpahan?”.

Para sabahat berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimana kami menerima sumpah kaum kafir?”.

Bashir beranggapan bayaran pampasan ada di sisinya.


https://www.facebook.com/500125093497353/posts/1381869401989580?sfns=mo

Kes Adib: Keadilan Yang Harus Dituntut Dari Semua Pihak


oleh: Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
27 September 2019

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bersyukur dan menyambut baik keputusan Mahkamah Koroner hari ini yang telah memutuskan bahawa kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim berpunca dari perbuatan jenayah akibat dipukul. Berasaskan keputusan ini Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan ini mendesak beberapa perkara berikut diambil tindakan segera:

(1) Menggesa Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas MELETAKKAN JAWATAN dan MEMINTA MAAF secara TERBUKA diatas KEKHILAFAN BESAR kerana memfailkan afidavit yang berunsur skandal dan subjudis dengan mengambil posisi bahawa Adib TIDAK DIBUNUH yang jelas mendahului prosiding Inkues.

(2) Menyarankan pihak Polis mengambil tindakan segera tanpa menangguh lagi untuk mengenalpasti dan menyiasat suspek-suspek yang bertanggungjawab ke atas kematian arwah Adib.

(3) Mendesak agar pihak Berkuasa turut menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang mencetuskan dan membuat kenyataan berunsur hasutan sehingga berlakunya rusuhan pada malam kedua di Kuil Sri Maha Mariaman Seafield sehingga menyebabkan kematian arwah Adib.

(4) Mendesak Exco DAP Selangor V. Ganabatirau untuk meletakkan jawatan secara terhormat dan diambil tindakan tegas dari segi undang-undang kerana bertanggung jawab mengeluarkan kenyataan jahat mendakwa orang Islam menyerang Kuil Sri Mariaman sehingga mempengaruhi 10,000 masyarakat Hindu untuk keluar merusuh di Kuil Sri Maha Mariamman pada malam arwah Adib dibunuh.

(5) Mendesak 4 orang Menteri iaitu M. Kulasegaran, P. Waytha Moorthy, Gobind Singh Deo dan Xavier Jayakumar disiasat dan dipertanggungjawabkan kerana mengeluarkan kenyataan bersama berbaur hasutan sehingga menyemarakkan lagi api kemarahan masyarakat Hindu untuk keluar berkumpul beramai-ramai merusuh di Kuil Sri Maha Mariamman pada malam kedua yang telah mengakibatkan arwah Adib dibunuh.

Dengan ini Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sekali lagi secara tegas mendesak kerajaan dan pihak berwajib mengambil tindakan tanpa pilih kasih supaya keadilan terhadap arwah Adib yang lama tertangguh dapat disegerakan!

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

#Justice4Adib
#KeadilanBuatAdib

Tommy Thomas perlu direhatkan




BANGI, 28 Muharram 1441H, Sabtu – Peguam Negara, Tommy Thomas perlu direhatkan bagi satu tempoh agar beliau tidak lagi terbabit dengan siasatan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, gesaan itu susulan Tommy Thomas enggan meletakkan jawatan walaupun didesak oleh pelbagai pihak.

Katanya, kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam yang akan menunggu arahan lanjut daripada Peguam Negara berdasarkan keputusan Hakim Mahkamah Koroner Shah Alam berkaitan inkues amat membimbangkan.

"Hal ini berikutan Tommy Thomas masih berada dalam prosiding menghina mahkamah, justeru dilihat sebagai pihak yang berkepentingan dalam kes itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed memaklumkan, siasatan kes kematian Muhammad Adib tidak pernah ditutup dan masih berjalan.

Katanya, PDRM mengambil maklum akan keputusan inkues ke atas kematian Muhammad Adib yang dibuat oleh Mahkamah Koroner Shah Alam semalam serta akan menunggu arahan lanjut daripada pihak Peguam Negara.

Pada perkembangan sama, Ahmad Amzad turut menggesa polis menubuhkan Pasukan Siasatan Khas segera dan membuka semula kertas siasatan.

Katanya, kertas siasatan perlu dibuka semula bagi menyiasat kes ini secara menyeluruh terutamanya jika wujud campur tangan atau tekanan daripada mana-mana pihak.

PEGUAM NEGARA CUAI DAN MENGHINA MAHKAMAH; Letak Jawatan Atau Wajar Di Pecat Seberapa Segera!

Tommy Thomas Gagal Menegakkan Keadilan Dalam Kes Allahyarham Adib.

1. Hujah kehakiman yang dibuat oleh Hakim di Mahkamah Koroner Shah Alam berkait inkues kematian Allahyarham Muhammad Adib Bin Mohd Kassim amat memeranjatkan.

2. Berlandaskan hujah Hakim, terdapat bukti dan alasan yang jelas bahawa Peguam Negara telah menggunakan "kedudukan" dan "pangkat"nya untuk mempengaruhi keputusan penghakiman Allahyarham Adib.

3. Sejak dari awal lagi, saya konsisten mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dalam pengendalian kes yang bersifat "nasional" ini. Allahyarham Adib tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya di dalam kes ini.

4. Inkues telah dilakukan dalam keadaan ada cubaan untuk "melencongkan" keputusan dan pandangan - dan ianya melibatkan mereka yang memegang "amanah" melaksana keadilan di peringkat yang tertinggi.

5. Saya berpandangan, Peguam Negara (Tan Sri Tommy Thomas) telah gagal sama sekali untuk bersikap amanah dalam mengendalikan kes Allahyarham Adib. Saya tidak pasti "siapa" yang cuba Tommy selamatkan - tetapi ini adalah kesilapan dan kealpaan yang tidak boleh dimaafkan.

6. Oleh yang demikian, saya mendesak Tan Sri Tommy Thomas meletakkan jawatan dalam kadar yang seberapa segera. Beliau bukan sahaja telah menghina mahkamah; malah "mungkir" sama sekali melaksana sumpah sebagai pelaksana keadilan.

7. Jika Tommy enggan meletakkan jawatan, saya berpandangan ianya menjadi kewajiban pihak kerajaan memecatnya serta merta. Tommy Thomas sudah kehilangan "maruah" dan "integriti" untuk kekal sebagai Peguam Negara!

Reezal Merican Naina Merican ialah Ahli Parlimen Kepala Batas merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2342025615866798&id=475722805830431

Kes Adib: Mengapa Amanah Lambat Bersuara?


oleh: Dr Kamarul

Pemimpin PKR, melalui Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, agak cepat bersuara dalam kes Adib.

Kata Zuraida: "Saya serahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Saya berharap rakyat Malaysia dapat menerima keputusan ini dengan baik dan pembunuh sebenar Muhammad Adib dapat diheret ke muka pengadilan.”

Tulis Nik Nazmi pula: “Saya berharap pihak PDRM dan Peguam Negara segera mengambil tindakan, supaya mereka yang bertanggungjawab segera dihadapkan ke muka pengadilan.”

Begitu juga dengan BERSATU yang agak cepat bersuara juga melalui Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Tulis Syed Saddiq: “Keadilan wajib dituntut. Siasat dan cari penjenayah sampai ke lubang cacing dan berikan hukuman setimpalnya.”

Begitupun, anya selepas separuh hari kes Adib diumumkan dan hanya selepas pendirian AMANAH dipersoalkan, barulah AMANAH melalui Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar, bersuara.

Tulis Datuk Mahfuz: “Kami menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara untuk membuka semula kertas siasatan dan menjalankan siasatan lanjut serta mengheret mereka yang terlibat dalam jenayah ini ke muka pengadilan.”

Mengapa AMANAH lambat bersuara?

Deklarasi Setapak 1967 DAP : Ingin hapuskan istilah ‘BUMIPUTERA’ & ‘BUKAN BUMIPUTERA’.

Inkues Adib: PAS berpuas hati dengan keputusan (verdict)


PAS berpuas hati dengan keputusan (verdict) Inkues Kematian Allahyarham Muhammad Adib bin Mohd Kassim yang telah dibuat oleh Koroner Rofiah Mohamad hari ini iaitu “kecederaan dan kematian Allahyarham adalah akibat daripada tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali”.

Dengan ini PAS menggesa pihak PDRM agar dengan segera menubuhkan Pasukan Siasatan Khas dan membuka semula Kertas Siasatan kes ini bagi menyiasatnya sehingga ke akar umbi. Pihak Polis juga perlu menerima keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Koroner sebagai keterangan prima facie. PAS yakin pihak Polis dengan bantuan semua pihak yang mahukan keadilan ditegakkan terutama melibatkan penjawat awam yang mati semasa dalam tugas mampu menangkap dan mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

PAS turut menggesa Prosiding Menghina Mahkamah terhadap Peguam Negara (AG) diteruskan dengan tanpa gangguan bagi memperlihatkan keadilan ditegakkan dengan tanpa gentar atau memihak (without fear or favour). Tindakan ini perlu bagi meningkatkan keyakinan rakyat jelata terhadap Jabatan Peguam Negara khasnya dalam menegakkan keluhuran undang-undang dan menjamin keadilan.

Terima kasih.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN ialah  Setiausaha Agung PAS

Sandiwara Dap dan skandal jual kad pengenalan: RCI perlu disegerakan



oleh: Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
26 September 2019

1. Pergerakan Pemuda UMNO memandang serius dan menzahirkan keraguan terhadap dakwaan YB Kasthuri Patto tentang skandal penjualan Kad Pengenalan (IC) yang kononnya telah dimulakan sejak era pentadbiran Barisan Nasional (BN). Walhal beliau terlupa pada waktu tersebut juga, skandal ini telah didedahkan di Pulau Pinang yang ketika itu Kerajaan Negeri diperintah oleh DAP dari tahun 2008 lagi.

2. Ironinya, DAP pernah membangkitkan sindiket penjualan IC di Sabah yang berlaku di zaman Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. Sekiranya YB Kasthuri Pato dan DAP yakin bahawa skandal penjualan IC dibuat sejak era BN, mengapa pula DAP tidak membuat apa-apa pendedahan mengenai sindiket penjualan IC di Pulau Pinang selama ini?

3. Lebih meragukan apabila Ahli Parlimen DAP sendiri iaitu YB RSN Rayer tampil menawarkan khidmat sebagai peguambela kepada suspek di dalam pertuduhan mengenai penjualan IC di Pulau Pinang baru-baru ini. Mengapakah Ahli Parlimen yang telah mengangkat sumpah untuk melindungi, memelihara dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, begitu bersungguh-sungguh mahu membela mereka?

4. YB Kasthuri Patto sepatutnya tidak cepat melatah dan bersikap begitu ‘defensive’ kerana ia hanya menyerlahkan sandiwara DAP yang cuba mengalihkan isu, bahkan seolah-olah membenarkan spekulasi dan persepsi umum bahawa DAP yang ternyata menerima manfaat politik daripada penambahan jumlah pengundi di Pulau Pinang demi mengekalkan kuasa!

5. Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sekali lagi mengulangi desakan kami sebelum ini untuk satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) segera ditubuhkan. Penubuhan RCI ini tentunya akan mampu menjernihkan segala polemik termasuklah tuduhan dan pelbagai persepsi yang berlegar demi memastikan Hak Kewarganegaraan Malaysia yang merupakan anugerah tertinggi negara tidak sewenangnya tergadai dek kerakusan kuasa dan agenda politik dangkal!

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Kematian Adib akibat perbuatan jenayah lebih 2 atau 3 individu


SHAH ALAM, 27 Muharram 1441H, Jumaat – Mahkamah Koroner di sini hari ini memutuskan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, dekat sini, tahun lepas adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Koroner Rofiah Mohamad yang mendengar prosiding inkues itu selama 41 hari bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib, 24, berkata mahkamah menerima keterangan saksi ke-29, Pakar Patologi Forensik United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid bahawa mangsa dihentak dan diseret keluar dari van bomba pada masa kejadian.

"Kecederaan 'blunt chest trauma' yang menyebabkan kematian Muhammad Adib bukan perbuatan sendiri tetapi impak perbuatan jenayah oleh lebih daripada dua individu," katanya.

Beliau berkata, keterangan saksi di tempat kejadian juga menunjukkan terdapat perbuatan memukul seseorang di kawasan di mana antara kira-kira 20 dan 30 orang berkumpul.

Mahkamah Koroner juga merumuskan kegagalan polis dan FRU dalam mengawal rusuhan turut menyumbang kepada kematian Muhammad Adib.

Rofiah berkata, mahkamah menerima teori dikemukakan Prof Dr Shahrom bahawa kecederaan dialami Muhammad Adib adalah disebabkan perusuh menendang pintu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang mengena dada Allahyarham sehingga menyebabkan Muhammad Adib tersepit.

Menurutnya, saksi itu juga memberitahu, Muhammad Adib sekali lagi ditarik dan perusuh kemudian menerajang pintu EMRS sekali lagi yang mengenai tangannya hingga menyebabkan luka seret.

"Oleh itu, teori terpelanting yang dikemukakan saksi ke-24, Dr Ahmad Hafizam Hasmi ditolak sepenuhnya," katanya.

Sehubungan itu, mahkamah menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia dan Peguam Negara untuk melakukan sisatan dan pendakwaan.

Turut hadir berada di galeri awam, bapa Allahyarham Mohd Kassim Abdul Hamid, 64.

Pada 27 November lepas, Muhammad Adib yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, dekat sini.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lepas di Institut Jantung Negara (IJN).

Sebanyak 30 saksi dipanggil termasuk beberapa saksi pakar memberi keterangan sepanjang inkues itu yang bermula pada 11 Februari lepas.

Antara saksi pakar yang dipanggil adalah Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi, Perunding Kardiotorasik Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) Dr S.Anand dan Perunding Kanan Patologi Forensik United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid.

Sebanyak 137 bahan bukti dikemukakan dengan pelbagai hujahan dilontarkan oleh pihak terlibat sebelum prosiding berkenaan ditutup pada 24 Julai lepas.

Inkues dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya selaku pegawai pengendali Faten Hadni Khairuddin, manakala peguam yang mewakili keluarga Muhammad Adib, Syazlin Mansor, Mohd Kamaruzaman Abdul Wahab, Ahmad Taufiq Baharum, Yahaya Othman dan Zamri Ibrahim.

Sementara itu, peguam mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan dan Mazlifah Ayob daripada Jabatan Peguam Negara.- Bernama
© all rights reserved
made with by templateszoo