Tanah Melayu milik orang Melayu, bukan kaum India, kata NGO

Pengerusi Ummah, Aminuddin Yahya berucap dalam Konvensyen Perpaduan Ummah Nasional bertemakan 'Ummah Berpakat Islam Berdaulat' di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR: Sebuah badan bukan kerajaan menolak dakwaan Malaysia milik orang India kerana pelbagai fakta sejarah membuktikan ia adalah Tanah Melayu kepunyaan orang Melayu.

"Atas kebaikan dan toleransi, bangsa Melayu telah sanggup berkongsi tempat tinggal dengan bangsa-bangsa lain.

"Tetapi ini tidak bermakna mereka boleh menghapuskan identiti negara dan bangsa Melayu," kata Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahya ketika berucap dalam Konvensyen Perpaduan Ummah Nasional bertemakan "Ummah Berpakat Islam Berdaulat" hari ini.

Turut hadir bekas ketua polis negara, Musa Hassan dan veteran Umno yang juga bekas speaker Dewan Negara, Abu Zahar Ujang.

Julai tahun lalu, Menteri Sumber Manusia yang juga Naib Pengerusi DAP, M Kula Segaran mencetuskan kontroversi dengan mendakwa penduduk asal di negara ini ialah penganut Hindu, manakala orang Melayu hanyalah pendatang.

Beliau kemudiannya menafikan kenyataannya diputar belit pihak tertentu yang mahu menimbulkan ketegangan kaum dan memohon maaf selepas dikecam pelbagai pihak.

Aminuddin menuntut kerajaan mengembalikan semua hak orang Melayu, termasuk tanah rizab Melayu yang digadai dan pemberian biasiswa.

"Hak mendapat pekerjaan di sektor awam, hak mendapat kemudahan perniagaan, hak untuk dimartabatkan bahasa Melayu, termasuk jawi yang semuanya telah dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan."

Beliau turut menggesa semua khazanah Melayu dari segi tamadun, sejarah pejuangnya, pendidikan, bahasa dan tulisan, seni serta budayanya dimartabatkan semula.

Katanya, Ummah tidak mahu Malaysia hilang identitinya hanya untuk mengambil hati bangsa lain.

"Kalau orang Cina ada negara Chinanya, orang India ada negara Indianya, maka kenapa orang Melayu mahu dihapuskan negaranya hanya kerana mahu dikenali sebagai negara pelbagai kaum?

"Islam tidak pernah menolak bangsa kerana kewujudan bangsa adalah ciptaan Allah."

Beliau berkata, Ummah tidak menolak kehadiran bangsa lain di Malaysia, tetapi toleransi tidak boleh membawa kepada kehancuran nilai bangsa sendiri.

"Terbukti, toleransi yang dianggap mampu mendapat sokongan mereka akhirnya tersungkur di bumi sendiri.

"Jika pemimpin Melayu masih tidak sedar akan sejarah pahit ini, maka pasti sejarah akan berulang kembali dan layaklah agama dan bangsa ini lenyap di bumi tercinta ini."

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/08/25/tanah-melayu-milik-orang-melayu-bukan-kaum-india-kata-ngo/

Post a Comment

Halo, nama saya SALSABILLA ZULFKAR
, mengutuk hukuman di tangan pemiutang palsu. Saya kehilangan sekitar Rp. 300,000,000 kerana saya memerlukan modal besar Rp. 300,000,000,000. Saya hampir mati, saya tidak mempunyai tempat untuk pergi. Perdagangan saya telah musnah, dan dalam proses saya kehilangan anak dan ibu saya. Saya tidak boleh tahan lagi kejadian ini. Minggu lepas saya berjumpa seorang sahabat lama yang menjemput saya kepada seorang ibu yang baik, Cik KARINA ROLAND LOAN COMPANY, yang akhirnya membantu saya mendapatkan pinjaman sebesar Rp.500.000.000.000

Ibu yang baik, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menerima terima kasih saya, dan semoga Allah terus memberkati ibu yang baik KARINA ROLAND dan rakan saya. Saya juga ingin menggunakan peluang ini untuk memberikan nasihat kepada orang Indonesia yang lain, terdapat banyak penipu di sana, jadi jika anda memerlukan pinjaman dan keamanan dan siapa saja yang memerlukan pinjaman harus cepat, hubungi KARINA ROLAND melalui email [email protected]
Anda masih boleh menghubungi nombor whatsApp ibu +1 (312) 8721- 592
Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel: ([email protected]). untuk maklumat lanjut.

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget