Ulasan Buku | Sejarah Kebudayaan Islam


๐Ÿ“š ULASAN BUKU ๐Ÿ“š
๐Ÿ“– Siri 0⃣1⃣

SEJARAH KEBUDAYAAN ISLAM (ABU BAKAR HAMZAH, 1964)

SEJARAH tamadun Islam adalah merupakan salah satu daripada bukti keagungan agama Allah dalam memimpin manusia kepada kejayaan dunia dan akhirat. Perubahan drastik dalam kehidupan manusia daripada kuno kepada moden adalah bermula dengan kebangkitan Islam, bahkan ia menjadi pembeza di antara zaman sejarah dan prasejarah. Memahami asas, perkembangan dan pencapaian tamadun Islam seolah-olah memperoleh 'bukti hidup' tentang kebenaran Islam sebagai cara hidup yang terbaik dan diterima oleh Allah. Perkataan "tamadun" atau "peradaban" yang sering dipadankan dengan "civilization" dalam bahasa Inggeris, sebenarnya mempunyai makna yang lebih luas daripada apa yang diungkapkan oleh Barat dalam memberikan konotasi terhadap erti "civilization." Tamadun adalah berkaitan dengan pencapaian manusia untuk mencapai kebahagiaan ( happiness) di dunia dan di akhirat.

Ustaz Abu Bakar Hamzah (m. 1993) adalah seorang intelektual Islam yang terkenal di negara ini sejak 1950-an. Beliau aktif dalam gerakan Islam dan pernah menjadi Ketua Pemuda PAS (1958-1962 & 1964-1966), Setiausaha Agung PAS (1971-1973) dan Naib Yang Dipertua Agung PAS (1971-1974). Selain pernah menjadi Ahli Dewan Rakyat Bachok (1964-1969) dan Ahli Dewan Negara (1973-1977), beliau adalah Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (1973) dan Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Perikanan (1973-1974). Beliau yang berkelulusan Sarjana Falsafah (MPhil) dari University of Kent kemudian menjadi pensyarah di beberapa buah universiti awam selepas 1975.

Buku "Sejarah Kebudayaan Islam" terbitan Aman Press, Kota Bharu, 1964 (cetakan ketiga, 1972) adalah antara karya asli Ustaz Abu Bakar Hamzah yang terawal, yang kemudiannya telah dijadikan teks Tingkatan 5 Sekolah Menengah Persekutuan. Buku ini pada asasnya membahaskan konsep tamadun dalam Islam yang dibangunkan melalui penegakan negara Islam. Negara Islam menjadi asas pembentukan tamadun, sebelum berkembangnya tamadun ilmu, kebudayaan, undang-undang dan kemasyarakatan. Penulis telah mengemukakan pencapaian Islam dalam pelbagai bidang yang membentuk tamadun dunia moden hari ini. Buku yang mengandungi 14 bab setebal 206 halaman ini telah menghuraikan bagaimana sifat keterbukaan Islam bukan sahaja dalam berdialog dengan tamadun lain, tetapi turut melakukan asimilasi budaya sehingga terhasil sebuah tamadun Islam yang agung.

Mohd Fadli Ghani
Institut al-Balaghul Mubin
3 Zulkaedah 2019 / 6 Julai 2019
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget