NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu Perkenal Tiga Inovasi Baharu





KUALA TERENGGANU: 25 Ogos- Terengganu memperkenalkan tiga inovasi terbaharu yang dibangunkan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang akan digunakan pakai dalam sistem pentadbiran kerajaan negeri mulai hari ini.

Inovasi yang dimasudkan adalah Sistem Syit Digital, diperkenalkan Pejabat Tanah Dungun, manakala I-STAR (Pejabat Daerah Kemaman) dan Smartbin Waste Management direka khas Majlis Daerah Kemaman.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata apa yang membanggakan ketiga-tiga inovasi yang dibangunkan itu pernah menjuarai beberapa pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan .

Katanya, melihat inovasi itu dapat membantu memudahkan pelbagai perkara, menjimatkan masa dan mengurangkan kos, pihaknya mengambil keputusan mengunapakai kebaikan itu untuk kemudahan jabatan dan pelanggan. 

"Sebagai contoh, Sistem Syit Digital mampu menyelesaikan masalah berkaitan penandaan permohonan tanah yang bertindih dan sukar dikesan dan I-STAR pula berupaya merekodkan, menerbitkan data tanah rezab kerajaan.

"Manakala Smartbin Waste Management berupaya mengurus pemantauan kutipan sisa pepejaL, mengenalpasti isu kehilangan tong sampah, kutipan sisa tidak mengikut jadual dan merekodkan pelbagai data penting,"katanya. 

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran ketiga-tiga inovasi itu, di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.


Dr Ahmad Samsuri berkata, dia bercadang mahu memperkenalkan pertandingan KIK Piala Menteri Besar bertujuan memastikan agenda inovasi menjadi keutamaan di Terengganu. 

"Saya percaya langkah itu bukan sahaja dapat melahirkan ketua jabatan dan kakitangan berfikiran kreatif malah membantu menaikkan imej jabatan kerajaan di mata masyarakat luar, "katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo