NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ROS Berhak Batal Pendaftaran Dong Zong


KUALA TERENGGANU, 14 Ogos -Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) boleh membuat keputusan untuk membatalkan Pertubuhan Pendidikan Cina Dong Zong selepas siasatan dibuat oleh pihak berkuasa dan tindakan tersebut bukan bidang kuasa Kerajaan Negeri atau mana-mana entiti lain dalam negara.

Menteri Besar Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, apa yang penting semua pihak tidak seharusnya mencetus sentimen yang boleh menekan sesuatu pihak lain sehingga menimbulkan reaksi tindak balas tertentu.

"Mereka harus menyedari dalam konteks negara kita ini, semua kaum perlu perkasakan bahasa kebangsaan, pendidikan dan pembelajaran dan sebagainya.

"Mereka harus memahami dasar pendidikan nasional umpamanya. Sekiranya mereka tidak memahami konteks pembinaan negara Malaysia, maka timbullah pertikaian yang sepatutnya tidak dipertikaikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di Perkarangan Wisma Darul Iman di sini mengulas tindakan Pertubuhan Pendidikan Cina Dong Zong membantah pelajaran khat dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia kepada murid tahun empat di sekolah vernakular seluruh Malaysia.

Sebelum ini Pengerusi Dong Zong Tan Tai Kim, dilapor berkata bahawa badan pertubuhan pendidikan Cina itu akan menggerakkan kempen mengumpul tandatangan sebagai membantah pembelajaran khat di sekolah vernakular selain bertegas langkah kerajaan memperkenalkan tulisan itu di sekolah sebagai satu bentuk ‘Islamisasi’.

Sebagai respon, Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini melabelkan pertubuhan itu sebagai ‘rasis’ kerana tidak pernah bersetuju dengan apa-apa keputusan kerajaan sebelum ini termasuk pengenalan Sekolah Wawasan yang menempatkan sekolah Cina, sekolah Tamil, dan sekolah kebangsaan dalam satu kawasan sama.

Sumber: https://www.teganukita.net/2019/08/ros-berhak-batal-pendaftaran-dong-zong.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo