Wahai Pembikin Filem, Ubahlah Mentaliti Please



Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Warning: Artikel ini panjang.

1) Pusat-pusat Tahfiz seluruh negara sebenarnya telah berjaya lahirkan ribuan insan yang berjaya, berilmu, beradab dan bersyahsiah tinggi. Malahan ada yang berjaya bukan sahaja dalam bidang agama, bahkan turut berjaya dalam pelbagai bidang profesional.

2) Sebenarnya, masih tak ada orang nak bikin filem yang memperlihatkan perjalanan insan-insan yang berjaya daripada pusat Tahfiz. Cubalah bikin cherita bagaimana anak tahfiz survive dalam masyarakat setelah tamat pengajian di pusat Tahfiz.

3) Pelajar tahfiz dikatakan hanya reti hafaz al-Quran dan ilmu agama sahaja, ternyata ia tidak benar. Bahkan ada yang berjaya menjadi Doktor dan Engineer. Ada yang berjaya menjadi Kontraktor, Innovator, Saintis dan sebagainya. Cheritakanlah perjalanan kisah hidup mereka yang berjaya ini.

4) Ini tidak. Kau highlightkan benda-benda picisan seperti mamat gay nak jadi insaf, masuk Tahfiz. Lepastu kau pusing cherita kasi gempak. Merepek atas nama nak beri kesedaran kepada masyarakat. Konon kesedaran melalui knowledge.

5) Kemudian kau nak justify cherita kau, kau heret beberapa isu pencabulan oleh pengurusan pusat tahfiz ke atas anak-anak tahfiz. Konon kau nak buka mata orang tentang apa yang berlaku. Tak dinafikan ia adalah kes jenayah dan kejelikan yang memang berlaku dan wujud. Ia perlu ditangani dengan cara lain, bukan cara kau highlight masuk movie kau.

6) Kau perlu faham, kenapa bangsa Melayu dilihat secara umum sebagai lemah, pemalas, low class... sampai tulisan Jawi pun orang dah samakan dengan tahi lembu? Sebabnya, ia adalah propaganda berterusan yang media lakukan - memburukkan imej Melayu dan umat Islam amnya.

7) Berita-berita penagihan dadah, rompak, bunuh, rogol, liwat, rempit, cabul, isu rumah tangga, pergaduhan, perebutan harta, perebutan kuasa dan sebagainya yang dilakukan orang Melayu, mendapat highlight media sejak wujudnya TV dan Radio dalam negara kita.

8 ) Kesannya? Bukan sahaja orang lain pandang rendah kepada bangsa Melayu dan umat Islam, malahan orang Melayu dan umat Islam sendiri hilang keyakinan diri. Sampaikan orang kata kau pemalas, kau pun angguk...saya malas tuaaann... kau bodoh! Ya kami bodoh tuann.

9) Ia adalah satu bentuk doktrinisasi yang panjang sehingga bangsa Melayu benar-benar rasa inferiority complex terhadap bangsa lain. Jumpa orang putih selekeh pun orang Melayu rasa macam jumpa Boss besar.

10) Malahan sekarang ni, nak makan durian pun ada yang kata, durian ini orang Cina tak makan...orang Cina makan Musang King, Duri Hitam. Seolah-olah orang Cina menjadi benchmark pula untuk makan durian. Inferiority complex!

11) Kau kena faham, orang putih yang kau rasa hebat dari sudut sains, teknologi dan segala kemajuan itu, kalau kau pergi ke negara diorang, berlambak juga mat dadah, mat rempit, mat rogol, mat belasah orang dan segala macam hawau diorang buat.

12) Tapi media diorang kurang highlight benda-benda bodoh macam tu. Diorang sentiasa highlight kehebatan bangsa diorang. Hebat cipta itu dan ini, hebat manage itu dan ini, hebat kajian itu dan ini.

13) Kau tengok tokoh-tokoh saintis Muslim pun diorang rename bagi nampak macam nama orang putih. Sebab apa? Bukan saja sebab nak bagi orang nampak hebat, tetapi ia juga sebagai motivasi kepada generasi muda mereka supaya rasa bangsa mereka gah dan perlu mencontohinya.

14) Mereka berjaya mewujudkan Superiority comlplex dalam jiwa anak-anak bangsa mereka, tanpa perlu buat seminar, kursus anak soleh, kursus jati diri bagai. Yang buat kerja ini adalah media mereka. Kau tengok lah filem-filem mereka. Filem Amerika, mesti yang dajalnya Russia. Filem China, yang jahatnya mesti orang Putih. Tak ada nak kondem bangsa sendiri.

15) Jadi, kau faham tak kenapa kau tak perlu bikin filem-filem yang hanya menambahkan lagi inferiority complex dalam jiwa anak bangsa kau. Kau patut ubah mentaliti kau dalam membikin filem. Bangkitkan semangat untuk bangsa kau berubah menjadi superior. Bukan cari jalan nak popular dan bagi filem kau laku semata-mata.

16) Superior, bukan rasisme. Kau kena highlightkan setiap inci kebaikan, kejayaan, kehebatan bangsa Melayu/Islam dalam filem kau. Kau takut filem kau tak laku? Itu kau kena fikir dan kreativiti kau kena berfungsi. Itu kerja kau.

Sekian

Sumber: https://www.facebook.com/DrTanakaMustafa/posts/1406121216195212
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget