NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ucapan Waytha Moorthy Lebih Bahaya daripada Zakir Naik


oleh:YB Zuraida Md Noor
15 Ogos 2019 bersamaan 14 Zulhijjah 1440

Menteri Kabinet Malaysia sepatutnya terlebih dahulu mendesak YB Waytha Moorthy memohon maaf dan menarik balik kenyataan bohongnya di luar negara yang telah memburukkan imej Malaysia, sebelum mendesak Dr Zakir Naik dihantar pulang ke India. Ini kerana ucapan Waytha Moorthy lebih berbahaya kepada negara berbanding ucapan Dr Zakir Naik.

Tambahan pula, YB Kulasegaran pernah mencetuskan kemarahan ramai apabila mengatakan masyarakat Melayu sebagai pendatang dan kes ini dianggap selesai hanya apabila YB Kula meminta maaf. Maka jika kenyataan Dr Zakir Naik dianggap salah, menteri-menteri cukuplah sekadar meminta Dr Zakir meminta maaf dan bukannya mendesak beliau dihantar ke India.

Situasi semasa menunjukkan India seolah-olah menjadi 'Israel' kedua dalam tindakan zalimnya terhadap masyarakat Kashmir. Justeru, menghantar Dr Zakir Naik ke India adalah petanda sentimen diangkat mengatasi kepentingan menjaga nyawa.

YB Zuraida Md Noor ialah Ketua Pengarah Ameerah Malaysia

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo