Resolusi Konvensyen Perpaduan Ummah Nasional



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

UMMAH SEPAKAT ISLAM BERDAULAT

Alhamdulillah pertamanya saya mengucapkan setinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat bersama-sama pada pagi yang penuh keberkatan ini. Ini merupakan julung kalinya satu perjumpaan yang menggabungkan pimpinan2 parti, NGO, NGI dan individu untuk menyatakan sokongan kepada perpaduan ummah. Saya yakin kesedaran kepada perpaduan ini zahir apabila melihat perkembangan negara hari ini yang semakin hari semakin menekan kedudukan orang2 Melayu dan kemuliaan agama islam.

Suara-suara yang menghina melayu dan islam semakin hari semakin lantang dan mereka bergerak secara licik sehingga kadang-kala tidak dirasai akan impaknya. Namun mereka tetap konsisten mendesak pelbagai perubahan dalam undang-undang, dasar dan polisi kerajaan.
Dalam masa yang sama perpecahan dikalangan umat islam pula semakin melebar baik parti, NGO mahupun individu2. Ini memberikan ruang kepada musuh untuk terus menghimpit dan menekan kedudukan orang melayu dan agama islam. Dalam erti kata yang lain kekalahan umat islam disini dan diseluruh dunia bukan kerana musuh itu kuat tetapi disebabkan umat islam sendiri yang berpecah belah.

Alhamdulillah berkat doa dan keikhlasan pelbagai pihak cahaya penyatuan umat islam semakin hampir menjadi kennyataan apabila dua parti besar orang melayu, UMNO dan PAS, menggerakkan initiatif untuk bekerjasama. Ini memberikan sedikit sinar kepada umat islam bahawa masa depan negara kembali menjanjikan masa yang gemilang.

Namun sebagai NGO, UMMAH merasakan ada beberapa perkara yang perlu dilihat oleh pimpinan parti2 ini supaya kerjasama ini benar-benar membawa perubahan yang dikehendaki islam demi kemaslahatan rakyat. Rakyat tidak mahu andaikata kemenangan didalam PRU15 nanti memihak kepada pembangkang ia hanya sekadar bersalin kulit tetapi membawa bersama individu yang mempunyai nafsu dan kerakusan yang sama. Jika ini berlaku maka saya yakin rakyat tidak akan lagi percaya dengan pimpinan2 parti dan akan bergerak secara berasingan dan sudah tentu ia merupakan malapetaka kepada negara dan bangsa Melayu.

Atas dasar itu UMMAH mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan beberapa ancaman yang dihadapi dan konsep perpaduan dari perspektif UMMAH.

Ancaman 1 : Gerakan Liberalisma

Gerakan Liberalisma atau “pembebasan” adalah merupakan ancaman utama umat islam dinegara ini. Gerakan yang dipelopori oleh orientalis barat ini sedang melebarkan fahaman mereka dikalangan umat islam sehingga ia kini makin dipercayai dan dilihat sebagai fahaman islam progresif. Bagi mereka, sesiapa yang menentang fahaman sesat mereka ini akan dilabelkan sebagai pemikiran yang jumud dan tidak terbuka.

Antara fahaman mereka ialah menjadikan agama ini sebagai barangan yang boleh dijual beli. Ertinya seseorang itu berhak untuk keluar masuk agama islam (murtad) tanpa pihak berkuasa boleh mengenakan sebarang tindakan kerana mereka menganggap agama itu adalah hak individu tanpa sesiapa boleh masuk campur. Ini menjadikan seolah-olah hukum agama islam itu sudah tidak lagi relevan dalam masyarakat majmuk dinegara ini.

Mereka juga mula membuat tafsiran-tafsiran yang baru tentang ayat2 suci Al Quran sehingga menjadikan agama islam itu sama tarafnya dengan agama-agama lain atau apa yang disebut sebagai pluralisma. Menurut mereka, al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat dengan tafsiran ulama terdahulu. Tafsiran ulama terdahulu telah jauh ketinggalan dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang. Dalam mentafsir al-Quran tidak perlu terikat dengan ilmu Asbabun-Nuzul, Nasikh wal Mansukh, tafsiran Rasulullah, para sahabat dan ahli-ahli tafsir terdahulu. Memadai menurut mereka tafsiran itu menepati logik akal dan rasional. Sehinggakan tafsiran Hifz Addeen itu ditafsirkan menjaga semua agama walhal makna Ad Deen itu dalam banyak tafsiran kitab2 ulamak secara jumhur bahawa ia merujuk khusus kepada agama Islam.

Mereka juga menegaskan bahawa hukum syariat Islam adalah ciptaan ulama dan fuqaha. Oleh itu, mereka menganggap syariat Islam tidaklah suci secara sepenuhnya dan ia terdedah kepada penilaian semula dan kritikan termasuklah hukum-hakam syariat yang qatie. Ini termasuklah hokum jenayah hudud.

Mereka secara terbuka menyerang institusi agama negara yang di label sebagai hanya menghabiskan duit rakyat tanpa membawa apa-apa keuntungan kepada kemajuan negara.

Sambutan Kongsi-Raya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama di antara agama-agama di Malaysia (Islam, Hindu, Cina dan Kristian). Sekalipun telah ditegur oleh mufti dan para ulama dalam Muzakarah Ulamak 2006 (13 Jun) di Perak sebagai bertentangan dengan Islam, namun golongan Islam liberal menolak pandangan mufti dan ulama-ulama tersebut dan menuduh mereka jumud, kolot atau berpemikiran tertutup. Mutakhir ini ada juga dikalangan mereka yang menganjurkan majlis ifthar dirumah ibadat bukan Islam.

Inilah strategi barat yang cuba mengelirukan fahaman umat islam terhadap agama islam itu sendiri sehingga menyebabkan berlaku perbalahan dikalangan mereka. Dengan perbalahan ini barat akan lebih mudah untuk masuk dan menguasai pemikiran dan kepimpinan negara tanpa mereka perlu camputangan secara lansung.

Lebih mendukacitakan terdapat juga para agamawan, yang saya istilahkan sebagai “pendakwah upahan”, yang bekerja mempertahankan pemikiran2 yang mengancam orang melayu dan agama islam. Mereka menjadi pelindung kepada pemikiran2 ini atas nama islam yang dikini diangkat didalam media2 perdana dan media social kononnya sebagai “reformis islamis”. Mereka berhujah dengan ayat2 Alquran dan Hadith dengan melonggarkan fahaman umat islam sehingga umat islam kini tidak lagi merasa izzah (mulia) dengan agama islam sendiri. Pendekatan mereka ialah dengan menyerang secara halus kepada akar umbi kepercayaan umat islam yang menyebabkan yang akhirnya umat islam tenggelam dalam kekeliruan.

Andaikata tidak ada usaha untuk menjawab semua kekeliruan ini oleh ulamak-ulamak dan para fuqaha yang ikhlas dan benar maka kita bimbang kedudukan islam akhirnya akan menjadi sekadar ritual semata. Berbekalkan kekuatan kewangan yang diberi serta ruang media yang meluas mereka mempunyai segala pentas untuk menulis dan bercakap mengemukakan idea-idea yang menyesatkan.

Ancaman Ke 2 : Kristianisasi

Kalau dahulu kita tidak mendengar orang Kristian evagelis berdakyah ajaran mereka kepada umat islam dinegara ini tetapi kini ianya telah dilakukan secara terang-terangan. Mereka sudah tidak lagi segan silu untuk menyebarkan rislah mereka dari rumah ke rumah walaupun ini bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Negara yang tidak membenarkan penyebaran agama lain kepada umat islam. Dengan bersenjatakan duit dan kekuatan ekonomi mereka memberikan bantuan kewangan kepada orang islam yang kesempitan. Ini sudah pasti satu senjata yang sangat halus untuk menarik hati umat islam terutama apabila mereka berada didalam keadaan yang terdesak untuk hidup.

Desakan mereka untuk menggunakan Kalimah Allah dalam terbitan-terbitan mereka masih berterusan walaupun mahkamah telah mengeluarkan keputusan menghalanganya. Kita tidak dapat bayangkan jika Kalimah Allah yang suci ini digunakan dalam penerbitan Kristian bermakna kita telah membenarkan kalimah suci ini di hina dengan mengatakan bahawa Allah adalah Bapa, mempunyai Anak dan Roh kudus (Konsep Triniti).

Mereka juga kini sedang berusaha untuk menghapuskan perkataan “islam” didalam kad pengenalan. Usaha ini telah berjalan bertahun-tahun tanpa mereka merasa jemu untuk menekan pihak pemerintah supaya akur dengan desakan mereka. Jika ini berlaku maka implikasinya sangat besar dimana anak-anak yang dibawah umur 18 tahun akan dianggap tidak ada agama dan dengan itu mereka akan bebas berdakyah tanpa dianggap melanggar peruntukan didalam Perlembagaan. Jika ini dilaksanakan maka ia akan memudahkan orang islam untuk murtad tanpa dapat dikenali lagi samada seseorang itu muslim atau tidak kerana kad pengenalan sudah tidak tertulis apa-apa agama.

Mereka juga bekerjasama dengan evangelis barat umpamanya US Centre For World Mission dalam satu strategi apa yang dinamakan sebagai “The Joshua Project” dengan membawa wanita-wanita muda dari Amerika untuk berdakwah di kampus-kampus. Antara misi mereka terkandung dalam salah satu resolusi Christian Federation Of Malaysia iaitu untuk meletakkan seramai mungkin pemimpin dinegara ini yang beragama Kristian.

Ancaman Ke 3 ; Gerakan Hak Asasi Manusia

Semenjak 10 tahun kebelakangan ini antara Gerakan yang paling berani dan menonjol ialah Gerakan Hak Assi Manusia yang mengambil pemikiran dari barat yang memperjuangkan hak-hak sama rata manusia. Mereka menonjolkan satu pemikiran baru dengan penafsiran yang menolak nilai-nilai agama dengan apa yang mereka istilahkan sebagai “Nilai Sejagat” (Universal Value).
Mereka meletakkan Nilai Sejagat ini sebagai satu kepercayaan baru atau boleh juga dikatakan sebagai “agama baru” yang mesti di anuti oleh setiap negara dan setiap komuniti. Melusuri kandungan dokumen hak asasi manusia ini mendapati mereka menolak semua nilai-nilai agama dan budaya sesebuah negara dan komuniti kerana dianggap ia tidak memberikan hak kepada setiap manusia. Manusia harus diberikan hak kebebasan mutlak samada dalam befikir, beragama, berbudaya dan bersosial tanpa boleh ada sebarang sekatan kerana dikatakan manusia itu adalah satu insan yang perlu bebas dari sebarang ikatan. Maka dari sini lahirlah pelbagai unsur-unsur negative seperti amalan LGBT, persamaan gender lelaki dan wanita, kebebasan untuk murtad, kebebasan bersuara tanpa batasan dan pelbagai isu lagi yang akhirnya akan merosakkan bukan saja individu tetapi seluruh negara.

Baru-baru ini kita dikejutkan apabila seorang wakil dari kumpulan LGBT telah di beri penghormatan untuk berucap di sidang hak asasi manusia di Geneva, Switzerland. Malah tokoh mereka telah diberi penghormatan yang luar biasa oleh menteri agama yang kononnya mengamalkan konsep toleransi.
Beberapa bulan yang lepas satu perarakan kumpulan LGBT telah diadakan di Kuala Lumpur. Walaupun bilangannya tidak seramai mana tetapi yakinlah jika ia tidak dibendung segera bilangan ini akan semakin bertambah dan jadilah negara kita seperti diAmerika dan negara-negara Eropah. Lebih memelikkan, pihak polis memberikan alasan bahawa tidak ada dalam mana-mana peruntukan undang-undang untuk mengambil tindakan keatas kumpulan ini walhal Fasa 3(1) Perlembagaan Pesekutuan sudah cukup menjadi hujah untuk pihak polis bertindak. Apakah kita mahu menunggu bala’ Allah baru kita sedar akan kemudharatan yang dibawa oleh kumpulan ini?

Ancaman Ke 4 : Gerakan Untuk Meminda Undang-Undang

Negara kini berhadapan juga dengan cadangan untuk meminda beberapa Akta dan dasar utama negara, antaranya Akta Hasutan, Penghapusan Hukuman Mati, Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Semua pindaan-pindaan ini melibatkan orang melayu, majlis Raja-Raja dan juga agama islam. Pindaan ini jika berlaku akan terus meminggirkan kedudukan Raja2, orang Melayu dan agama islam. Pindaan Akta Hasutan akan membolehkan mereka mengkritik kedudukan Raja2 dan orang melayu tanpa boleh di ambil tindakan. Penghapusan Hukuman mati pula bukan sahaja bertentangan dengan syarak tetapi kejadian jenayah pembunuhan akan semakin meningkat. Manakala pindaan Dasar Kebudayaaan Kebangsaan kita yang berteraskan melayu dan agama islam akan tidak lagi dijadikan asas dan memperkembangan unsur budaya negara.

Ini hanyalah merupakan sebahgian Akta dan Dasar negara yang dicadang akan dipinda kerana disana telah diumumkan bahawa ada 100 perkara akan dipinda dalam masa terdekat ini. Apakah perkara2 yang akan dipinda? Sehingga sekarang rakyat tidak diberitahu perkara tersebut tetapi hanya sekadar pemerhati yang menunggu malapetaka yang akan menimpa.

Kita yakin ini bukan terjadi secara tidak sengaja tetapi memang telah dirancang oleh pihak tertentu untuk melemahkan kedudukan pribumi dan agama islam. Walaupun bantahan demi bantahan dibuat namun mereka masih berkeras mahu melaksanakannya. Ia hanya sekadar menunggu masa yang sesuai sahaja.

Ancaman Ke 4: Ekonomi Yang Meruncing
Kita merasa sedih kerana selepas negara merdeka lebih dari 60 tahun yang lalu kedudukan ekonomi orang Melayu kekal ditakuk lama malah terus merosot. Orang Melayu kekal menjadi pengguna utama kepada bangsa lain. Walaupun kerajaan mengemukakan pelbagai polisi dan dasar namun disebabkan kerakusan beberapa pihak, orang melayu masih kekal duduk ditangga ketiga dibawah kaum Cina dan India dari segi pendapatan isi rumah. Ini sangat-sangat mengecewakan.

Kadar pengangguran golongan muda Malaysia kekal pada kadar iaitu 10.8 peratus, lebih tinggi berbanding Singapura (4.6 peratus), Thailand (5.9 peratus), Vietnam (7.9 peratus) dan India (10.5 peratus) dan majoriti mereka adalah Bumiputera. Graduan-graduan universiti kini tidak lagi dapat dijamin pekerjaannya baik di sektor awam apatah lagi di sektor swasta. Dalam masa yang sama orang melayu terus dihina dengan sifat malas, tamak dan sebagainya. Idea untuk menghilangkan keistimewaan orang melayu dalam bidang pekerjaan dan perniagaan sering dicanang begitu juga cadangan untuk mengecilkan bilangan penjawat awam sudah semakin kuat di dengar. Ini semua membayangkan bahawa nasib orang melayu sudah tidak menentu.

Kita membangkitkan isu ekonomi ini kerana ia sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia dan sebahgian dari konsep islam yang syumul. Perjuangan R saw sendiri diperingkat awal banyak dibantu oleh hartawan dan dermawan seperti antaranya isteri Baginda sendiri Siti Khadijah, Othman B Affan, Abdul Rahman B Auf dan beberapa sahabat Baginda yang lain. Tidak mungkin islam dapat diperkasakan hanya sekadar dengan tutur kata dan pemikiran semata tanpa ada kekuatan ekonomi.
Pendakwah sendiri tidak akan mampu menjalankan dakwahnya tanpa ada sokongan kewangan. Apakah agama islam mampu dibela jika sekiranya perut2 umat islam kekosongan?

Ancaman Ke 5 : Gerakan Ektremis
Terdapat beberapa gerakan ektremis yang hari ini yang bertindak semakin berani dalam mencabar kedudukan islam dan orang melayu. Mereka membawa pemikiran ekstrim dengan menghina agama islam dan mencabar kedudukan orang melayu. Malah lebih jauh lagi mereka mendakwa bahawa negara ini asalnya adalah milik mereka dan berjuang untuk menuntut hak mereka.

Ada yang terus mencabar sistem pendidikan negara dengan mengemukakan sistem pendidikan berasingan yang condong melihat kepada sejarah negara asing daripada sejarah negara sendiri.
Gerakan ini malangnya amat ditakuti oleh pemimpin negara, juga oleh pihak berkuasa sehingga seolah-olahnya mereka bebas untuk berbuat apa sahaja tanpa apa2 tindakan boleh dikenakan.

Ancaman Ke 6 : Masa Depan Yang Tidak Menentu

i. Pemikiran Komunis
Sejak kebelakangan ini kita melihat ada usaha-usaha untuk mengembangkan pemikiran sosialis dinegara. Mereka mendesak kerajaan untuk meminda buku sejarah bagi memasukkan gerakan haluan kiri komunis juga sebagai pejuang kepada kemerdekaan negara. Program dialog telah dianjur oleh pihak tertentu untuk melihat reaksi rakyat terhadap pemikiran yang mereka bawa. Walaupun kumpulan ini kecil dan terpencil namun mereka bukan tidak ada pengikutnya terutama dikalangan orang muda melayu. Apakah misi mereka sebenarnya, kita tidak pasti tetapi apa yang jelas ruang kebebasan yang ada hari ini memberikan mereka peluang untuk tampil ke persada masyarakat.

ii. Pemecahan Negeri2 Malaysia
Baru-baru ini kita diwar-warkan terdapat penganalisis politik yang menjangkakan bahawa dimasa hadapan pada tahun 2050 negara akan berpecah kepada beberapa buah negara kecil. Walaupun pandangan ini agak keterlaluan dan boleh dihujah akan asas analisanya namun sejarah dunia membuktikan bahawa ia bukan sesuatu yang mustahil. Apa yang berlaku di Soviet Union dan Yugoslavia yang kini berpecah kepada beberapa negara kecil bukti ia realiti yang mungkin terjadi.

iii. Pergolakan Geopolitik Dunia
Mutaakhir ini kita sering mendengar mengenai pertembungan antara China dan Amerika Syarikat mengenai ekonomi yang masing-masing cuba mengatasi antara satu sama lain. Rantau Asia ini tidak terlepas dari perebutan kuasa besar dunia yang mana kawasan ini merupakan kawasan strategik perdagangan yang menjadi laluan utama kapal-kapal kargo. Dengan dagangan sejumlah RM12 trillion, 11 billion tong simpanan minyak dan 190 trillion  kubik gas asli menjadikan Laut China Selatan sebagai rebutan negara sekeliling termasuk Amerika dan China.

Pengumuman China bahawa Laut China Selatan adalah dibawah jajahan mereka tidak menyenangkan Amerika Syarikat. Walaupun menurut undang-undang antarabangsa tidak mengiktiraf keberadaan tuntutan China ke atas Laut China Selatan tetapi ia tidak di endahkan oleh negera tersebut. Ini telah membuatkan Amerika mula menguatkan kedudukan mereka dengan menambah kapal peperangan di sekitar Laut China Selatan terutama di Singapura. Manakala Jepun, selaku rakan baik Amerika, telah mula menjual senjata mereka kepada Filipina bagi mengekang kemaraan China. Ini menjadikan kawasan ini agak tegang dan andaikata persaingan kedua-dua kuasa besar dunia ini berlarutan maka kemungkinan kawasan ini akan terlibat dalam kancah peperrangan tidak boleh di pandang enteng.

Ini pasti akan menjejaskan keselamatan negara yang duduk ditengah-tengah kancah perebutan kuasa. Sudah pasti, sebagai sebuah negara kecil, kita tidak akan mampu berhadapan dengan mana-mana kuasa besar dunia dan akan berhadapan dengan risiko pergolakan didalam negara kita sendiri. Apakah kedudukan bangsa Melayu dan agama islam akan dapat dipertahankan? Satu persoalan yang harus rakyat semua fikirkan.

Dalam keadaan ancaman yang begitu banyak dan besar ini maka tidak dapat tidak umat islam khususnya orang melayu wajib bersatu bagi menghadapi rintangan yang ada.
Allah swt telah menyebut dalam ayat Al Quran :-

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا

“… dan berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah…” (Surah al-‘Imran: 103)

Umat islam tidak akan mampu mempertahankan bangsa dan agama ini jika masih lagi kita berpecah dalam perkara-perkara yang kecil dan remeh-temeh. Mana-mana ruang perpecahan yang ada akan menyebabkan musuh akan terus masuk dan memecahkan perpaduan antara kita. Dalam erti kata lain, bukan musuh yang kuat tetapi sebaliknya kelemahan kita dalam mencapai kata sepakat adalah punya penguasaan musuh.

Alhamdulillah mutakhir ini ramai pihak sudah mula memperkatakan tentang perpaduan dan mengambil initiative untuk memulakan konsep taawun sesama mereka. UMMAH merasa terharu diatas keberanian dan kesanggupan mereka untuk merendah diri dan menerima hakikat bahawa perjalanan hidup ini tidak mampu di harungi berseorang tanpa ada orang lain yang bersama-sama berganding bahu. Apatah lagi apabila perjalanan ini dipenuhi dengan ranjau dan duri yang ditanam oleh musuh-musuh Islam.

Namun UMMAH mengambil kesempatan ini untuk mengutarakan pandangan kami terhadap rupa bentuk konsep perpaduan yang harus laksanakan agar ia bukan saja kukuh tetapi akan kekal dalam jangkamasa yang lama. Apa-apa kelemahan diperingkat asas ini akan menyebabkan perpaduan itu tidak lebih hanya sebagai gimik yang rapuh yang senang dipatahkan oleh musuh.

Konsep Perpaduan
i. Berteraskan Iman Dan Aqidah

Tidak ada perpaduan yang lebih kukuh dari perpaduan yang diasaskan atas asas iman dan taqwa kepada Allah swt.

” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.” (al-Bukhari)

Perpaduan yang dibentuk atas dasar lain selain dari ini tidak akan mampu membina kekuatan dalam menghadapi serangan musuh. Kehendak politik semata tidak akan membawa natijah yang baik kerana ia boleh bertukar arah apabila ada pihak yang merasakan bahawa perpaduan ini tidak mendatangkan habuan politik yang didamba. Kita tidak menafikan akan keperluan kepada kekuatan politik tetapi ia harus ditampung oleh kekuatan iman dan aqidah untuk menggerunkan musuh. Apa yang ada dihadapan kita hari ini dan semalam membuktikan bahawa apabila perpaduan itu hanya sekadar untuk mencapai kemenangan politik maka ia lebih banyak menghancurkan islam dan bangsa melayu daripada membinanya.

Kita perlu ingat kemenangan politik semata tidak menjaminkan kasih Allah swt dan kesejahteraan bangsa. Apa erti kekuasaan jika sekiranya arahtuju negara ditentukan oleh bangsa lain?

ii. Mengutamakan rakyat bukan kepentingan peribadi

Setiap kepimpinan yang duduk didalam projek perpaduan ini mesti sedar bahawa kepimpinan mereka adalah amanah yang diberi oleh rakyat bukan satu lantikan oleh mana-mana peribadi. Oleh itu nasib dan maslahah rakyat mesti dijadikan keutamaan bukan kepentingan peribadi. Amanah ini harus di pertahankan dan diperjuangkan bukan untuk dikhianati :-

تَعْلَمُونَ وَأَنْتُمْ أَمَانَاتِكُمْ وَتَخُونُوا وَالرَّسُولَ اللَّهَ تَخُونُوا لَا آمَنُوا الَّذِينَ يَا أَيُّهَا

“Wahai orang2 yang beriman janganlah kamu mengkianati Allah dan Rasul dan amanah yang diberikan kepada kamu sedang kamu mengetahui” (Al Anfal….)

Sesungguhnya jawatan yang dipegang bukan tanpa ada pertangunggjawaban dihadapan Allah swt. Ia bukan satu kenikmatan yang harus dikecapi dengan segala nafsu saraqah tanpa had tetapi mempunyai tanggungjawab besar untuk mempertahankan agama dan bangsa. Kedudukan bukan untuk menunjukkan kesombongan dan mengaut segala kemewahan sedangkan agama terus dipinggir dan rakyat terus menderita. Cukuplah apa yang berlaku selama ini dimana walaupun orang Melayu menguasai pemerintahan puluhan tahun tetapi nasib rakyat masih terpinggir.

مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

“Seseorang yang diberi amanah oleh Allah untuk memimpin rakyat, lalu mati, dimana dihari matinya dia sedang menipu rakyatnya, maka Allah mengharamkan baginya syurga”. (Riwayat Sahih Muslim)

Jika kesedaran ini ada pada semua barisan kepimpinan negara, saya yakin tidak akan timbul isu perebutan kuasa, jatuh menjatuh, tikam menikam sesama sendiri. Jika ada mana-mana pemimpin yang mempunyai agenda peribadi UMMAH menasihatkan untuk mereka berundur secara terhormat.

iii. Menyeluruh Bukan Serpihan

Setiap pihak yang terlibat untuk menjayakan perpaduan ini mesti melihat perpaduan itu dalam perspektif yang lebih luas bukan hanya sekadar perpaduan dikalangan parti. Ini bagi menjamin bahawa misi yang dibawa oleh perpaduan ini benar-benar merupakan aspirasi rakyat keseluruhannya bukan hanya sekadar misi parti. Banyak kali kita dapati suara yang dikemukakan oleh parti hanyalah sekadar memenuhi tuntutan parti dan ahli parti bukan rakyat keseluruhannya.

Kita tahu bahawa bilangan ahli parti tidak merangkumi semua rakyat kerana ramai diluar sana yang tidak terlibat dalam mana-mana parti. Inilah golongan yang sentiasa terpinggir suara mereka sehingga ada yang mengambil sikap tidak mahu mengundi dan ini jelas terbukti pada generasi muda. Dengan perubahan polar pengundi dalam PRU15 nanti golongan muda ini akan menjadi penentu arah tuju politik negara dan mereka kebanyakkannya lebih suka bebas dari menyertai mana-mana parti.

Oleh itu perpaduan yang akan dibentuk ini mesti mengambilkira pandangan dan luahan hati rakyat. Jangan kita rasa syok sendiri dengan kehebatan parti kerana itu terbukti dalam pilihanraya lepas pemerintah telah kalah. Belia, nelayan, pekebun, pemandu teksi, petani, guru-guru agama, para ulamak, peniaga2 kecil adalah merupakan sebahgian dari masyarakat yang juga mampu untuk merubah lanskap politik. Jadi jangan biarkan suara mereka ini terkapai2 tanpa ada yang mendengarinya.

UMMAH juga ingin menegaskan bahawa perpaduan yang dibentuk mesti mempunyai objektif yang jelas bagi meyakinkan rakyat bahawa perubahan, jika berlaku, mestilah menjanjikan masa yang lebih gemilang untuk bangsa dan agama. Untuk itu UMMAH mengutarakan beberapa objektif utama disamping objektif2 lain yang mungkin dsedang difikirkan oleh pimpinan :-

i. Mempertahankan Melayu Islam sebagai pemimpin
Islam melihat kepimpinan sebagai jawatan yang penting dan tidak boleh di kompromi kepada bukan islam. Ini kerana kepimpinan adalah bertanggung jawab untuk memelihara agama. Mana mungkin orang bukan islam sanggup dan bersedia untuk menjaga agama islam. Ini adalah sesuatu yang mustahil. Namun kita lihat apa yang ada hari ini apabila beberapa jawatan penting telah diserahkan kepada bukan islam pelbagai kerosakan berlaku yang menggugat kedaulatan negara dan agama islam dan pencabulan keadilan seperti isu2 ICERD, Statut Rom, Kes Arwah Adib dan lain-lain.

Lebih membimbangkan kini sudah ada dikalangan umat islam yang bersedia untuk meletakkan orang kafir sebagai kepimpinan nombor satu negara atas dasar kononnya mereka lebih adil dan cekap. Ini jelas menunjukkan saranan agama sudah tidak dimabil kira seperti firman Allah swt :-


مِنَ فَلَيْسَ ذَٰلِكَ يَفْعَلْ وَمَنْ الْمُؤْمِنِينَ دُونِ مِنْ أَوْلِيَاءَ الْكَافِرِينَ الْمُؤْمِنُونَ يَتَّخِذِ لَا ۖ شَيْءٍ فِي اللَّهِ

“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat ( أولياء ) dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) daripada Allah dalam sesuatu apapun….” (Surah Ali Imran ayat 28)

Ada juga yang berhujah oleh kerana Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan secara khusus dimana-mana Fasa bahawa Perdana Menteri mesti seorang melayu islam maka adalah tidak salah jika sekiranya bukan melayu menjadi Perdana Menteri. Dengan sentimen yang ada di kalangan rakyat terutama generasi muda sekarang kita jangan menolak kemungkinan perkara ini akan terus di bicarakan dimedia-media dan akhirnya menjadi kenyataan.

ii. Mengangkat martabat Bangsa Melayu
UMMAH ingin menegaskan bahawa tanah ini adalah Tanah Melayu dan milik orang Melayu. Ini dibuktikan dengan pelbagai fakta sejarah walaupun ada pihak yang mengatakan bahawa ianya milik orang india. Namun atas kebaikkan dan toleransi bangsa Melayu kita telah sanggup berkongsi tempat tinggal dengan bangsa-bangsa lain. Tetapi ini tidak bermakna mereka boleh menghapuskan identiti negara dan bangsa melayu. Kalau orang cina ada negara Chinanya, orang india ada negara Indianya maka kenapa orang Melayu mahu dihapuskan negaranya? Hanya mahu dikenal negara pelbagai kaum?

Islam tidak pernah menolak bangsa kerana keujudan bangsa adalah ciptaan Allah swt :-

لِتَعَارَفُوا وَقَبَائِلَ شُعُوبًا وَجَعَلْنَاكُمْ وَأُنْثَىٰذَكَرٍ مِنْ خَلَقْنَاكُمْ إِنَّا النَّاسُ يَا أَيُّهَا

خَبِيرٌ عَلِيمٌ اللَّهَ إِنَّ ۚ أَتْقَاكُمْ اللَّهِ عِنْدَ أَكْرَمَكُمْ إِنَّ
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya” (Al Hujurat:13) 

Oleh itu UMMAH menggesa agar segala khazanah melayu perlu diangkat kembali baik dari segi tamadunnya, sejarah pejuangnya, pendidikannya, bahasa dan tulisan mahupun seni dan budayanya. Kita tidak mahu negara hilang identitinya hanya kerana mahu mengambil hati bangsa lain. Ini bukan bermakna kita menolak keberadaan bangsa-bangsa lain dinegara ini tetapi toleransi kita jangan sampai kita menghancurkan nilai bangsa sendiri. Terbukti, toleransi yang dianggap mampu mendapat sokongan mereka akhirnya tersungkur dibumi sendiri. Jika pemimpin melayu masih tidak sedar akan sejarah pahit ini maka pasti sejarah akan berulang kembali dan layaklah agama dan bangsa ini lenyap di bumi tercinta ini.

UMMAH juga menuntut bahawa semua hak orang melayu mesti dikembalikan seperti Tanah Rezab melayu yang telah digadai, hak mendapat biasiswa yang hari ini telah diambil bangsa lain, hak mendapat pekerjaan di sektor awam, hak mendapat kemudahan perniagaan, hak untuk dimartabatkan Bahasa Melayu (termasuk jawi) yang semuanya telah dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan.

Saya tujukan ini kepada pemimpin dahulu dan kini agar segera sedar bahawa bangsa lain ada agenda mereka tersendiri, mereka ada misi, jangan terpedaya dengan senyuman dan wang ringgit yang ditabur. Pemimpin melayu mesti ada jatidiri bangsa bukan seorang yang dayus yang sanggup menggadaikan maruah bangsa demi kepentingan dunia. UMMAH tidak akan teragak-agak untuk menyarankan agar rakyat menolak pemimpin yang dayus ini di dalam PRU15 nanti.

iii. Menaikkan ekonomi umat islam
Menurut kajian yang di buat oleh Institut Masa depan Malaysia (MASA) pada tahun 2016, 59% Melayu berada dalam masalah kemiskinan tegar, kadar pendapatan isi rumah Bumiputera (RM6,267) adalah terendah berbanding dengan orang Cina (RM8,750) dan India (RM7,150). Dalam masa yang sama dari 171,800 siswazah yang menganggur 70% dari mereka adalah Bumiputera.

Semua indikator ini membayangkan bahawa orang Melayu akan terus ketinggalan jika tidak ada langkah2 yang konkrit dan tidak adanya gejala rasuah dan nepotisma dikalangan pemimpin melayu. Rakyat dapat menyaksikan bagaimana pemimpin2 politik hidup kaya raya sedangkan rakyat miskin papa kedana. Jika orang melayu mahu membangkitkan ekonomi mereka maka pemimpin2 seperti ini harus kita nyahkan.

Oleh itu UMMAH menuntut projek perpaduan ini akan meletakkan agenda ekonomi Bumiputera sebagai salah satu agenda utama. UMMAH mahu orang melayu diberikan 60% ekuiti bukan lagi 30% sesuai dengan kadar kependudukan melayu dan Bumiputera dinegara. UMMAH juga menuntut supaya dasar dan polisi ke atas agensi2 orang melayu seperti MARA, Tabung Haji, PNB dan lain-lain dikekalkan dan tidak diberikan kepada bukan melayu untuk mengurus tadbir.

UMMAH sendiri telah mengambil initiatif membantu usahawan2 melayu dengan melancarkan kempen Beli Produk Muslim Halal pada 23 Julai 2019 yang lepas. Untuk itu kami menyeru semua orang-orang melayu untuk mengutamakan produk muslim daripada produk2 lain.

iv. Mempertahankan Perlembagaan Negara
Pemuafakatan Nasional harus meletakkan agenda mereka untuk mempertahankan perlembagaan persekutuan dan menepis segala usaha untuk menganggu gugat keabsahan dokumen utama negara ini. Ini terutama mengenai perkara-perkara yang menyentuh soal Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta kepentingan sah kaum-kaum lain menurut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Ada pihak yang sengaja menimbulkan kekeliruan terhadap Fasa-fasa yang terkandung didalam perlembagaan umpamanya mengenai kedudukan agama islam dan status negara sebagai sebuah negara islam. Malah tindakan mereka juga memperlihatkan bagaimana mereka bersedia melanggar apa-apa peraturan yang terkandung didalam perlembagaan demi mencapai hasrat mereka. UMMAH komited untuk mepertahankan perlembagaan dan menuntut pemuafakatan nasional ini meletakkan dalam objektif mereka demi menjamin kelestarian pelbagai kaum dan agama dinegara ini.

v. Menjunjung Kedaulatan Raja2 Melayu
Raja adalah pemerintah dan penaung kepada agama islam dinegara ini. Kedaulatan dan kedudukan mereka mesti dipelihara daripada digugat oleh mana-mana pihak kerana mereka adalah benteng utama keabsahan orang melayu dana agama islam. Jatuhnya Raja2 maka perjuangan menaikkan bangsa dan agama akan menajdi semakin sukar. Walaupun Raja2 mungkin ada sedikit kekurangan dari segi peribadi namun ini tidak sesekali menjadi alasan untuk rakyat engkar dan menolak keberadaan Raja2.

Namun idea untuk menolak kedudukan Raja2 Melayu sudah mula kedengaran dan kini mereka menjadi semakin berani dan mula mengenengahkan pendokong-pendokong idea ini. Walaupun ada diantara mereka sudah dikenakan tindakan namun saya yakin ia tidak akan berhenti di situ kerana gerakan ini bukan dilakukan berseorangan tetapi satu perancangan rapi oleh musuh2 negara. UMMAH memantau pergerakan mereka ini secara dekat dan menuntut agar perkara ini di jadikan satu agenda dalam piagam pemuafakatan nasional nanti.

vi. Perkasakan Institusi Ulamak dan Fuqaha

Sejak sekian lama baik semasa negara ini dijajah mahupun selepas mencapai kemerdekaan rakyat menyaksikan bagaimana para ulamak dan fuqaha tidak mendapat tempat yang sewajarnya. Pandangan mereka tidak diambil dan peranan mereka dikecilkan hanya sekadar memenuhu jadual2 ceramah di masjid dan surau. Siapakah yang mahu menyemak dan mengimbangi para umara dari aspek agama islam jika sekiranya bukan ulamak dan fuqaha? Mereka adalah golongan ilmuan islam, ahli zikrullah, para asatizah yang mempunyai ilmu syarak yang tinggi dan mampu memberi input yang baik kepada dasar dan polisi negara.

Sudah sampai masanya kedudukan mereka ini diangkat ke tempat yang sewajarnya agar pentadbiran negara akan menjadi lebih makmur dan mendapat keberkatan Illahi.

Dalam masa yang sama UMMAH juga menyarankan kepada para alim ulama, ahli zikrullah, para abid, disamping menjalankan gerakerja dakwah perlu juga untuk lebih peka terhadap suasana semasa. Sesungguhnya rakyat sangat-sangat mendambakan panduan dan tunjuk ajar dari para alim ulama yang benar dan ikhlas. Initiatif untuk menggerakkan masyarakat agar lebih prihatin dengan nasib bangsa dan negara perlu diambil.

Andaikata kekuatan para ulamak dan umara ini dapat kita gabungkan, saya yakin kita akan berjaya memartabatkan kembali bangsa dan agama dipersada utama negara. Insyaallah.

Akhir kalam, UMMAH menyeru untuk sama-sama kita berusaha dan berdoa agar kemenangan akan kembali kepada mereka yang benar dan ikhlas dalam perjuangan bagi membina negara kita ini sebagai negara contoh yang dibanggakan dengan membawa kemakmuran negara dan mendapat keampunan Allah SWT.

الْمُنْكَرِعَنِ وَنَهَوْا بِالْمَعْرُوفِ وَأَمَرُوا الزَّكَاةَ وَآتَوُا الصَّلَاةَ أَقَامُوا الْأَرْضِ فِي اهُمْ مَكَّنَّإِنْ لَّذِينَ
الْأُمُورِ عَاقِبَةُ وَلِلَّهِ ۗ

"Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di atas muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”  (Surah Al-Hajj : 41)

Dalam hal ini saya menyeru semua rakyat untuk terus berusaha dan bersabar kerana kemenangan tidak akan dating tanpa ada mehnah dan tribulasi. Marilah kita jadikan kesabaran dan ketqawaan sebagai senjata untuk mencapai kemenangan hakiki dunia dan akhirat :-

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaran, dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget