NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiga Rumusan Dari Kenyataan Waytha Moorthy


oleh: Dr Kamarul Yusof
Pada hemat saya, ada tiga rumusan penting boleh dibuat berdasarkan laporan BERNAMA mengenai tentangan Waytha Moorthy, Menteri Perpaduan, kepada pengajaran tulisan khat jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan ini:

(1) Pemimpin rasis akan kekal rasis dan amat tidak sesuai dijadikan sebagai Menteri Perpaduan kerana beliau tetap akan memperjuangkan kepentingan kaumnya sahaja bila timbul apa-apa isu berbangkit seperti terbukti di dalam isu pengajaran tulisan khat jawi ini dan di dalam beberapa isu sensitif lain sebelum ini, termasuk isu rusuhan kuil.

(2) Pemimpin kaum minoriti boleh bertelagah dalam apa-apa sahaja isu, seperti terbukti di dalam perang terbuka yang berlaku antara Waytha Moorthy dan Dr P Ramasamy dalam isu peruntukan MITRA, tetapi mereka tetap akan bersatu hati dan mengenepikan pertelagahan mereka dalam isu membabitkan kepentingan kaum mereka seperti terbukti di dalam isu pengajaran tulisan khat jawi ini.

(3) Kementerian Komunikasi adalah antara kementerian terpenting yang berperanan mencanai sokongan atau tentangan ke atas dasar-dasar kerajaan melalui penguasaan ke atas agensi-agensi penerangan seperti BERNAMA, dan bila kementerian ini diberi kepada DAP maka dasar-dasar kerajaan yang tidak disenangi DAP pastinya akan menghadapi masalah untuk dilaksanakan.


Petisyen menuntut perlucutan jawatan menteri yang berkenaan: 
https://www.change.org/p/tun-dr-mahathir-mohamad-menuntut-perlucutan-jawatan-p-waytha-moorty-sebagai-menteri-di-jabatan-pm-dan-senator-petisyen-ini-digerakkan-oleh-gerakan-pengundi-sedar-gps

Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2621844794526229&set=a.744213708956023&type=3

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo