NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada layanan istimewa di Barat, Dong Zong patut bersyukur



KUALA LUMPUR 13 Ogos - Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) patut lebih bersyukur kerana dapat bersuara di Malaysia sejak sekian lama.

Ahli akademik di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Peradaban Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican berkata, ini kerana Dong Zong serta sekutunya tidak akan menikmati kelebihan yang sama di tempat lain terutama di negara-negara Barat.

Tegasnya, kelompok bukan Melayu seperti Dong Zong yang memiliki kad pengenalan sebagai warganegara harus menggunakan kelebihan itu untuk memenuhi ciri-ciri rakyat Malaysia tanpa ragu-ragu terhadap kesetiaan kepada negara, bahasa serta identiti kebangsaan dan perpaduan.

"Hentikan tindakan mengarut. Anda telah menunjukkan kejahilan mendalam terhadap kewarganegaraan anda di Malaysia.

"Jangan menyalahgunakan demokrasi dan hak asasi manusia. Anda fikir dunia Barat yang anda agung-agungkan itu menghormati bahasa dan etnik anda?

"Anda tidak boleh mempunyai kewartawanan dalam bahasa Cina dan Tamil di 'dunia demokrasi bebas' (Barat).

"Anda tidak melihat tulisan Cina atau Tamil dalam sistem penulisan awam di akhbar di dunia Barat, kerana anda tidak boleh mempunyai akhbar berbahasa Cina atau Tamil," katanya dalam akaun Facebook beliau malam tadi.

Desakan tanpa henti Dong Zong terhadap bantahan tulisan khat atau Jawi di sekolah sejak minggu lalu membuatkan ramai pihak mengecam persatuan itu sehinggakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri melabelkan pertubuhan itu sebagai rasis. - UTUSAN ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo