Paul Yong Wajar Bercuti, Dap Jangan Campuri Prosiding Mahkamah!


oleh: Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
23 Ogos 2019

1) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius dakwaan terhadap Exco Kerajaan Negeri Perak Paul Yong di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol pembantu rumahnya warga Indonesia.

2) Setelah desakan demi desakan Pemuda UMNO terhadap Peguam Negara atas kelewatan pendakwaan yang membabitkan pemimpin kanan kerajaan bahkan menerima perhatian masyarakat antarabangsa kerana melibatkan warga negara jiran Indonesia, akhirnya hari ini ADUN Tronoh itu dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Ipoh.

3) Pemuda UMNO menyokong saranan Menteri Besar Perak, Faizal Azumu agar Paul Yong bercuti daripada menjalankan tugas sebagai Exco kerana beliau berhadapan dengan kes berat yang melibatkan rogol.

4) Namun, Pemuda UMNO juga kesal dengan sikap pemimpin-pemimpin DAP yang bersungguh-sungguh mempertahankan Paul dengan mendatangkan pelbagai teori konspirasi sedangkan mahkamah baharu sahaja mendengar pertuduhan. Sepatutnya mereka yang kononnya memperjuangkan prinsip ‘Rule of Law’, menyerahkan sepenuhnya kepada sistem kehakiman dan perundangan untuk menentukan samaada pemimpin DAP itu bersalah ataupun tidak.

5) Justeru Pemuda UMNO sekali lagi mendesak Paul Yong untuk bercuti dan menggesa pemimpin-pemimpin DAP agar menghormati undang-undang dan sistem kehakiman negara serta tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai penghinaan kepada sistem perundangan negara!

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia




Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget