NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PM anggap Dong Zong rasis

Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Kedawang sempena Majlis Korban Peringkat DUN Kuah tengah hari tadi di Masjid Ar Rahman, Kedawang. Dalam majlis yang sama, beliau menyampaikan agihan daging korban kepada kariah dan penduduk sekitar.

LANGKAWI - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) sebagai rasis apabila sering membantah setiap dasar pendidikan negara termasuk usaha memperkenalkan tulisan jawi dan seni khat di sekolah.

Menurutnya, sebelum ini pertubuhan itu turut membantah penubuhan sekolah wawasan yang menghimpunkan ketiga-tiga sekolah rendah iaitu, Sekolah Kebangsaan, Sekolag Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) dalam satu kawasan.



Dr Mahathir berkata, bantahan Dong Zong itu adalah disebabkan mereka enggan anak-anak mereka bercampur dengan orang Melayu.

"Dia tak suka orang Melayu, semua dia bantah. Tak pernah dia bersetuju dengan apa pun," katanya ketika mengulas mengenai dakwaan Dong Zong bahawa tindakan kerajaan memperkenalkan tulisan jawi di sekolah sebagai satu bentuk Islamisasi.

Ahli Parlimen Langkawi itu turut mempersoalkan tindakan Dong Zong yang hanya bangkit membantah mengenai tulisan jawi ketika ini.

"Benda ini (tulisan jawi dan khat) diluluskan pada tahun 2012 oleh kerajaan terdahulu. Kenapa Dong Zong tidak complaint pada zaman itu? Kenapa baru sekarang? Sebab sekarang bebas, dulu kalau complaint, masuk 'dalam'.

"Sekarang kita dah pun buat keputusan, kalau tak mahu ambil (penulisan jawi dan seni khat), mereka tak payah ambil," katanya ketika ditemui di Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Padang Mat Sirat sempena Majlis Korban Dun Ayer Hangat di Masjid Padang Mat Sirat di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Dr Mahathir dalam nada sinis turut menyifatkan kedudukan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago ketika ini adalah setaraf dengannya.

"Masa depan apabila saya nak buat keputusan saya tanya (dahulu) boleh atau tidak (kepada) Charles, boleh atau tidak buat.

"Kalau boleh dapat pandangan dia, dia setaraf dengan saya," katanya sinis ketika mengulas kenyataan pemimpin DAP terbabit terhadapnya yang dikatakan sering membuat keputusan secara berseorangan.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/42622/BERITA/Nasional/PM-anggap-Dong-Zong-rasis

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo